Tuesday, 2 April 2013

Drama & Novel :: Sebenarnya Saya Isteri Dia ::

Sekarang ni dah jadik trend penerbit nak buat drama & filem yang diadaptasikan dari novel. Mungkin atas sebab yang kita sedia maklum yang banyak drama macam ni yang mendapat sambutan hangat di hati para penonton masa kini so rating mesti naik la mencanak2..tengok jelah drama Setia Hujung Nyawa tu dapat rating 4 juta kan masa episod akhir walaupun ending dia tak seberapa..huhu

Yang terbaru kat kat tv3 tu yang bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Tiz Zaqyah & Izzue Islam. Cerita pasal perkahwinan terpaksa (jalan cite yang sepesen) antara Shafa Akira (Tiz) & Firash Arshad (Izzue) kerana mereka ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan padahal itu semua salah faham sahaja. Shafa dan Firash ni beza umur 4 tahun so maknanya dalam cerita ni watak Shafa lagi matang @ tua dari Firash. Shafa ni jugak adalah tunang kepada abang Firash iatu Farish (apesal lah nama korang seakan-akan haa..). So lepas kahwin tu bermula la konflik antara mereka sebab Firash taknak mengaku Shafa tu wife dia sebab dia masih lagi studi sedangkan Shafa dah kerja so dia malu la sebab kena kahwin dengan perempuan yang lagi tua dari dia. Sinopsis dari sini ..


Aku tak taulah drama ni copy paste semata-mata atau ada ubah sket2 untuk menyedapkan lagi cerita, sebab kadang2 feeling baca novel tak sama dengan feeling tengok drama ni sebabnya sedikit sebanyak kita mesti akan membanding2 kan watak mereka. Tapi sebenarnya baca novel lagi membuatkan kita beremosi dan lebih menjiwai sesuatu cerita. Aku tunggu housemate beli dulu novel sebab aku taknak beli lah..tengok tv takyah keluar duit..hehehe


#kenapa la Malaysia tak buat drama yang jalan cerita macam cite korea tu, walaupun tiap kali tengok mesti aku bengkek & geram je dengan watak2 tu tapi sebab jalan cerita yang berbeza2 buat aku jadik suka nak menengok cite korea..dah la dorang semua comel & ensem2.. OPPA =)

12 comments:

  1. kalau ada member beli novel tu nak pinjam jugak boleh?malas la layan drama sbb nanti clash dgn waktu siaran drama korea feberet ai

    ops..tahu tak King Ambition tu ..nanti so Dae he masuk politik nak jd fisrt lady Korea.haha

    lagi 3 minggu (6 episod) abis la drama tu.sakit ati je dgn Daehe tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. benci la ko Dae he..huh!! hati kering tu..elok tembak je..ending haryu kawin cik baek & mereka hidup bahagia..haha

      Delete
  2. tak berkesempatan lagi tgk sbb sibuk. nanti nak cari dlm tonton la.
    err..jgnlah buat mcm drama korea. drama korea tu heroin dia terlalu baik, tahan dimaki, dimarah, kesian dan simpati bila tgk n terus geram kat watak antagonis. tambahan pula, drama korea pjg mcm drama "idaman" tu.. penat nak tunggu episod yg panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm..heroin & hero korea terlalu baik walaupun pasangan dorang dah buat macam2..saya nak jalan cerita macam cte korea pasal family, bisnes or cinta tu tapi taknak la panjang berjela2 sangat sampai penat nak tggu ending dia..

      Delete
  3. dah mula ditayangkan ker? mst ganti citer Cinta Qaseh ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah start jumaat aritu ganti cite Hanya Padamu. Cinta Qaseh ganti dngn drama lain kan?

      Delete
  4. setuju tu cik viva, harap one day adalah citer melayu macam jewel in the palace tu, panjang giler drama, tapi best :)

    ReplyDelete
  5. dah lama tak baca novel..apatah lagi membeli novel..huhuhu

    ReplyDelete
  6. #orga,
    lame ke cite jewel in the place tu? tak bpe minat cite zaman2 dinasti camtu, so tak tengoklah walaupun hero dia Lee Min Ho..huhu

    #cheqna,
    takpe, cheqna tgok je tv, sebab sama je cite dia.heheh

    ReplyDelete
  7. kdg2 baca dalam novel lg best dr tgk drama atau filem sbb apa yg nak disampaikan tu mcm tak tersampai je.

    ReplyDelete
  8. Cik Viva..Nekcik mmmg tak boleh tengok drama melayu...tak seswaiii dengan jiwa Nekcik ni..maaf katalah..tapi nekcik mmg suker sesangat citer Korea ..banyak pnegajaran, adab sopan dan cara meeka melayani orang tua...tiada adengan ranjang!! nak tengok ngan anak pun tak malu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nekcik, cerita korea banyak pasal famili..suka tengok dorang family besar tapi dok dalam satu rumah..heheh

      Delete

Terima kasih sebab kerana sudi singgah & jangan lupa tinggalkan komen anda ye. InshaaAllah CV akan menyusul ke blog2 anda pula... #PrayforMH370