Monday, 3 December 2012

OFFICE FAMILY DAY 2012 :: BUKIT GAMBANG RESORT CITY (Part 1)

Okay hari ni nak apdet cerita pasal OFFICE FAMILY DAY 2012 yang lepas @ BUKIT GAMBANG RESORT CITY (BGRC), KUANTAN.

30 DEC 2012 (JUMAAT)

Kami semua bertolak ke Gambang pukul 12 tgh malam menaiki bas sewa khas. Alhamdulillah selamat sampai sana seawal pukul 7 pagi.

* Sedikit info *

Bukit Gambang Resort City ni sebenarnya belum siap sepenuhnya lagi. Sekarang ni masih dalam pembinaan
untuk Safari Park, Adventure Park, Marine Park, Global Heritage (South & North). Jadi yang sedang beroperasi sekarang adalah Arabian & Caribbean Bay Resort dan juga Gambang Water Park.

Info seperti di atas
signboard yang kalerful..
01 DEC 2012 (SABTU)

Registration kaunter pukul 7.30, kami dapat doorgift bag dan kupon breakfast pagi tu. Lepas makan semua kena terus bergerak pergi ke khemah untuk acara telematch pulak. Mula2 bagi can budak-budak main dulu, pastu barulah akak2 ni turun padang menunjukkan skill masing2...hehe.

Bebudak yang excited dapat hadiah..
Kesemua sekali ada 3 game budak dan 05 game dewasa. Aku dengan semangat waja telah menjoinkan diri untuk kelima-lima game sampai staff resort tu perli cakap muka same je yang main..huh!! Ade aku kesah dah takde participant so join jelah..huhu.

Game2 yang di pertandingkan adalah seperti game lari ikat kaki berduet, kereta kebal gergasi, bawa bola pingpong dalam botol, susun tapak kayu, mencipta pakaian berhias (ekceli nama game ni aku reka sendiri sebab lupa nama asal dia...hehe). Jadi hasilnya adalah 1 kali juara, 1 kali naib juara dan 3 kali tempat ke tiga...walaupunn...
eh!! ingatkan budak2 je yang excited dpt hadiah...lalala
Telematch tu habis dalam pukul 12 lebih dan barulah kami dah dapat kunci bilik memasing. Aku share dengan sorang staff ni sebab memandangkan kami je yang bujang time tu sebab orang lain sume dapat family room.


Bilik aku punya la jauh ke hujung dunia. View dari bilik tu mengadap bukit, aku rase tu bukit tempat dorang nak buat safari park tu kot sebab ade lori tengah mengangkut tanah. Kiranya tak best langsung la, kalau mengadap swimming pool kan best buleh gak tengok2 orang tengok orang aka cuci2 mata...heheh.


Memang bukan rezeki kami nak dapat bilik depan2.. padahal kami yang terawal dapat kunci bilik tu..bayangkan 2 kali turun naik lift baru sampai bilik..kalau malam memang aku tak berani balik sorang2..seram dowh..

kawasan hotel
Ni bilik studio kami, kira just nice la untuk 02 orang.

wordless
* Info lagi *

Dari hotel/resort ni nak ke water park tu kena naik tram, tambang RM1 tapi kalau kita ambil pakej rombongan kira dah include sekali so boleh naik je tak payah bayar. Emm..kenapa kena bayar, pelik la sepatutnya service tu percuma jelah ala kira macam kemudahan untuk pelanggan la kan...

Ni lah rupa tram itu..
 Oklah..sambung next episod ye.. tata

3 comments:

  1. OKEY ..w,pun dah dengar cerita dr mulut tapi tetap jugak nak baca kat blog.

    next......

    ReplyDelete
  2. oh..belum siap lagi..?

    err..dyh pnh baca ada tren tapi tak tau pulak kena byr..

    thanks share info..!

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Resort tu dah siap tapi kire byk lagi la projek yg under construction..so boleh je stay sana...basic dah complete...:D

      Tram tu mmg kne bayar kt kaunter tu...nti driver tu check tiket....

      Delete

Have a nice day... ☺