Monday, 29 October 2012

Untuk Tiga Hari di Hari Raya Qurban...

Hari ni aku masih lagi cuti raya walaupun dah balik sini. Balik kg 03 hari je cukup la, kalau lama nanti bosan..hehe.

Sehari Sebelum Raya

Hari khamis tu company bagi time off balik pukul 12..hoye!!..hoye!! Balik tu terus packing baju, ambik irfa pastu kitorang pergi lunch kat Restoren AP Ayam Penyet sebab Irfa kata dia tak pernah makan kat situ..

sila2..jgn malu-malu..
Kitorang gerak balik kg dalam pukul 12 camtu, selepas abg ipar aku balik keje petang, non stop keta terus sumbat beg dalam bonet dan jalan....aku, adik lelaki dan abam kat belakang, bersempit-sempitan...padan muka, sape suruh taknak bawak balik viva tu, rasakan 08 jam perjalanan camtu. Jalan still jem lagi, agaknya ramai yang baru bertolak balik time yang same kot. Dah lelama tu, kami pun membuta la...zzzz

Hari Raya Pertama

Sampai kampung pukul 8 pagi dan sejarah raya haji tahun 2010 pun berulang, mase tu aku sampai lagi lewat sejam. Moral of the story - Jangan la sesaje nak balik malam raya...ingat kampung ko dekat..So dah alang2 sampai time tu, takde makna nak pakai baju raye derr...

Macam biasa raya haji takdela semeriah raya puasa, walaupun ramai orang cakap raya haji kat Kelantan meriah dan best...emm (part mane yang best pun aku tak pasti). Hari raya pertama tu ramai orang buat korban, banyak la lembu2 tunggu masa nak tumbang..salah satunya satu bahagian yang Irfa dah booking untuk aqiqah tapi malangnya tak sempat dikorbankan sebab lembu tu terlepas dan tapi dapat tangkap balik esoknya, so tak jadilah korban hari tu. Agaknya belum sampai seru kot nak kena korban..hehe

Hari Raya Kedua

Selepas subuh Irfa dan family dah gerak balik sini, so tinggal aku dan adik lelaki tu kat kampung. Kitorang still lagi tak tau nak balik sini dgn apa, talian hayat aku cuma naik flight je tapi memikirkan banyak kemungkinan seperti kapal full buat aku seram..taknak banana fruit two times..hehe.

Dalam pukul 8 camtu, sume bersiap nak pegi menziarah kubur arwah atok dan paksu aku pulak kat kampung sebelah. Bawak nenek aku yang sangat berharap kami sume pergi ziarah tiap2 kali raya..

wordless...
Satu-satunya nenek yg kami ada sekarang..

Balik tu singgah rumah pakcik kejap sebab rumah dia tepi kawasan tanah perkuburan tu je, sebelah tu rumah lama nenek aku sebab sekarang nenek aku dah pindah duduk dengan pakcik yang lagi sorang, so rumah tu jadik rumah tinggal jelah..

bajet kampung la konon...heheh
Ni takde keje, adik aku carik undur-undur..hehe
On the way balik nak sampai umah, singgah lagi kejap kat masjid kg aku sebab Irfa suruh snap gambar kain rentang tu, dia kate nak tolong sebarkan. Masjid ni masih dalam pembinaan dan yang paling spesel bagi kami sebab ayah aku salah sorang mereka yang bekerja keras membina semula masjid ni. Jadi disini jugak nak di war-warkan kepada mereka yang berminat nak menderma dan memberi sumbangan ikhlas, alhamdulillah di alu-alukan...(sikit-sikit lama-lama jadik bukit ye..)

marilah kita membeli saham akhirat...
Pastu sempat lagi snap gambar gerai lemang yang ada kat kampung aku ni, femes smpai masuk paper uolls, kampung yang menjual lemang sepanjang tahun sejak tahun 1996.. tak percaya?? Murah pulak tu..
...
kat sini sebatang da rm10..
lame giler kan...
Sampai rumah je, ayah aku bawak balik perut lembu yang belum diproses...tak lalu kalau tengok, tapi bila dah masak tu terus lupa diri dok makan pastu mak aku pulak masak sambal cendawan kukur...

Aku anak kampung...makan cendawan kukur je...huhu
kerabu perut dan perut goreng..
Hari Raya Ketiga

Adik aku cakap member dia balik sini dan keta kosong so dia dah siap-siap reservekan seat untuk kami berdua...yes!! time kasih en Sammy...dia cakap maybe gerak balik dalam pukul 3 petang, so ade lagi mase pagi tu untuk bersenang-senang.

Mak ayah aku pulak bizi memanjang sebab banyak sangat jemputan kenduri kahwin la, tunang la, aqiqah la...bla..bla... Tapi mak aku pesan nanti zohor mak balik ye nak :p

Wajah kesayangan hamba...cewah!!
Okay, seperti yang dijanjikan kami pun bertolak balik petang tu, trafik agak lancar tapi tersangkut2 la jugak nak smpai  ke Bentong tu tapi dah masuk highway karak tu start balik jem giler2,tapi bila dah lepas tol bentong tu terus okay sampai la ke Nilai. Perjalanan kami makan masa 10 jam dan sekotak rokok kot  la jugak sebab aku sampai Nilai pukul 12 tgh malam..penat sungguh..

Nampak tak jem kat tol tu...
So, malam tu tido kat umah Irfa je dan pagi tadi aku baru la balik rumah sewa...

Sekian untuk raya tahun ini...

Saturday, 13 October 2012

RESTOREN URAT KETING (UK), BANGI..

Ni semua pengaruh tengok Iqram Dinzly dalam program JJCM tu. Nampak macam sedap giler mase dia makan sup tu. Aku pulak memang hantu sup perut, tak kesahla perut lembu yang warna putih tu atau perut muda tu..peh!!! Terus teringat kat ayah aku yang suka masak sup dan suka buat kerabu perut sebab anak-anak dia suka makan..(tibe-tibe rasa nak balik kampung je...huhu)

Member pun tak pernah pergi restoren tu tapi dia terer sket bab-bab jalan area bangi tu. Kira dia macam gps aku la dan kitorang selalu plan projek JJCM ni. RESTOREN URAT KETING ni terletak kat SEKSYEN 7, BANGI. Bangunan belakang tu ada kedai nasik kukus pulak, bau ayam goreng berempah dia menusuk ke kalbu, sedap weh!!

Tapi tu mungkin next plan JJCM kitorang la, sebab hari ni punya plan nak makan sup urat keting tu je.

Kat area situ memang banyak sangat kedai makan, macam-macam ada, memang saingan tu sengit la.
Aku order sup urat keting campur perut putih je sebab perut muda yang aku teringin tu belum masak lagi time ni, malas nak tunggu sebab perut dah lapar

Check harga dulu...hehe
tak tahan tengok menu nih..terutama sup perut muda tu...peh!!
Ini sup urat keting + ekor = RM9
Member punye nih...
Ini sup urat keting + perut = RM8
Nasik kami, memasing amek udang kunyit..


Okay, secara keseluruhan rase sup tu sedap la, bagi penggemar sup buleh la datang sini sebab ada banyak jenis sup lain. Irfa pernah cakap nak bawak ayah aku makan kat sini time cuti sekolah nanti, harap2 ayah aku suka la..