Friday, 16 November 2012

Telefilem "Cinta Halal"

Semalam satu hari dok rumah je, dari pagi layan tv sampai malam. Maklumlah takde orang nak ajak pegi jalan kat Gold Coast Morib kann...huhu. Tengok satu iklan drama sempena Maal Hijrah kat tv3, nampak macam best jugak. Tajuk Cinta Halal..apelagi layan jelah...


Pelakon dia  Fahrin Ahmad, Fathia Latif dan Hanez Suraya. Jalan cerita dia sempoi je mengisahkan tentang Ismi (Fathia) seorang gadis yang kasar dan brutal tapi yang telah dibuang kerja sebab bergaduh di tempat kerja lama dan dia terpaksa berubah jadik sopan sebab company baru tempat dia kerja sangat strict. Mak dia yang rekomen die keje kat situ kira pakai kabel la..hehe, walaupun mak dia keje cleaner/tea lady je kat situ. Ismi kemudiannya jatuh cinta dengan anak tuan punya syarikat tu, iaitu Mukhriz (Fahrin Ahmad). Tapi Mukhriz ni nak di jodohkan dengan anak kawan mak dia Sarimah (Hanez Suraya). Okay, mesti korang igt cerita dia stereotype kan sebab standard dah sekarang jalan cerita macam ni kann..

Sebenarnya cerita ni lain sket, sambung balik ye...Mukhriz ni pun asalnya tak suka Ismi pun sebab dia brutal dan Mukhriz ni nak perempuan yang sempurna macam Sarimah sebab dia pun bajet yang dia ni lelaki yang sangat sempurna. Mukhriz ni tak kesah pon kena kahwin dengan pilihan mak dia sebab bagi dia pilihan mak dia mestilah yang terbaik. Tapi yang sebenarnya Sarimah takde la alim sangat dan sebenarnya dia pun kena paksa kahwin padahal dia dah ade pakwe. Tapi yang bagusnya dia dah berterus terang dengan Mukhriz pasal hal tu tapi nak dijadikan cerita, Sarimah ni dah terkantoi dengan mak Mukhriz kat shopping mall mase tengah dating dengan mamat arab tu siap free hair lagi. So mak dia dah hangin tapi still nak jugak mereka kahwin...emm..kompius jap...

Yang Mukhriz ni pulak, lame2 dah rase tersuka la dengan Ismi sebab bila ingat balik macam2 cara Ismi buat sebab nak tarik perhatian dia (aku paling suka mase dia menyampuk mase Mukhriz tengah 3G dengan ayah dia tu..lawak ar...). Lepas dah kenal2 tu, barula dia tau kenapa perangai Ismi kasar, rupanya bapak Ismi kaki judi dan selalu pukul mak dia kot..tapi aku rase dorang dah divorce tapi bapak dia selalu datang rumah dan mintak duit dari mak dia dan dia selalu backup mak dia.

Lepas tu dipendekkan cerita, Ismi ni dah tolong membongkarkan satu kes pecah amanah salah sorang manager kat company tu. Tapi Mukhriz dan mak dia tak percaya dan cakap Ismi saja buat tuduhan palsu kat staff kepercayaan mereka. Ismi bengang dan cakap Mukhriz ni takde kepercayaan diri dan tengok pada luaran seseorang je bila menilai orang. Ismi terus lari tak nak jumpe sesapa siap bawak mak dan adik dia stay kat hotel. Tapi rupanya mak dia dah bagitau Mukhriz yang dorang dok situ. Ending dia Mukhriz datang mintak maaf dengan Ismi dan terus melamar Ismi jadik "yang halal" untuk dia....Hepi ending okay...

p/s: Fathia ni dia aku tak berapa suka sebelum ni tapi lepas tgk cite ni kira okaylah..sebab dia sempoi (adik aku suka si Fathia ni..tak gitu En Sammy? ...hahah) dan Fahrin pulak, dulu2 suke jugak...tapi sekarang so-so jelah sebab dah ramai hero baru kan...hehe

8 comments:

  1. Semalam akk tgk cter nie...best kelakar dgn watak Fathia tu...best la cter nie lain dr lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, lain kan watak dia, dia sempoi dan cantek. best2..vote for ASK...hehe

      Delete
  2. alamak rugi tak tengok sbb masa tu kita kan kat Gold Coast Morib tp tak ajak orang tu (gila ke hapa dah sponsor nak ajak org lagi.huhu)

    tp tertengok citer Rebah Taubat ke hapa..yg nabila dan sharnaz belakon tu

    ada dlm you tube tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. icik pon tgk tengok gak..rase ade kat youtube nanti..tgu next week de kot org upload..hehe

      ade gak tgk iklan rebah taubat tu tp x tgk pon.

      Delete
  3. Replies
    1. ehh...kak net suke fahrin ke? heheh
      Tengok la kalau dah upload...

      Delete
  4. x sempat lg nk tgk..mcm best kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tgok ler...bg sy best la kelakar..hehe

      Delete

Have a nice day... ☺