Monday, 15 April 2013

Antara Destinasi Cinta Sara & 27 Dresses..

Malam tadi  aku tertengok drama Destinasi Cinta Sara (lakonan Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Anzalna & Afiq Muiz). Actually citer ni dah tayang kat estro bulan lepas, tapi aku tak berkesempatan nak tengok. Aku tengok promo macam best je hari tu..


Cerita ni mengisahkan seorang perempuan SARA (Nadiya Nisaa) yang jatuh hati kat bos dia MIKHAIL (Afiq Muiz) tapi malangnya MIKHAIL ni pulak dah tersuka kat adik SARA iaitu LIZA (Anzalna). So SARA give up dan dah pasrah je yang dia takde jodoh dengan bos dia tu.

Tapi dalam masa yang sama dia berkenalan secara tak sengaja dan berkawan baik dengan IMAN (Remy Ishak) yang mulanya ada persepsi bahawa perempuan ni membebankan dan melecehkan. Tapi lepas dia kenal dengan SARA, persepsi dia terus berubah dan dia mula suka kat SARA. SARA ni teringin sangat nak pakai gaun pengantin arwah mak dia sebab ayah dia (Mustafa Kamal) dah buat syarat sapa yang kahwin dulu wajib pakai baju pengantin tu. Oleh kerana LIZA yang akan kahwin dulu bermakna dia yang kena pakai gaun tu. Tapi LIZA tak suka sebab dia ni agak materialistik. Sebenarnya dia yang mengorat Mikhail dulu lepas dia tau Mikhail ni anak orang kaya. Mikhail pulak seorang yang sederhana je, jadi LIZA mula bosan dan dia mula buat hal dengan keluar dengan mamat yang kononnya lagi kaya dari MIKHAIL dan akhirnya mereka putus tunang.

IMAN ni pulak adalah wartawan (nama samaran JINGGA) yang ada ruangan sendiri dalam belog/majalah yang dimana dia adalah orang yang akan menjawab segala persoalan cinta. SARA ni memang peminat setia ruangan JINGGA ni. So dalam masa ni berlaku lah sedikit salah faham sebab JINGGA ni suka buat topik cinta berdasarkan kisah hidup SARA. SARA bengang tapi dorang gaduh kejap je lepas JINGGA aka IMAN mengaku dia salah, mereka baik balik. SARA ni pulak tak pernah cakap yang dia cintakan MIKHAIL, jadi dengan gentleman nya IMAN pegi cite dengan MIKHAIL dan MIKHAIL terus setuju nak kahwin dengan SARA. Dalam pada tu jugak LIZA tersedar yang dia dah buat silap lepas mamat kaya yang dia keluar dating tu sebenarnya playboy besar, dia menyesal dan nak baik balik dengan MIKHAIL tapi MIKHAIL dah taknak kat LIZA tu.

Oleh kerana LIZA ni dah frust dan marah, jadi dia dah koyak dan gunting gaun pengantin arwah mama dia tu supaya SARA tak boleh pakai masa majlis tu nanti. SARA frust dan cite kat IMAN, so IMAN dengan baik hatinya tolong SARA jahit balik gaun tu dengan gigihnya. Pada hari majlis IMAN tak datang sebab dia sedih dan tak sanggup tengok SARA kahwin dengan MIKHAIL. Sebelum akad nikah, MIKHAIL tengok SARA macam tak hepi dan buat muka risau sebab IMAN tak datang, jadi MIKHAIL pulak yang jadik gentleman dengan membatalkan majlis dan mintak SARA carik IMAN sebab dia tau SARA sebenarnya dah mula cintakan IMAN. SARA dan IMAN bersatu akhirnya..Tamat...

Apa kena mengena cerita ni dengan filem 27 Dresses (lakonan Katherine Heigl & James Marsden) tu ye? Okay, bila aku tengok drama ni separuh jalan, secara otomatik aku terus dapat tangkap yang jalan cerita drama ni memang ada persamaan dengan jalan cerita filem 27 Dresses ni...emmm apakah??


#satu hari training...buat aku stress sebab takleh BW... ^ ^

7 comments:

  1. mcm best
    tp semua x tgk..huhu

    ReplyDelete
  2. eh. cerita destinasi cinta sarah ni, mcm sy pernah tgk. tapi versi org putih..tak ingatlah tajuk dia.

    ReplyDelete
  3. dah tengok destinasi cinta sara tu...best!! lakonan remy ishak & nadiya nisaa sempoi ..27 dresses pun best!!!

    ReplyDelete
  4. #sis,
    ulangan kat estro 10x kot...

    #4feet,
    betul awak, cite dia sebijik 27 dresses tu. Tapi cite 27 dresses tu dah lama dah..huhu

    #noly,
    best kan.. =)

    #tifa,
    ade kat estro. Biasa lah estro kan suka ulang2...hahah

    ReplyDelete
  5. cita ni ada ikut ckit2 cerita 27 dresses. dari pekerjaan pelakon utama dia ngan adik dia yg penipu (tapi 27 dresses adik dia ni bukan playgirl la). overall, ok la kita tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Izzie,
      Owh yeke? saya pun dah lupa 27 Dresses tu tapi memang cite Destinasi Cinta Sara ni seakan-akan cite tu kann..

      Delete

Have a nice day... ☺