Monday, 1 April 2013

Nasi Kandar Lawood Nilai..

Hari ni masuk office dengan bersemangat sebab pakai baju baru. Aku cuti 4 hari semata-mata nak habiskan baki cuti tahun lepas tu. Actually plan asal nak balik kampung dengan adik aku en Sammy tu tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka terpaksalah kami batalkan hasrat murni tersebut, lagipun mak dah ada sini kan..cuma tak dapat jumpa ayah dengan adik jelah..tapi takpe insyaallah awal May kitorang balik ea..

Mula2 pegi beli tiket bas Transnasional dulu sebab mak cakap tak nak balik naik kapal..mak cakap penat sebab kampung & airport tu jauh...okay finee. Tiket ni untuk mak dan jugak anak dara Irfa tu..happy travelling yaa... ^ ^


Lepas tu aku bawak la mak pegi makan kat kedai yang dikatakan Best In Town iaitu Nasi Kandar Lawood Nilai. Actually kakak ipar dah bawak mak makan kat situ sehari sebelum tapi disebabkan kesedapan yang tak terhingga tu mak request lagi sekali nak makan repeat makan kat situ. Apa ada hal, memang aku pun dah lama tak makan situ...apalagi moh kitee..


Restoren Nasi Kandar Lawood ni terletak kt Taman Desa Cempaka, Nilai. Restoren ni memang femes sangat kat area Nilai, Sepang dan kawasan sewaktu dengannya. Nak pegi sini senang je cuba korang google map sebab aku tak reti nak bagi direction, yang aku tau kat situ ada sekolah rendah dan kedai dia bawah rumah flat. (walaupun dah 10 tahun dok Nilai)..huhu

Apa yang kami makan hari tu ye?

Okay ladies & gentlemen...dipersembahkan nasik kandar lauk ayam goreng yang marvellous itu dan telur ikan yang gedabak tu..tetiba pulak teringin nak makan bila dah sampai situ padahal ada banyak lagi lauk lain macam sotong, daging, hati, limpa, ikan..bla..bla..bla...

Menu ini didatangkan bersama sayur dan 03 jenis kuah kari yang dicampurkan bersama dalam satu pinggan..memang terbaek.




Okay...ni mak aku lagi sekali jadik model JJCM  kejap.. "Comey tak Kak Ton?? " heheh..


#mesti mak seronok kan datang sini kali ni..hahah

7 comments:

  1. amboi kak Ton..eh silap,Kak Jah ;)
    dua hari berturut tu makan nasi kandar tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu musim makan nasik arab...kali ni makan nasik kandar pulok..

      Delete
  2. wohhoooo mesti sodaappp...!!!

    ReplyDelete
  3. macam pernah makan jer dekat sini, 5 ringgit kan harga dia? ingat-ingat lupa sebab kawan yang bawak, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga dah naik rega sikit..tp rasa tetap sama :)
      makan pagi teringat smpi malam.

      Delete
    2. yela kot, sebab kalau sapa datang nilai mesti pegi sini..sedap tak?? harga ayam separuh rm5, ayam penuh rm7..

      Delete

Have a nice day... ☺