Wednesday, 12 December 2012

WW - 12.12.12 (Jodoh, Kahwin & Baby)

121212 - Tarikh keramat sebab ni last tarikh yang cantik sebab dah takde bulan ke 13...hehe.

So ramai la yang buat kenduri kahwin atau tunang hari ni, contohnya kawan aku iaitu kapten futsal si EJ, majlis dia malam ni lepas Isyak. Kebetulan dia kahwin dengan budak office aku, actually dorang dah lama kenal tapi gitu2 jelah, tapi jodoh tu tetiba datang pulak, dorang kapel 02 bulan je kot pastu terus decide nak kahwin. Mungkin berkat doa kat Jabbal Rahmah awal tahun hari tu.

Lagi sorang pun camtu, kawan kitorang yang pegi umrah dengan dia haritu pun dah jumpa jodoh jugak. Kenduri dia sabtu ni 151212 (alaa yang aku teman pergi carik baju pengantin hari tu carik baju pengantin butik pengantin Bangi) pastu dorang konflik sebab takleh nak attend kenduri memasing...ni date punya hal lah...heheh

sumber dari Google...

Bukak fesbuk tadi tengok pulak member lama pun baru dapat baby awal pagi tadi. Yang ex-housemate aku pulak, terawal pulak bersalin, hari tu dia cakap doktor bagi due date 121212 jugak, sekali baby dia nak keluar awal 7hb..alhamdulillah sihat baby boy dia tu..tahniah Nurul dan As atas kelahiran baby kalian..semoga menjadi anak yang baik dan soleh.


sumber dari Google..

Sebenarnya aku dah lama aim date ni.....ingat nak kenduri 7 hari 7 malam jugak...hahah. Tapi nak buat camane jodoh belum tiba lagi..kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan...


sumber dari Google..

p/s: Sebenarnya aku ade kecik hati dengan sorang hamba Allah ni sebab tak jemput masa dia bertunang sabtu lepas padahal dulu kemain lagi baik dan luahkan perasaan kat aku bila ada masalah cinta. Adakah dia takut aku jealous or kecik hati sebab dia tunang dulu... excuse me, aku tak kesah pon, tapi aku lagi mendoakan kebahagian dorang adelah... # sentap 

6 comments:

  1. takpe takpe.. nanti 1/3/13 ada lagi.. atau 3/1/13... ramai doktor takleh cuti sbb ramai nak bersalin hari ni jgk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a..ah laa... date 1/3/13 pun cantik jugak..
      oh ye, mber saya nikah 12/12/12 tapi nak sanding 13/03/13...nikah gantung cam ella la pulok..heheh

      Delete
  2. Ala date x penting CV,bukanya date yg tentukan kebahagiaan kita.boleh mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Zie Marziah,

      Yes...date tak penting tapi ia cume bermakna time nk anniversary jew....hehe

      Delete
  3. ai okey je w,pun tarikh x cantik.so xleh salahkan sapa2 bila ala-ala ingat2 lupa.huhu

    7 hari 7 malam?alamak..mesti penat kan nak kenduri.huhu

    kaknik makan hati tgk malam td..anak raja kawen org biasa.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarikh huru hara..mesti lupa..heheh

      7hari 7 mlam kalah anak raja...

      Delete

Have a nice day... ☺