Thursday, 4 April 2013

Resepi Sambal Tempoyak Goreng..

Wah!! Dah jadik belog resepi sekarang ni.. emmm..bajet macam sedap je ko masak kan??muahahaha

Okay, harini aku berkongsi resepi sambal tempoyak goreng. Aku buat sambal ni malam tadi. Resepi ni aku belajar dari Irfa , kalau tak sama dengan resepi kakak2 sekalian..anda sila jangan pelik tau..hehe


Cara-cara membuat Sambal Tempoyak Goreng

Bahan-bahan
Tempoyak (satu senduk)
Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing2)
Ikan bilis (segenggam)
Bawang Merah (sebijik)
Bawang putih (dua ulas)
Minyak masak

Cara-cara
Goreng ikan bilis tu dulu sampai masak & rangup.
Tumbuk bawang merah/putih dan cili padi.
Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Bila dah garing, kemudian masukkan satu senduk tempoyak.
Tunggu ia masak sehingga beberapa minit, kacau jangan sampai hangit.
Kemudian masukkan ikan bilis tadi
Kacau dan sebatikan tempoyak dan ikan bilis tu sehingga agak2 dah masak.

#kitorang makan dengan nasik panas je..semalam housemate makan siap bertambah2 nasik lagi..sedap kah??

Bila Seaweed Kolagen jadi Kerabu..

Sekarang ni kan bukan main ramai lagi orang nak makan seaweed kolagen tu sebab nak dapat kulit yang cantik, mulus dan gebu. Kat office ni ramai yang makan, siap wat agar2 berperisa lagi sebab nak bagi rasa sedap. Pastu ada jugak yang buat masker tempek kat muka. Irfa cakap kulit dia dah gebus dan lembap sekarang, untung tak payah beli produk T***ta...heheh
Seaweed kering
Tapi aku makan seaweed ni bila dah jadik kerabu je, aku dah try makan yang dorang buat rebus2 tu tapi tak boleh terima, rasa dia pelik. Hari ni akak opis bawak seaweed ni  tapi yang dah jadik kerabu . Aku pernah buat entry pasal ni dulu, tapi masa tu seaweed kolagen ni belum femes lagi & masa tu takde orang baca pon belog aku ni..haha.

Kalau rasa2 macam dah bosan makan macam tu, apa kata buat kerabu pulak macam gambar kat bawah ni.


Cara-cara membuat Kerabu Seaweed

Bahan-bahan
Seaweed @ rumpai laut (bersihkan)
Cili padi (ditumbuk)
Nenas (dipotong kecil2)
Sedikit Halia muda (dihiris halus)
Bunga Kantan (dihiris halus
Bawang Merah (dihiris halus)
Limau nipis (diperah)

Cara-cara
Campurkan je semua bahan diatas dan gaul. Sedia untuk dimakan.

*Seaweed kering - kena rendam dulu kemudian cuci sampai bersih, nanti kang tak lalu pulak nak makan
*Seaweed segar - cuci kemudian rebus..yang segar ni sedap rasa rangup..krup..krap..krup..krap..

#selamat mencuba

Tuesday, 2 April 2013

Review Novel & Drama :: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sekarang ni dah jadik trend penerbit nak buat drama & filem yang diadaptasikan dari novel. Mungkin atas sebab yang kita sedia maklum yang banyak drama macam ni yang mendapat sambutan hangat di hati para penonton masa kini so rating mesti naik la mencanak2..tengok jelah drama Setia Hujung Nyawa tu dapat rating 4 juta kan masa episod akhir walaupun ending dia tak seberapa..huhu

Yang terbaru kat kat tv3 tu yang bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Tiz Zaqyah & Izzue Islam. Cerita pasal perkahwinan terpaksa (jalan cite yang sepesen) antara Shafa Akira (Tiz) & Firash Arshad (Izzue) kerana mereka ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan padahal itu semua salah faham sahaja.

Shafa dan Firash ni beza umur 4 tahun so maknanya dalam cerita ni watak Shafa lagi matang @ tua dari Firash. Shafa ni jugak adalah tunang kepada abang Firash iatu Farish (apesal lah nama korang seakan-akan haa..). So lepas kahwin tu bermula la konflik antara mereka sebab Firash taknak mengaku Shafa tu wife dia sebab dia masih lagi studi sedangkan Shafa dah kerja so dia malu la sebab kena kahwin dengan perempuan yang lagi tua dari dia. Sinopsis dari sini ..


Aku tak taulah drama ni copy paste semata-mata atau ada ubah sket2 untuk menyedapkan lagi cerita, sebab kadang2 feeling baca novel tak sama dengan feeling tengok drama ni sebabnya sedikit sebanyak kita mesti akan membanding2 kan watak mereka. Tapi sebenarnya baca novel lagi membuatkan kita beremosi dan lebih menjiwai sesuatu cerita. Aku tunggu housemate beli dulu novel sebab aku taknak beli lah..tengok tv takyah keluar duit..hehehe


#kenapa la Malaysia tak buat drama yang jalan cerita macam cite korea tu, walaupun tiap kali tengok mesti aku bengkek & geram je dengan watak2 tu tapi sebab jalan cerita yang berbeza2 buat aku jadik suka nak menengok cite korea..dah la dorang semua comel & ensem2.. OPPA =)

Monday, 1 April 2013

Gulai Tempoyak Udang..

Cerita pasal mak dah masuk entry ke 4...takpelah sempena hari jadi mak kan, so marilah kita buat entry banyak2 pasal mak kita dengan tajuk "Kenapa saya sayang mak saya"...haha...buleh gitu??

Mak datang sini naik keta abang so buleh la meng'upload beberapa barangan terkawal yang agak susah nak dapat kat sini seperti tempoyak, budu dan yang paling mahal sambal cili resepi mak. Aku dapat jugak sikit bekalan atas jasa baik irfa..jadi boleh la aku main masak2 kat rumah sewa nanti..hehe.

Mak cakap kalau datang naik bas atau keretapi, mak tak nak bawak barang ni semua lagipun kesian mak kena bersusah payah nak bawak naik turun bas nanti..kang tak pasal2 meletop pulak bekas tempoyak tu dalam bas tu nanti dek kerana kepanasan..haha

Tempoyak, budu cap **** & sambal
Bila dah ada semua bahan diatas, hari2 aku main masak2..senang je senduk, kacau, masak & rasa. Kalau takde sapa nak makan pun, takpe aku buleh je makan sorang2. Aku suka masak gulai tempoyak udang sebab aku buleh hirup kuah gulai tu macam hirup sup walaupun pedass sebab kesedapan gulai itu mengatasi segala-galanya..slurpp

Udang yang tak berapa nak harimau..
#terbaik dari ladang gandum mak jemah..