Thursday, 4 April 2013

Bila Seaweed Kolagen jadi Kerabu..

Sekarang ni kan bukan main ramai lagi orang nak makan seaweed kolagen tu sebab nak dapat kulit yang cantik, mulus dan gebu. Kat office ni ramai yang makan, siap wat agar2 berperisa lagi sebab nak bagi rasa sedap. Pastu ada jugak yang buat masker tempek kat muka. Irfa cakap kulit dia dah gebus dan lembap sekarang, untung tak payah beli produk T***ta...heheh
Seaweed kering
Tapi aku makan seaweed ni bila dah jadik kerabu je, aku dah try makan yang dorang buat rebus2 tu tapi tak boleh terima, rasa dia pelik. Hari ni akak opis bawak seaweed ni  tapi yang dah jadik kerabu . Aku pernah buat entry pasal ni dulu, tapi masa tu seaweed kolagen ni belum femes lagi & masa tu takde orang baca pon belog aku ni..haha.

Kalau rasa2 macam dah bosan makan macam tu, apa kata buat kerabu pulak macam gambar kat bawah ni.


Cara-cara membuat Kerabu Seaweed

Bahan-bahan
Seaweed @ rumpai laut (bersihkan)
Cili padi (ditumbuk)
Nenas (dipotong kecil2)
Sedikit Halia muda (dihiris halus)
Bunga Kantan (dihiris halus
Bawang Merah (dihiris halus)
Limau nipis (diperah)

Cara-cara
Campurkan je semua bahan diatas dan gaul. Sedia untuk dimakan.

*Seaweed kering - kena rendam dulu kemudian cuci sampai bersih, nanti kang tak lalu pulak nak makan
*Seaweed segar - cuci kemudian rebus..yang segar ni sedap rasa rangup..krup..krap..krup..krap..

#selamat mencuba

5 comments:

  1. perghhhhhhhhhhh blom mkn pun dh rasa mesti sedap
    yg rebus tu kna buh perisa klu x agak loya utk di telan

    ReplyDelete
  2. kreatif. semangkuk pun tarak hal kalau dah jd kerabu. hehehe

    ReplyDelete
  3. woaahhh... sgt bagus idea ni.. tq tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. #irfa,
    tak rasa pape pun kalau buat camni..lupe terus tu seaweed.

    #rumahkuning,
    jangan lepas ni beli seaweed semata2 nak buat kerabu..hehe

    #k.mulan,
    haha..same2

    ReplyDelete
  5. Sy ad stok seaweed lg. Klu nk, blh ler order ye... Hihi.... Nk try wat la nnti... Tq

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺