Saturday, 3 November 2012

Jalan-jalan carik baju pengantin...

Malam tadi member kol ajak temankan dia carik baju pengantin..katanye dah booking aritu kat tempat lain tapi macam tak berkenan pulak sebab kena pakai korset, dia nak yang ala-ala dress je..ntahla aku pon tak paham dan tak tau trend terkini baju pengantin.

Kul 9 pagi dah pickup aku kat umah dengan semangatnya dia bawak pergi Bangi, kat bangi tu memang banyak sangat butik pengantin dan jugak butik tudung...kalau masuk buleh juling mata tengok design dan juga tengok harga sekali...gulp...tudung smpai rm6++..fuyyo...buleh buat bayar keta 2 bulan tu..

Mase kitorang sampai sana banyak kedai belum bukak sebab baru 9.40 camtu, tapi rezeki satu butik ni sebab dia dah bukak kedai awal pukul 9 pagi. Kitorang boleh dok situ sampai kul 12. Dah 2/3 customer yang datang pastu tapi member aku ni still tak boleh buat keputusan...aku dah mula pening sebab belum breakfast lagi. Pastu piker jap, susah rupanya nak kawin ni..banyak benda nak piker, nak buat, nak pakai banyak duit pulak tu...camane la time aku nanti..ade ke orang nak sponsor?.. hehe

Teringin nak try tapi muatkah?

Last2 dapat jugak keputusan nak buat baju kaler putih lace kelabu..tapi tu tak konfem lagi besok nak pegi lagi sekali dgn tunang dia pulak..ish..susah giler nak wat keputusan. Kitorang dok lama kat situ sebab staff dia aka kak Hanis tu sangat baik dan peramah je, banyak bagi pendapat lau nak matching kan kaler. Member aku yang pada mula nak kaler lain, terus tukar ambik kaler lain..betapa hebatnya ayat akak tu..heheh

Balik dari butik tu pegi carik kedai makan pulak.. kebetulan butik tu kat area seksyen 7, member ajak la pekena nasik kukus yang kat belakang kedai sup yang kitorang pegi aritu. Name kedai tu Restoren Nasi Kukus House 2. Aku memang carik nasik pun so on jelah, lagipun dia nak belanja sebab temankan dia carik baju tu..hehe

Alhamdulillah...ayam goreng lagi...
Lauk kat kedai ni banyak giler, aku rasa ade kot 30 jenis..sampai tak tau nak ambik mane satu, last2 aku amek ayam goreng berempah dengan tempe je..sedey!! Aku puji kedai ni sebab staff dia suma pakai kopiah..cam alim je aku tengok, pastu dia pasang bacaan ayat Al-Quran kat kedai tu..selalu kan orang radio je..so customer takleh la dengar lagu  Najwa Latif ...untuk dia..hey..untuk dia..hey. ..

Dah habis makan tu, lagi sekali member ajak temankan dia carik balang kuih ala yang kecik2 comel tu nak bagi gift kat tetamu katanya. Dia plan nak carik kat Nilai 3. Aku follow je sebab takde aktiviti pon arini. Boleh gak cuci mata sket tengok barang kawin ni, lagipun aku dah lama tak pegi sana....


Masa otw tu, hujan turun selebat-lebatnya..kitorang bajet mesti takde orang sangat ni kat Nilai 3 tu. Sekali seramai-ramai orang pegi shopping kat situ. Kedai tak payah cite la, makin besar dan makin banyak je aku tengok..kedai barang pengantin sampai 10 bijik kot kat situ tapi aku pergi yang paling besar la iaitu Kedai Pengantin ThankQ sebab mesti lagi banyak pilihan kan. Member borong balang tu 500 bijik smpai penuh keta ye...

Sampai rumah dah pukul 4.30, kepala dah sakit sebab kena hujan..terus kansel nak balik rumah Irfa petang ni..sori abam, sebab takleh main tab..heheh

2 comments:

  1. oh ni ke kedai nasi kukus yg kak net cakap tu ari?sedap?emm bila nak bawak titew pegi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm...takut tak berbaloi je nak drive dari nilai ke sini nanti..tapi insyaallah..sy akan merealisasikan permintaan anda...

      Delete

Have a nice day... ☺