Friday, 30 November 2012

Intro : Office Family Day @Gambang



Esok dan lusa aku di sini Bukit Gambang Resort City sebab ada office family day...jadi aku terpaksa meninggalkan MA (panggilan mak) bersama 05 lagi anaknya di sini tanpa aku. Emm..adakah aku "jual ikan" sebab tak bawak mereka bersama...oh tidak!!!.

p/s :  Nampaknya.ber"nasik arab" la korang ye...huhu (rindu pada cik Hanith Lamb itu..)   >_<

Thursday, 22 November 2012

I like to move it..move it..

i like to move it..move it...

Akhirnya hari ni secara rasminya kami semua telah berpindah ke office baru. Aku tak dapat tempat idaman pun tapi tempat aku mengadap tingkap la jugak cume dinding cubicle ni tinggi sket jadi kalau nak bercakap dengan orang sebelah kena bangun.. dulu boleh sembang gitu2 je...

Office baru saya..

View dari tingkap office..
Semoga suasana office baru ini dapat memberi aku semangat baru untuk lebih bekerja dengan lebih rajin dan produktif..wah!!

Saturday, 17 November 2012

Karipap Sardin Di kala Maharaja Lawak Mega...

Malam tadi sambil melayan MLM (bukan Multi Level Marketing ye...) tapi Maharaja Lawak Mega 2012 sempat jugak sambil2 tu housemate buat KARIPAP SARDIN. Aku pun tumpang la belajar nak buat kelim tepi tu, susah rupanya...huhu.. yelah dulu2 mase kecik mak buat karipap pakai acuan plastik tu je, jadi aku punye hasil tangan takde dalam gambar la sebab buruk kan jadi taknak expose...huhu. Sebenarnya dalam diam aku tabik spring dan kagum dengan housemate aku sebab dia ade terpiker dan pandai buat karipap dan juga  masakan lain seperti mee sup, laksa penang, kari ayam, tomyam, asam pedas...bla...bla...blaa...

bahan2 nya seperti di atas..
tu dia..giant currypuff...hehe

Okay, sekarang nak cerita pasal Maharaja Lawak pulak. Tahun ni ada 11 grup yang masuk bertanding. Ramai peserta dari musim lepas, dia macam recycle la, tapi banyak dah tukar2 grup la. Mase awal2 tu ade pentas prelude yang tunjuk grup yang masih reserved, tapi mase perform aku rase grup ketiga tu lagi okay kot, tapi kenape la grup yang suka buat lawak double meaning tu jugak yang dapat masuk..x paham aku..


Tapi dalam ramai2 peserta tu feberet aku haruslah Jozan, housemate pulak suka Jambu. Tapi yang lain pun okaay laa tapi ade yang macam lawak dorang tak menjadi sangat dan kita pun boleh tengok dari sorakan penonton, ade yang punchline tak sampai, lawak double meaning, lawak sarcastic, lawak yang tak berapa nak lawak dan jugak lawak yang tak paham (kompius jap).

Harap2 minggu seterusnya dorang improve la dan tapi sebenarnya bukan senang nak buat lawak dan jadi pelawak ni, sebab lawak tak leh recycle nanti orang bosan. Kalau jadi penyanyi takpe, selagi ade lagu dorang nyanyi jelah tak kesah lagu orang atau lagu sendiri asalkan menyanyi... 

Friday, 16 November 2012

Telefilem "Cinta Halal"

Semalam satu hari dok rumah je, dari pagi layan tv sampai malam. Maklumlah takde orang nak ajak pegi jalan kat Gold Coast Morib kann...huhu. Tengok satu iklan drama sempena Maal Hijrah kat tv3, nampak macam best jugak. Tajuk Cinta Halal..apelagi layan jelah...


Pelakon dia  Fahrin Ahmad, Fathia Latif dan Hanez Suraya. Jalan cerita dia sempoi je mengisahkan tentang Ismi (Fathia) seorang gadis yang kasar dan brutal tapi yang telah dibuang kerja sebab bergaduh di tempat kerja lama dan dia terpaksa berubah jadik sopan sebab company baru tempat dia kerja sangat strict. Mak dia yang rekomen die keje kat situ kira pakai kabel la..hehe, walaupun mak dia keje cleaner/tea lady je kat situ. Ismi kemudiannya jatuh cinta dengan anak tuan punya syarikat tu, iaitu Mukhriz (Fahrin Ahmad). Tapi Mukhriz ni nak di jodohkan dengan anak kawan mak dia Sarimah (Hanez Suraya). Okay, mesti korang igt cerita dia stereotype kan sebab standard dah sekarang jalan cerita macam ni kann..

Sebenarnya cerita ni lain sket, sambung balik ye...Mukhriz ni pun asalnya tak suka Ismi pun sebab dia brutal dan Mukhriz ni nak perempuan yang sempurna macam Sarimah sebab dia pun bajet yang dia ni lelaki yang sangat sempurna. Mukhriz ni tak kesah pon kena kahwin dengan pilihan mak dia sebab bagi dia pilihan mak dia mestilah yang terbaik. Tapi yang sebenarnya Sarimah takde la alim sangat dan sebenarnya dia pun kena paksa kahwin padahal dia dah ade pakwe. Tapi yang bagusnya dia dah berterus terang dengan Mukhriz pasal hal tu tapi nak dijadikan cerita, Sarimah ni dah terkantoi dengan mak Mukhriz kat shopping mall mase tengah dating dengan mamat arab tu siap free hair lagi. So mak dia dah hangin tapi still nak jugak mereka kahwin...emm..kompius jap...

Yang Mukhriz ni pulak, lame2 dah rase tersuka la dengan Ismi sebab bila ingat balik macam2 cara Ismi buat sebab nak tarik perhatian dia (aku paling suka mase dia menyampuk mase Mukhriz tengah 3G dengan ayah dia tu..lawak ar...). Lepas dah kenal2 tu, barula dia tau kenapa perangai Ismi kasar, rupanya bapak Ismi kaki judi dan selalu pukul mak dia kot..tapi aku rase dorang dah divorce tapi bapak dia selalu datang rumah dan mintak duit dari mak dia dan dia selalu backup mak dia.

Lepas tu dipendekkan cerita, Ismi ni dah tolong membongkarkan satu kes pecah amanah salah sorang manager kat company tu. Tapi Mukhriz dan mak dia tak percaya dan cakap Ismi saja buat tuduhan palsu kat staff kepercayaan mereka. Ismi bengang dan cakap Mukhriz ni takde kepercayaan diri dan tengok pada luaran seseorang je bila menilai orang. Ismi terus lari tak nak jumpe sesapa siap bawak mak dan adik dia stay kat hotel. Tapi rupanya mak dia dah bagitau Mukhriz yang dorang dok situ. Ending dia Mukhriz datang mintak maaf dengan Ismi dan terus melamar Ismi jadik "yang halal" untuk dia....Hepi ending okay...

p/s: Fathia ni dia aku tak berapa suka sebelum ni tapi lepas tgk cite ni kira okaylah..sebab dia sempoi (adik aku suka si Fathia ni..tak gitu En Sammy? ...hahah) dan Fahrin pulak, dulu2 suke jugak...tapi sekarang so-so jelah sebab dah ramai hero baru kan...hehe

Wednesday, 7 November 2012

Anak ayam warna-warni...

Pagi ni semua bizi kat office sebab mover dah datang nak angkut kabinet dan kotak, aku sebagai observer dan juga tukang bagi direction je...hehehe.

Sementara tu sempat lagi membelek fesbuk tadi jumpa la satu gambar ni yang menggamit kenangan mase dulu-dulu...

Taraaa.....anak ayam warna warni...haha
 05 ekor / RM10...mari!!..mari!!
Comel kan..mase kitorang kecik-kecik dulu sempat la ayah belikan ayam ni sorang sekor. Kitorang panggil ni anak ayam didik. Mase tu memang sangat femes anak ayam ni. Tapi bile dia dah besar bulu ayam ni akan bertukar jadik warna putih je tapi itu pun kalau ia sempat besar la.. heheh.

Dulu aku piker macam mane la ayam ni boleh jadik kaler2 camni, aku ingat dia rendam ayam ni kat dalam air berwarna..boleh ?? Kalau rendam dalam air mestilah mati ayam tu kan...hahaha. Sampai sekarang aku masih tak tau macam mana proses nak mewarna anak ayam ni, ade yang cakap
  1. Pengusaha akan cucuk pewarna kat dalam telur tu masa dalam perut.
  2. Anak ayam ni di rendam dalam air berwarna..
  3. Dorang warnakan anak ayam ni pakai spray (alat penyembur).
(Sila tandakan jawapan anda di atas) :p

Tapi sekarang pun masih ada jual lagi anak ayam warna-warni ni kan, ingat nak beli la sekor dua nak bagi kat adik Hajar...mesti die penyek2 kan, ingat mainan...heheh

Saturday, 3 November 2012

Jalan-jalan carik baju pengantin...

Malam tadi member kol ajak temankan dia carik baju pengantin..katanye dah booking aritu kat tempat lain tapi macam tak berkenan pulak sebab kena pakai korset, dia nak yang ala-ala dress je..ntahla aku pon tak paham dan tak tau trend terkini baju pengantin.

Kul 9 pagi dah pickup aku kat umah dengan semangatnya dia bawak pergi Bangi, kat bangi tu memang banyak sangat butik pengantin dan jugak butik tudung...kalau masuk buleh juling mata tengok design dan juga tengok harga sekali...gulp...tudung smpai rm6++..fuyyo...buleh buat bayar keta 2 bulan tu..

Mase kitorang sampai sana banyak kedai belum bukak sebab baru 9.40 camtu, tapi rezeki satu butik ni sebab dia dah bukak kedai awal pukul 9 pagi. Kitorang boleh dok situ sampai kul 12. Dah 2/3 customer yang datang pastu tapi member aku ni still tak boleh buat keputusan...aku dah mula pening sebab belum breakfast lagi. Pastu piker jap, susah rupanya nak kawin ni..banyak benda nak piker, nak buat, nak pakai banyak duit pulak tu...camane la time aku nanti..ade ke orang nak sponsor?.. hehe

Teringin nak try tapi muatkah?

Last2 dapat jugak keputusan nak buat baju kaler putih lace kelabu..tapi tu tak konfem lagi besok nak pegi lagi sekali dgn tunang dia pulak..ish..susah giler nak wat keputusan. Kitorang dok lama kat situ sebab staff dia aka kak Hanis tu sangat baik dan peramah je, banyak bagi pendapat lau nak matching kan kaler. Member aku yang pada mula nak kaler lain, terus tukar ambik kaler lain..betapa hebatnya ayat akak tu..heheh

Balik dari butik tu pegi carik kedai makan pulak.. kebetulan butik tu kat area seksyen 7, member ajak la pekena nasik kukus yang kat belakang kedai sup yang kitorang pegi aritu. Name kedai tu Restoren Nasi Kukus House 2. Aku memang carik nasik pun so on jelah, lagipun dia nak belanja sebab temankan dia carik baju tu..hehe

Alhamdulillah...ayam goreng lagi...
Lauk kat kedai ni banyak giler, aku rasa ade kot 30 jenis..sampai tak tau nak ambik mane satu, last2 aku amek ayam goreng berempah dengan tempe je..sedey!! Aku puji kedai ni sebab staff dia suma pakai kopiah..cam alim je aku tengok, pastu dia pasang bacaan ayat Al-Quran kat kedai tu..selalu kan orang radio je..so customer takleh la dengar lagu  Najwa Latif ...untuk dia..hey..untuk dia..hey. ..

Dah habis makan tu, lagi sekali member ajak temankan dia carik balang kuih ala yang kecik2 comel tu nak bagi gift kat tetamu katanya. Dia plan nak carik kat Nilai 3. Aku follow je sebab takde aktiviti pon arini. Boleh gak cuci mata sket tengok barang kawin ni, lagipun aku dah lama tak pegi sana....


Masa otw tu, hujan turun selebat-lebatnya..kitorang bajet mesti takde orang sangat ni kat Nilai 3 tu. Sekali seramai-ramai orang pegi shopping kat situ. Kedai tak payah cite la, makin besar dan makin banyak je aku tengok..kedai barang pengantin sampai 10 bijik kot kat situ tapi aku pergi yang paling besar la iaitu Kedai Pengantin ThankQ sebab mesti lagi banyak pilihan kan. Member borong balang tu 500 bijik smpai penuh keta ye...

Sampai rumah dah pukul 4.30, kepala dah sakit sebab kena hujan..terus kansel nak balik rumah Irfa petang ni..sori abam, sebab takleh main tab..heheh