Wednesday, 27 March 2013

Beza pemandu lelaki & perempuan..

Pernah tak kita atau sesapa yang menghadapi situasi A & B seperti di bawah..aku tulis ni berdasarkan pengalaman je...sila baca dengan tenang ye, jangan sentap pulak.. ^^

Situasi A

Bila dah nak sampai kat traffic light ataupun roundabout, tetiba kereta depan kita ni terus meluncur & memecut dengan laju sampai menyenget sebab ambik lapse (cth sebab nak kejar lampu hijau). Tapi dalam masa yang sama, ada sebijik kereta sikit lagi nak langgar kereta tu tapi pemandu tadi berjaya mengawal kenderaan dengan memecut lebih laju untuk mengelakkan dari dari terlanggar. Dari dalam kereta kita mungkin boleh nampak samaada pemandu itu lelaki atau perempuan. Agaknya apa terdetik dalam hati kita pada masa kejadian??

A  : Mak aih..dia ni bawak keta langsi betul..main redah je..sabor jelah
B  : Astagfirullahalazim...lesen terbang ke ape dia ni...nasib baik sempat..

Situasi B

* Situasi yang sama jugak seperti di atas* cuma kali ni pemandu itu lebih berhati-hati dan menunggu sehingga kereta dah clear baru jalan ataupun bersiap bersedia untuk berhenti apabila lampu hijau dah nak bertukar ke lampu merah. Pemandu kereta belakang mesti agak bengang dan akan cakap ayat ni dalam hati mereka yang sedikit geram itu..hehehe

A  : Lembap betullah keta depan ni, baru dapat lesen ke..huh!!
B  : Redah jelah, sempat lagi tu nak kejar lampu tadi...aptb

Aku pemandu berhemah sebab dapat lesen (2007) so 03 tahun simpan je lesen buat pekasam tapi tiap2 tahun renew. Aku start bawak keta lepas beli cikviva (2010) dah la keta auto..sebab tu aku dah tak reti bawak keta manual..nasib baik en JPJ bagi lulus dulu...haha

#selalunya kata hati @ bebelan tersebut mesti ditujukan untuk para pemandu perempuan..huhu

10 comments:

  1. kalo saya jumpa ngan driver cam dalam situasi A tu honk je..dia ingat jalan raya ni atuk dia buat kot..sebab tu bole bawak keta suka ati je...huhu

    ReplyDelete
  2. hihihi...betul tu kalau bwk kete xbtol jerk mst org akn ckp "tu mst pempuan yg bawak tu" :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tula pasal, padahal lelaki laki dasyat bawak keta..

      Delete
  3. entahlah...saya experienced dengan pemandu pompuan, accident. keta tak bergerak pulak tu, tengah parking, boleh accident. 2 kes pemandu pompuan reverse kereta, taktaulah kete diorg rosak sensor ke apa, tit...tit...bam, abis bumper. hm...so again, entahlah cik viva :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 kan, tngah parking pun buleh eksiden memang pelik lah...caner tu? heheh

      Delete
  4. emm penah buat situasi A..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan pernah ke kes dua tayar terangkat...bukan wikang tapi wipi...hheheh

      Delete
  5. pemandu wanita lagi laju oooo!

    ReplyDelete
  6. Amy pulak tahun 2005 lagi dah ada lesen, tiap2 tahun renew... bawaknya tak de, kalau test lagi sekali mesti gagal.

    ReplyDelete
  7. #kaknieda,
    laju woo...kalah penandu F1 =)

    #Amy,
    takpe..janji ade lesen, ramai la camtu..tapi sekarang sekolah memandu dah pakai keta auto kan? tekan myk n brek je..haha

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺