Monday, 25 February 2013

BUKIT BROGA...kami datang..

Plan ke Bukit Broga akhirnya terlaksana jugak pagi semalam. Kami berempat nekad nak menakluk puncak Bukit Broga tu...cewahh!! Perjalanan ke sana lebih kurang sejam melalui highway Lekas yang tak berapa nak lekas sangat. Barulah aku tau yang kampus University of Nottingham Malaysia ni kat Semenyih rupanya.

Kami sampai kaki bukit Broga tu awal pagi, kawasan memang gelap gelita, nasib baik member dah ingatkan suruh bawak torchlight. Kami parking kat dalam kawasan kelapa sawit dengan bayaran masuk RM2. Memang buat duit sungguh cina tu. Agaknya tanah dia kot. Ramai orang naik time2 tu sebab nak tengok matahari terbit. Pastu bolehlah jerit Good Morning, Malaysia!!... ^ ^

Dah siap buat aktiviti regangan yang diketuai oleh housemateku cikyana, kami mula bergerak menapak menaiki bukit tu. Pada mulanya jalan batu2 biasa tapi semakin lama jalan makin tinggi la tanpa kita sedari..dah la gelap gelita, masing2 menyuluh jalan takut terjatuh sebab track dia berbatu-batu dan agak licin. Rasa macam join kem bina jati diri pulak. Tapi takde rasa takut pun sebab ramai orang di sepanjang jalan tu, ada yang berenti ambik oksigen dulu, minum, hisap rokok dan sebagainya.

Aku dah separuh nyawa rasanya nak jalan dan panjat bukit tu..rasa nak give up je...serious memang giler dan memenatkan tahap gaban. Sampai aku cakap kenapa la aku boleh teringin nak buat aktiviti macam ni. Jalan je 10 minit, aku berenti kejap ambik nyawa dulu. Begitulah seterusnya, transit saja. Member pulak dah kedepan, lagi 2 orang masih lagi kat bawah.

Nak panjat bukit tu senang je sebab ada tali, takpon kita boleh berpaut pada akar pokok, tapi sebab gelap memang la tak nampak takut salah pijak kang ada yang tergelincir pulak..tak pasal2 abang2 jpam nak kena angkut aku bawak turun naik strecther. Lagi sket nak sampai hentian yang ade batu2 banyak tu aku berenti lagi..rehat dalam 10-15 minit camtu. Sebenarnya aku ingatkan dah nak sampai puncak, rupanya belum...huhu

view dari tempat aku transit..
Aku lepak je kat atas batu tu sampai hari dah cerah sket, lepas tu barulah gigih panjat balik bukit tu. Rupanya aku dah jadik macam cerita rakyat arnab dan kura2 tu, sebab member2 aku dah sampai atas. Aku je yang baru terhegeh2 nak naik atas..huhu

Dah sampai atas tu tengok ada lagi orang naik ke lagi satu bukit, member cakap itulah puncak Broga. Alamak...nak kena panjat lagi ke??? Member cakap terpulanglah..tapi kitorang semua sepakat taknak naik atas pun sebab tak larat dah..rasa macam nak pengsan, so kami lepak je situ sampai pukul 9 pagi...

Aktiviti seterusnya bergambar sampai lebam...mula2 aku check-in dulu sebab nak kasik adik aku jeles...heheh

kami...
bajet ^ ^
Tapi memang serius bila dah sampai atas ni korang akan rasa lega, happy dan rasa penat lelah panjat bukit ni dah berbaloi. Pemandangan yang cantik dan yang best tu sebab angin dia sejuk..best sangat.

Okay nampak tak bukit dalam gambar kat bawah ni? Itulah puncak Broga dan hakikatnya aku tak naik sampai atas sana pon..heheh


Yang ni pulak kononnya kami tengah shoot fotografi macam Dr Sheikh Muzaffar tu dulu kan ambik gambar pre-wed dia kat atas ni, tapi aku rasa dorang naik helikopter kot, takkan la nak mereka nak menapak naik macam kitorang ni. Tudung dan baju aku basah sebab peluh tu dah macam air hujan, nasib baik tergerak hati nak pakai jersi. Mungkin sekilo dua lemak aku dah bertukar menjadik peluh...hehe


Ambik gambar kasut kira macam wajib kalau pergi mana2, bajet macam kasut mahal...walaupun...


Ramai sangat orang kat atas ni, dari warga emas sampai la kepada kanak2, tapi kebanyakan student la kot. Sampai ada brader yang tolong amikkan gambar kitorang tu tanya kami ni student ke..emm student kah???
Terus perasan muda...lalalala....

Tapi aku kagum bila tengok ada sepasang suami isteri ni bawak anak2 dorang yang umur dalam 2/3 tahun camtu naik atas ni. Ni mesti dorang masa bujang dulu "kaki climbing"..

masing2 happy dah sampai sini..
buleh buat sukaneka...
Sebenarnya kat atas ni ada batu bata dan lalang je, tak taulah kenapa ramai orang suka naik sini, aku naik ni pon sebab aku nak tau dan nak rasa feeling dok atas bukit tinggi macam tu. So far, ok seronok tapi penat.

Bila tengok view dia, ada tak macam yang suasana cite Lord of the ring takpun macam cite Narnia? hahaha...perasan giler kann...













 
Okay... ni dia gambar eksklusif dari rombongan mak jemah ke Broga... susah ni nak ambik gambar berempat, kena mintak tolong orang ambikkan..

senyumm..




Tengok jam dah nak pukul 9, jadi sebelum matahari naik terpacak kat baiklah kami turun dulu, tapi masa nak turun ni lagilah....gayat sebab barulah nampak jalan yang sebenar. Tinggi tuuu... Nak turun tu memang kena hati2 sebab jalan licin..sebab tu ada yang amik alternatif dengan gelongsor je kat lalang tu untuk sampai ke bawah (tapi bukan la sampai bawah..nak mati?? )

Ni gambar dari atas, masa turun tu takde la amik gambar kang tak pasal2 aku pulak tergolek sampai bawah..tapi sempat la snap sekeping dua.






gi satu nak habaq mai, masa turun tu kitorang jumpa Eric Leong "cantik tak??" pun baru nak panjat bukit ni, sempat la bergambar dengan dia konon2 nya. Tapi malangnya orang yang sudi nak ambikkan gambar kitorang tu tak snap dengan betul, so bila tengok balik, gambar tu memang takde...huh!!

Tapi bila dah sampai bawah akan ada gerai2 macam ni jual air, aiskrim, kuih, roti dan lain2. Yang paling laku aku rasa mesti lah air "tambah seratus" tu...


 Member tengah kira duit nak beli eskrem lettew..


Masing2 muka penat..piker nak balik tido je...




Okay, tak sangka kat bawah ni siap ade jual t'shirt  Broga yang ala2 "i love ........" gitu


Sebelum balik rumah tu, sempat lagi kami breakfast kat kedai mamak kat nilai sana..


 Amacam??  Ade berani nak naik Broga tu lagi??

#rasanya ni lah kali pertama dan terakhir aku naik Broga..insya Allah..

15 comments:

  1. Wah bestnya...xpernah sampai lagi kat sini dan 1st time dgr nama bukit nie. Tq sharing ya :D

    ReplyDelete
  2. huih..gigih mak jemah panjat bukit.
    hilang sekilo naik bukit tambah 2kilo makan mee kuning
    hahaha

    ReplyDelete
  3. akak dah naik dah broga ni..rasa nak hilang nyawa...semput!! naik tu boleh lagi tapi bab turun tu..perggghhh rasa nak tercabut lutut..dahlah tak ada tempat nak jadikan tempat berpegang...
    tapi kat atas tu pemandangannya cantik.... best! nak naik lagi? kirim salam laa...tak nak..ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. jeles, akak ni tah bila nak sampai sana tah...haiyaa

    ReplyDelete
  5. syoknye suasana kat atas bukit tu.
    ala2 cam kat new zealand da..huhu
    pasni boleh tawan gunung kinabalu pulak.

    ReplyDelete
  6. #ratu hatiku,
    saya baru tau pasal broga ni pasal ramai kawan kaki climbing..tapi bagi dorang bukit ni tak mencabar langsung...huhu

    #sis,
    akhirnya tercapai hasrat makjemah & the geng nak panjat broga tahun ni...hahha

    #kaknet,
    best kan walaupun penat macam nak mati..turun tu pegang je kat mana2 dan kat sape2 yang ada kat situ...emegency la katekan..hehe

    ReplyDelete
  7. #cikmot,
    saya pon rase takde la nak repeat kot..penat giler..upah seribu pun taknak...(emm yeke...huhh)

    #nicknashram,
    meme pon..sejuk mata memandang. Rasa macam tak caya buleh sampai atas tu..huhu

    ReplyDelete
  8. Tahniah semua berjaya mendaki...muka nmpk tak penat jer kan. Tapi yg sebanrnya tuhan jer tau. hehe

    ReplyDelete
  9. pnh lalu kat broga tu...tp x penah pnjat lagi ^_^

    ReplyDelete
  10. #nea,
    muka happy sebab dah sampai atas..kalu snap muka masa tengah panjat tu..konfem macam dot.dot.dot

    #cikguma,
    Saya pun saje2 nak try tu..alhamdulillah sampai jugak :)

    ReplyDelete
  11. ctk la tempat ni..ramai dh kwn2 dh naik...kat semenyih kan..

    ReplyDelete
  12. #fieda,
    yup, kat semenyih..dekat je dgn town tu..

    #4feet8,
    jom lah pegi...picnic kat atas tu..best jugak...haha

    ReplyDelete
  13. Pew.....best tu dpt tu dpt prgi bkt broga....jeless lah....hrp suatu hri dpt prgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. #mohd arif,
      Best..tapi nak pergi lagi sekali tu rasanya...hurmmm..

      Delete

Have a nice day... ☺