Friday, 19 April 2013

Lagu nasihat dari MR BIE..

Selepas fenomena parodi Gangnam Style, timbul pula Harlem Shake dan sekarang tengah hot adalah GWIYOMI yang bermaksud "comel"... Comel macam Kak Ton..hehe

Tengah2 aku mencarik video Parodi yang best, tetiba aku terjumpa channel Mr Bie ni. Actually dia pun  ada buat parodi Gwiyomi ni jugak tapi tajuk dia Gi Ngoji @ Gi Ngaji. Antara lagu yang dia dah parodi kan contohnya macam Putih-Putih Melati, Untuk Dia, Carta Hati, Cerita Dia, Sayang, Tak Terukir di Bintang dan banyak lagi.


Dia takde la buat video parodi tapi dia hanya nyanyikan balik lagu2 yang telah ditukar liriknya.Tapi yang bagusnya lagu dia semua berunsur nasihat. Contoh macam lagu Putih Putih Melati (ST12) ni..

Siapa bilang aku kekasih dia..
Siapa bilang aku cinta hati dia..
Sesungguhnya aku hanya benar-benar cinta..
Hanya lepas kami nikah nanti.. :)

Ku bersongkok hitam, kau berjubah putih..
Ada dua saksi dan seorang wali..
Tak usah ditiru kahwin yang lebih-lebih..
Kerna yang penting redha ilahi..oooo

Putih2 melati...merah2 delima...
Siapa yang baik hati kan di sayang mertua

Putih2 melati..merah2 delima..
Siapa yang baik hati kan disayang Allah

Hanya taip saja Mr Bie atau channel VitaminBie, nanti korang akan jumpa banyak lagi video2 dia...okay.

#entry merapu di hari Jumaat...hehe

7 comments:

  1. NI LA KOT YG KAKNIQ KATA BEST TU
    EMM NANTI HP AI DAH OK BOLEH LA TGK

    ReplyDelete
  2. oo gwiyomi tu rupanya comel..memang comel la.tapi tang lelaki kelakar abiss

    *tengah dengar lagu putih2 melati ni*

    ReplyDelete
  3. bestkan lagu putih2 melati nie :D

    ReplyDelete
  4. haha.. kreatif betul dia nih..
    menukarkan lirik ke unsur yg lg baik.. ;)

    ReplyDelete
  5. mantap jugak mr bie ni, lirik-lirik boleh tahan, one day mesti jadi terkenal ni...orang ada bakat menulis lirik macam ni, patutnya diberi peluang untuk pergi lebih jauh...

    ReplyDelete
  6. ohhh ini lagu putih2 melati tu..

    ReplyDelete
  7. tak penah tengok lagi.. banyak dah fenomena ni...

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺