Wednesday, 20 February 2013

Review Novel :: Cik Bunga dan Encik Sombong

Hobi lama kini menjadik hobi baru setelah sekian lama. Kebetulan housemate memang kaki novel. Tiap2 bulan mesti beli 2/3 bijik. Aku sekarang pun dah mula gian nak habiskan sebijik novel dalam masa sehari kalau boleh, tapi apakan daya masa sangatlah mencemburui aku..(kemain sekarang ayat dah ade unsur2 sastera gittew...lalala).

Ni lah novel yang aku tengah baca sekarang  :: Cik Bunga dan Encik Sombong ::


Cerita pasal gadis kampung yang cukup sederhana yang bekerja di kedai bunga (sebab tu di panggil Cik Bunga) telah berkahwin dengan pemuda kaya secara kebetulan. Dia diupah untuk berlakon jadik tunang di hari pertunangan En Sombong dan tunang tak jadinya (Erny) yang last minute lari takmo kat dia. Kemudian mak mertua (Datin Nora) dan Erny terus berusaha nak memisahkan mereka berdua.

Okay..nampak klise kann??? Biasalah novel..huhu

Tapi yang buat aku suka bila pompuan tu suka cakap dalam hati dan macam real je bila baca pasal suasana kampung dia yang terletak jauh di Kedah sana. Dengan suasana rumah kampung, cakap loghat utara, sawah padi, aktiviti berkubang dalam lumpur, naik basikal keliling kampung, adik beradik ramai, makcik2 sedara yang sangat kpochi pasal dia, mak ayah yang garang2 tapi kelakar dan baik. Anak2 buah yang ramai sampai boleh buat beberapa team futsal. Tapi family dia bukanlah miskin mana dan paling penting mereka semua bahagia.

Keselesaan itu boleh mengubah sikap En Sombong terus tukar menjadik seorang yang begitu memahami dan penyayang. Cik Bunga mula segan kerana piker dia sangat tidak padan dengan En Sombong itu sebabnya maklumlah Cik Bunga ni biasa2 sahaja...kulit hitam manis, perwatakan sedikit kasar (tapi bukan tomboy) dan tidak secantik dan semoden ex tunang suaminya..si Erny.

#Novel ni di suggest kan oleh staff kedai buku yang Popular itu.

Antara yang novel sedang menunggu giliran :: The Wedding Breaker :: Ada 2 bijik buku ni kat rumah..kebetulan betul... : )


Selamat membaca  ^ ^

8 comments:

  1. Akk pun skrg mula semula hobi nie..tp kalau dah mula selagi xhbs 1 novel nie mmg xblh dah buat keje lain..hihihi

    ReplyDelete
  2. bila stat novel mmg tak sedar dunia tunggang terbalik. tahu nak habiskan sj

    ReplyDelete
  3. amboi..lawan mak nampaknya
    emm suka betul buat citer si kaya dan si semekin

    wah baca novel omputeh lg

    ReplyDelete
  4. saya baca novel bila takleh nak tido.
    pastu kejap je tutup mata..hehe

    ReplyDelete
  5. #kak ratuhatiku,
    saya selalu baca mula2 pastu terus bace ending..tapi sekarang kena baca isi tengah pulak baru tau jalan cite...heheh

    #nieda,
    tulah..dia punye kusyuk tu macam lupe semua..nak jugak habiskan jam2 tu jugak... :)

    #sis,
    biaselerrr....cinta dua darjat..sentiasa mendapat sambutan dari pembaca..excuse, tajuk je omputeh..tapi novel melayu sajo..hahah

    #nick,
    jarang la lelaki suka baca novel2 ni..nak2 novel yang very the cintan cintun..mesti menyampah...huhu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. mula2 macam best jugak..tapi lama2 macam bosan sket tapi dalam hati cakap "wujudkah lelaki macam haris aka En Sombong kat dunia ni"...huhu

      Delete
  7. saya baca selai mukasurat terus lelap..huhuhu

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺