Monday, 29 October 2012

Untuk Tiga Hari di Hari Raya Qurban...

Hari ni aku masih lagi cuti raya walaupun dah balik sini. Balik kg 03 hari je cukup la, kalau lama nanti bosan..hehe.

Sehari Sebelum Raya

Hari khamis tu company bagi time off balik pukul 12..hoye!!..hoye!! Balik tu terus packing baju, ambik irfa pastu kitorang pergi lunch kat Restoren AP Ayam Penyet sebab Irfa kata dia tak pernah makan kat situ..

sila2..jgn malu-malu..
Kitorang gerak balik kg dalam pukul 12 camtu, selepas abg ipar aku balik keje petang, non stop keta terus sumbat beg dalam bonet dan jalan....aku, adik lelaki dan abam kat belakang, bersempit-sempitan...padan muka, sape suruh taknak bawak balik viva tu, rasakan 08 jam perjalanan camtu. Jalan still jem lagi, agaknya ramai yang baru bertolak balik time yang same kot. Dah lelama tu, kami pun membuta la...zzzz

Hari Raya Pertama

Sampai kampung pukul 8 pagi dan sejarah raya haji tahun 2010 pun berulang, mase tu aku sampai lagi lewat sejam. Moral of the story - Jangan la sesaje nak balik malam raya...ingat kampung ko dekat..So dah alang2 sampai time tu, takde makna nak pakai baju raye derr...

Macam biasa raya haji takdela semeriah raya puasa, walaupun ramai orang cakap raya haji kat Kelantan meriah dan best...emm (part mane yang best pun aku tak pasti). Hari raya pertama tu ramai orang buat korban, banyak la lembu2 tunggu masa nak tumbang..salah satunya satu bahagian yang Irfa dah booking untuk aqiqah tapi malangnya tak sempat dikorbankan sebab lembu tu terlepas dan tapi dapat tangkap balik esoknya, so tak jadilah korban hari tu. Agaknya belum sampai seru kot nak kena korban..hehe

Hari Raya Kedua

Selepas subuh Irfa dan family dah gerak balik sini, so tinggal aku dan adik lelaki tu kat kampung. Kitorang still lagi tak tau nak balik sini dgn apa, talian hayat aku cuma naik flight je tapi memikirkan banyak kemungkinan seperti kapal full buat aku seram..taknak banana fruit two times..hehe.

Dalam pukul 8 camtu, sume bersiap nak pegi menziarah kubur arwah atok dan paksu aku pulak kat kampung sebelah. Bawak nenek aku yang sangat berharap kami sume pergi ziarah tiap2 kali raya..

wordless...
Satu-satunya nenek yg kami ada sekarang..

Balik tu singgah rumah pakcik kejap sebab rumah dia tepi kawasan tanah perkuburan tu je, sebelah tu rumah lama nenek aku sebab sekarang nenek aku dah pindah duduk dengan pakcik yang lagi sorang, so rumah tu jadik rumah tinggal jelah..

bajet kampung la konon...heheh
Ni takde keje, adik aku carik undur-undur..hehe
On the way balik nak sampai umah, singgah lagi kejap kat masjid kg aku sebab Irfa suruh snap gambar kain rentang tu, dia kate nak tolong sebarkan. Masjid ni masih dalam pembinaan dan yang paling spesel bagi kami sebab ayah aku salah sorang mereka yang bekerja keras membina semula masjid ni. Jadi disini jugak nak di war-warkan kepada mereka yang berminat nak menderma dan memberi sumbangan ikhlas, alhamdulillah di alu-alukan...(sikit-sikit lama-lama jadik bukit ye..)

marilah kita membeli saham akhirat...
Pastu sempat lagi snap gambar gerai lemang yang ada kat kampung aku ni, femes smpai masuk paper uolls, kampung yang menjual lemang sepanjang tahun sejak tahun 1996.. tak percaya?? Murah pulak tu..
...
kat sini sebatang da rm10..
lame giler kan...
Sampai rumah je, ayah aku bawak balik perut lembu yang belum diproses...tak lalu kalau tengok, tapi bila dah masak tu terus lupa diri dok makan pastu mak aku pulak masak sambal cendawan kukur...

Aku anak kampung...makan cendawan kukur je...huhu
kerabu perut dan perut goreng..
Hari Raya Ketiga

Adik aku cakap member dia balik sini dan keta kosong so dia dah siap-siap reservekan seat untuk kami berdua...yes!! time kasih en Sammy...dia cakap maybe gerak balik dalam pukul 3 petang, so ade lagi mase pagi tu untuk bersenang-senang.

Mak ayah aku pulak bizi memanjang sebab banyak sangat jemputan kenduri kahwin la, tunang la, aqiqah la...bla..bla... Tapi mak aku pesan nanti zohor mak balik ye nak :p

Wajah kesayangan hamba...cewah!!
Okay, seperti yang dijanjikan kami pun bertolak balik petang tu, trafik agak lancar tapi tersangkut2 la jugak nak smpai  ke Bentong tu tapi dah masuk highway karak tu start balik jem giler2,tapi bila dah lepas tol bentong tu terus okay sampai la ke Nilai. Perjalanan kami makan masa 10 jam dan sekotak rokok kot  la jugak sebab aku sampai Nilai pukul 12 tgh malam..penat sungguh..

Nampak tak jem kat tol tu...
So, malam tu tido kat umah Irfa je dan pagi tadi aku baru la balik rumah sewa...

Sekian untuk raya tahun ini...

4 comments:

  1. abislah kalau mak dan ayah tahu muka masuk blog,hehe..

    u balik kampung ke?kampung u kat mana?

    okey..nak copy past gambar surau kampung tu
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdok apolah kalu mitok royalti gak...

      Kg i nun jauh disana....kg i tepi hway okay...

      Silakann...

      Delete
  2. Org kata raya haji kat kelantan lagi meriah kot sbb banyak juga acara kenduri kendara aqiqah,tunang lah dll, jiran ajak makanlah...klu belah luar...tak byk org korban mcm kg. kita....ingat k.ipar akak kawin dgn org johor..ank dia mmg taknak raya di johor sbb katanya nk tgk org korban punya lah susah kena jln jauh..tp bila di kg. sendiri....depan tangga rumah kami pun 3 4 ekor lembu tumbang, tak pyh pegi jauh2...sepanjang jln tu boleh nmpk org tgh gotong royong korban...mmg anak2 sedara yg duk negeri9, johor, perak seronok habis lah blk kelantan time raya haji...kat mana2 boleh tgk lembu katanya...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...agaknya meriah pasal byk orang buat kenduri la kot. Tapi x feel macam raya puasa sebab xde kueh raye dan duit raya bagi budak2..hehe

      Delete

Have a nice day... ☺