Tuesday, 4 December 2012

OFFICE FAMILY DAY 2012 :: BUKIT GAMBANG RESORT CITY (Part 2)

- Part 2 -

Okay, dah siap2 kami pun teruslah berangkat ke waterpark tu menaiki tram tersebut. Sampai2 je sana rupanya kitorang ni yang terakhir sampai, semua orang dah pegi main air kot. Lepas makan, excited ni nak main air tapi dalam pada tu kamera tetap aku bawak jugak, incase nak ambik gambar kan sejak2 berbelog ni memang dah jadik kewajipan..haha.

Mula2 tu memang aku excited nak meluncur ni sekali tengok...tu diaaa..


macam semut...ramai giler orang..antara2 sebab terjadi (pada pendapat aku laa..)
  1. Musim cuti sekolah
  2. Kat area pantai timur mana ada waterpark (kalau salah sila betulkan ye..) sebab tulah ramai orang tertumpu kat situ.
  3. Tiket masuk yang murah (RM23.90 dewasa & RM16.90 kanak-kanak)
Tempat dia besar tapi macam banyak sangat pokok tapi yang best tu aku tengok banyak gazebo aka cabana yang disediakan kat situ tapi kena sewa la..rasanya harga dia dalam RM35 rasanya, tapi oklah kena pulak dapat yang bawah pokok so redup2 gitu, boleh la layan mata..zzzz

Antara gambar2 lain adalah seperti di bawah


Memang kami tak sanggup nak bersesak kat situ, tapi alang2 pergi la jugak kat tempat dewasa punya game..jauh tu nak jalan sebab dia macam berbukit. Dah sampai atas tengok ramai jugak orang tengah tunggu giliran, member dah ajak balik berendam kat swimming pool hotel je. Aku redha lah sebab tak mampu rasanya nak beratur.



Sampai je hotel terus pegi berendam kat pool sampai la hujan turun, tapi buat bodoh je main air dalam hujan rintik2 tu..nak puaskan hati sebab tadi tak dapat main air kat waterpark tu...hehe.


Sebelum tu Commitee dah inform supaya kami semua kena siap tunggu depan lobi dalam pukul 7.45 sebab nak pergi dinner kat dewan yang terletak di area water park tu. Dorang terpaksa buat kat sana sebab dewan2 kat hotel dah fully booked. Naik tram lagi..

Malam tu acara yang di tunggu-tunggu adalah persembahan berkumpulan. Grup aku buat tarian hawai. Ada yang berlakon, menyanyi, menari Gangnam pun ade jugak. Tapi rezeki grup aku sebab menang persembahan terbaik dan salah sorang ahli kumpulan dapat Award Mr/Mrs Supporting..yey!!


02 DEC 2012 (AHAD)

Pagi2 dah turun breakfast, kira antara yang terawal la sebab ingat nak pergi berendam lagi kat pool tu tapi sejuk la pulak, so tak jadi terus je balik bilik mengemas ape yang patot sebab nak check out pukul 11.30.

wordless..
Ni semua yang aku kena bawak balik, doorgift, hamper, doorgift kid yang aku pau dengan staff committe, hadiah telematch, beg baju of course la..kecuali yang pic last tu sebab tu aku pinjam orang punya lucky draw grand prize..jeles nih..huhu


Kami gerak balik pukul 12 tgh hari tapi transit kejap kat JAYA GADING sebab nak beli keropok losong.


Kemudian berhenti lagi sekali kat R&R GAMBANG untuk makan tengah hari. Lepas tu kami terus la balik KLIA. Kami sampai sana pukul 7 malam, alhamdulillah..

8 comments:

  1. konfirm akak tak akan pegi tempat mcm tu... sesak nafas ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak net,

      Sy pon tak sangka sesak camtu kalau musim cuti sekolah...takleh nk enjoy pun..tp atleast smpai la jugak kt gambang tu...hehe

      Delete
  2. last family day pun atleast ada jugak
    kami?non ado..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe..next year DS wat family same2...so boleh la kite g same2...huhu

      Delete
  3. salam kenal..

    :)

    singgah sini sbb terpandang entry bukit gambang tu..
    ada hati nak menyinggah satu hari nanti..
    tu la nak carik carik maklumat..

    tak sangka mcm tu punya penuh..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Terima kasih sbb sudi singgah...hehe.
      Saya sarankan jgn pg time cuti sekolah je..sbb terlampau crowded...budak hotel tu yg cite...mmg full kalau cuti skolah...

      Delete
  4. the one & only waterpark kat pantai timur.. murah pulak tu kan kalo compare dgn yg lain2 di malaya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Mulan,

      yes!! the only one waterpark there :)

      Delete

Have a nice day... ☺