Thursday, 21 February 2013

Etika dalam bilik taklimat...

Pagi2 dah dating dengan Puan Irfa kat auditorium office sebab kami ada briefing @ taklimat mengenai operasi syarikat untuk tahun 2013 ni. Macam biasa sebelum taklimat bermula kami diberi peringatan supaya menjaga etika ketika berada dalam auditorium ni.
 
 
Tapi macam biasa tak semua orang boleh mengikut peraturan yang ditetapkan. Dah lumrah alam..peraturan Allah pun ramai yang langgar, inikan pulak peraturan yang dibuat oleh manusia biasa...huhu

Antara perkara yang biasa berlaku dalam bilik taklimat contoh:
  1. Tidak "silent mode" kan handphone (terlupa, sengaja atau memang rosak), padahal awal2 lagi mc dah bagitau pasal tu.
  2. Selamba menjawab call tapi bercakap dalam mode yang perlahan bajet orang tak dengar la dorang bersembang (yolah tuu...)
  3. Tidur sebab bosan @ mengantuk..
  4. Komen mengomen pasal style or gaya penceramah tu  (cara penyampaian) & juga fizikal barangkali..
  5. Gosip pasal artis cth pasal kes Fizz Fairuz dan ex-tunangnye (topik yang tengah hot ni)...lalala..
  6. Gosip pasal style tudung dan baju peserta lain..kagum dgn tudung dorang yang lawa2 ittew..(biasanya perempuan)
  7. Pilih seat dan akan duduk dibarisan belakang sebab taknak di soal oleh penceramah. Barisan depan dibiarkan kosong..
  8. Mula stress tahap gaban bila penceramah terlupa @ terlajak waktu rehat.
  9. Ternanti2 tea break sebab nak tau apa menu hari tu..karipap or bihun goreng..  : )
  10. Main game kat henfon or melayan fesbuk sebab bosannnnn.....
Tadi pun aku rasa macam nak je nyanyi lagu Amy Search tu...

"Aku dah bosan...aku dah bosann...aku dah bosannn"

6 comments:

  1. Eh mna gmbar kita brdua?
    Malu letew ;)
    Ai igt nk nyanyi lagu feveret hajar
    'cukup cukup sudah'
    Apapun today kenyang gila
    bekfes,lunch .. minum petang semua ditaja
    burpppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..nati ade orang compare pulop..i tau lah i tak gebu macam model tabita..huhu

      Delete
  2. Hihihihi..... mst mengantuk gler dok dalam tu lama..

    ReplyDelete
  3. Kakcik selalu menconteng entah apa2 bila bosan dalam bilik mesyuarat/taklimat...

    ReplyDelete
  4. hahahha..sy selalu main game.

    ReplyDelete
  5. #ratuhatiku,
    dia tak mengantuk tapi bosan sebab pemberi taklimat tu suka ulang2 cakap lepas tu slow yang amat..word by word..perut dah lapor..tu pasal emosi terganggu...heheh

    #kakcikNur,
    Tak menconteng sebab pegi melenggang je semalam..lau tak mesti lukis orang lidi...hehe

    #nealopah,
    main game yang menguji minda baru thrill...fokus..

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺