Sunday, 3 March 2013

Review Filem :: Rock OO :: Rimba Bara Kembali

Entry pertama untuk Mac 2013 ini..

Mula2 nak tengok cite ni kat TGV Aeon S2 je, tetapi ya ampunn... ramainya orang sampai tak boleh masuk parking so kami divert ke MBO Terminal 2..free parking dan lagi best sebab panggung dia lagi besar & cantik. Tak rugi melencong sikit ke sana...



Filem Rock OO kembali selepas 8 tahun (2005). Masih lagi mengekalkan pelakon utama seperti Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Sofie Jikan (Zul Kapan), Mi Black (Azmi Black) dan juga watak baru gitaris Slash (Pekin Ibrahim). Filem ni takde heroin..yang ada cuma awek @ "cingge" si Slash tu tapi takde dialog pun..scene2 nangis je.

Jalan cerita mengisahkan pasal kehidupan Rimba Bara selepas vokalis Zul Kapan kembali pada grup lama dia iaitu Malaikat Maut. Amy Mat Piah berusaha untuk menaikkan balik zaman kegemilangan Rimba Bara dengan harapan Rimba Bara akan ambil dia balik sebagai vokalis. Memandangkan Zack (Hasnol Rahmat) dah pencen main gitar, so mereka ambik si Slash tu sebab pengganti. Mereka kembali semula ke K.L dengan bantuan En Man (Kamarol Hj Yusof) tapi lagi sekali En Man masuk lokap balik (kes dulu bawak lari duit show artis). Mereka berjumpa dengan Saiful Apek yang akhirnya jadik manager kumpulan mereka tapi malangnya Apek dijumpai mati di lorong akibat dadah. Semua dah putus asa dan balik ke kampung semula meneruskan kehidupan masing2. Berakhir dengan kembalinya Zul Kapan selepas grup Malaikat Maut diharamkan oleh kerajan kerana telah terpesong akidah (terpengaruh dengan black metal). Rimba Bara ambil Zul Kapan jadik vokalis semula dan melantik Amy Mat Piah sebagai manager kumpulan mereka. Rimba Bara kembali popular setanding dengan Search, Wing, BPR dan lain-lain. Turut di selitkan lakonan semula scene rambut mereka dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu.

Kalau sapa perasan lagu tema filem ni yang bertajuk Tika tu adalah nyanyian Khir Rahman sendiri..Tak sangka dia pandai menyanyi rupanya.

Que adalah hero untuk cite ni. Walaupun dah lama tak berlakon tapi dalam watak Amy Mat Piah ni memang menjadik lah. Lawak giler reaksi muka Que, dah la dressing maut pakai seluar ketat, baju singkat sampai nampak pusat. Yang lain pulak mantain dengan rambut panjang yang serabai itu. Actually banyak la scene aku aku rasa lawak dalam Rock OO ni contohnya macam mana Rimba Bara ni nak meneruskan hidup kat K.L sebab mereka dah takde duit..tensen sampai boleh histeria...Scene makan megi bersuap & kentang rebus tu kelakar gila..hahah

Sapa yang tak dapat tengok kat panggung, buleh je tengok kat estro nanti atau ke kedai cd yang berdekatan ataupun tunggu je keluar kat internet. Sebab aku pon nak tengok lagi sekali kalau cite ni dah keluar kat internet..haha

#Teratai.....belum lagi..belum..dia dekat tapi jauh...." 

15 comments:

  1. versi 1 dulu pun best. masa hasnol ada..
    masa mereka mula2 masuk pertandingan.. tak tgk lagi..nantila ada kesempatan nak jg tgk.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rock 1 tu bestt...asal ade ulangan mesti tengok...yang ni kesinambungan hidup mereka lepas tu....dua tahun amy matpiah makan hati bila tengok rimba bara asik kuar masuk paper n urtv je..yg dia pulak masih lg berniaga ABC...sakit je hati mber...haha

      Delete
    2. hehe.. amy mat piah tu masa jual ABC dlm rock 1 tu kelakar sgt.. dah rambut serabai, mcm tak mandi seminggu duk kicar ais, memang takdela org selera nak beli.. hehehe

      Delete
    3. haha..cite ni pon amy matpiah jual ABC pakai kain pelekat je..tapi jual depan umah dia je..ade gerai dah..lawak bile dia suke nyanyi sambil jerit...tarik key..heheh

      Delete
  2. Bestkan cite neh?...an...an...haa...an...an.. (jijoe) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. besttt....hahahha
      jijo :..ann..ann ???
      slash : aku ok..aku ok
      black : (sengau)tak paham sebab sepatah haram..huhu
      amy : ka..ka..ka..kalau cinta berakhirr..(sambil sidai baju kat ampaian)...

      Delete
  3. TGK SESAMA SAMBIL MENGOMEN BARU BEST ;)

    ReplyDelete
  4. kumpulan malaikat maut kene banned dgn kerajaan sebab kokas itik serati atas pentas 'hoi kesian la itik tu!!"

    hahahahaha...

    salam kenal2.. terima kasih sudi singgah kat blog saya

    ReplyDelete
  5. #sis,
    beli cd la takpon suh cik download nanti

    #pinkjambu,
    salam kenal jugak....rock ooo

    ReplyDelete
  6. kt mana leh dapat dvd rock 1 tu ekk?
    dah lama cari..skang makin berkobar konar nak cari lps ramai bg ulasan baguihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... tak tau lah awk nk carik mane cd Rock 1 tu. Tapi kan kalau spe2 nk tgk Rock Oo....dia kena tgok Rock 1 dulu baru best....

      Delete
  7. aah...pun baru tau rupanya lagu Tika tu Khir (Jijoe) yang nyanyi..sedap gak suara dia....anyway, tahniah kepada produksi Rock Oo..nice film, baloi kuar duit tiket...

    jemput baca review kami di kakiwayang.com juga...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Kaki Wayang,

      Terima kasih sudi baca review saya..bg saya memang tiket Rock OO berbaloi..ala rm12 je punn.. :)

      Delete
  8. tumpang tanye,cingge ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jugak dengar perkataan ni, tapi mengikut cerita Rock OO ni cingge tu bermaksud gefren..

      Delete

Have a nice day... ☺