Thursday, 4 April 2013

Resepi Sambal Tempoyak Goreng..

Wah!! Dah jadik belog resepi sekarang ni.. emmm..bajet macam sedap je ko masak kan??muahahaha

Okay, harini aku berkongsi resepi sambal tempoyak goreng. Aku buat sambal ni malam tadi. Resepi ni aku belajar dari Irfa , kalau tak sama dengan resepi kakak2 sekalian..anda sila jangan pelik tau..hehe


Cara-cara membuat Sambal Tempoyak Goreng

Bahan-bahan
Tempoyak (satu senduk)
Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing2)
Ikan bilis (segenggam)
Bawang Merah (sebijik)
Bawang putih (dua ulas)
Minyak masak

Cara-cara
Goreng ikan bilis tu dulu sampai masak & rangup.
Tumbuk bawang merah/putih dan cili padi.
Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Bila dah garing, kemudian masukkan satu senduk tempoyak.
Tunggu ia masak sehingga beberapa minit, kacau jangan sampai hangit.
Kemudian masukkan ikan bilis tadi
Kacau dan sebatikan tempoyak dan ikan bilis tu sehingga agak2 dah masak.

#kitorang makan dengan nasik panas je..semalam housemate makan siap bertambah2 nasik lagi..sedap kah??

8 comments:

  1. ohhh..ini mkn dgn nasi panas + telor mata pon dah laju je mkn..=)

    ReplyDelete
  2. tak kisah pun cik viva, rumah sendiri kan, ceritakan apa saja, ahaha...housemate tambah nasi? nampak sangat sedap la tu :)

    ReplyDelete
  3. waa,, nampak sedappp... boleh cuba ni ...lisa memang suka kalau masakan berkaitan tempoyak ni ..hee.. suka makan nasi ngan tempoyak ...

    ReplyDelete
  4. wah..suka2.
    dulu duk kat asrama, member bilik selalu bawa satu tupperware buat stok kami makan bersama megi dan nasi..
    kadang2 ratah juga. dia letak gula sikit bagi manis sikit. ;)

    ReplyDelete
  5. eh!ni betul ke blog adik ai?
    rasa mcm salah rumah je..okey,nanti dtg balik :)

    ReplyDelete
  6. sambal tempoyak mmg sedap mkn dengn nasi panas,lempeng,jemput2, and roti..nyum..nyum..nyum

    ReplyDelete
  7. #pinkplate,
    memang pun..telur mate or ikan masin..kicap sket..hehe

    #orga,
    haha..kan, rumah sndiri suke hatilah..tapi kalau nak jemput tetamu jugak kena tulis elok2..hehe

    #lisa,
    ye ke? wahh...boleh geng laa..

    ReplyDelete
  8. #4feet,
    kitorang makan ni je kalau malas nak masak lauk lain..emm..kite lupa nak cakap letak gula dan garam sket tadi..tks sbab gtau..hehe

    #sis,
    hahah..okay..yang ni lawak...muahaha

    #noly,
    bagus jugak tu.. tak penah try =)

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺