Sunday, 14 July 2013

Review Novel & Drama :: Kampung Girl



Baru je habis baca novel bertajuk 'Kampung Girl' ni yang setebal 547 muka surat tu. Aku ni bace novel kejap je..tak sampai sehari pun dah boleh habis satu buku sebab aku ni jenis baca laju...ala2 scanner. Ada part yang tak penting or tak menarik tu aku skip je..haha..boleh gitu?? Tak feel langsung kan...hehehe..

Malas bace?? Tengok je kat tv3, Jumaat 9 mlm. Pelakon dia adalah Akim (Ash) dan Nad Zainal (Ain). Errr..walaupun aku macam pelik sket bila tengok Akim bawak watak hero cite dewasa sebab selalu tengok dia nyanyi je kan..hehe.. Tapi bulan pose ni korang kena tengok kat tonton jelah ye sebab tu kan time teraweh. Takpe 04 episod je, lepas tu back to normal tgk kat tv balik ye..

Lagi sekali cite yg mengisahkan konflik bila kena kahwin paksa...huhuhu.. Itulah yg berlaku apabila Ashraf Khairi (Ash) terpaksa berkahwin dengan sepupu beliau Ainnur (Ain) yang digelar Kampung Girl atas pilihan orang tua mereka. Actually Ash ni tak pernah tau yang Ain ni adalah seorang cikgu B.I yang berkelulusan oversea. Dia ingatkan Ain ni hanya budak kampung yang takde kerja hanya duduk melepak kat rumah je takde cite2...

So, dia selalu kutuk & hina Ain, tapi Ain ni cool je sebab dia dah masak dengan sikap berlagak Ash tu sejak dorang budak2 lagi. Ash tak pernah sukakan Ain. Tapi Ain dah suka kat Ash sejak dulu lagi. Ain sorok status pendidikan dan pekerjaan dia dari pengetahuan Ash. Dia tak bagi sapa2 pon bagitau hal sebenar kat Ash. Yang ni aku tak tau nape...

Sehinggalah semua tu terkantoi pada malam pertama dorang bila Ash terjumpa gambar Ain masa studi kat NZ dulu. Ash rasa tertipu dan makin benci kat Ain. Tapi sikap Ash terhadap Ain berubah selepas kemunculan Faisal, kawan universiti Ain masa kat NZ dulu.

Nak tau ape kesudahan dia?? Malas pulak rasanya nak taip...haha. Apekata untuk korang aka penggemar drama melayu macam ni, anda disarankan untuk bace novel tu or just gugel je review dia...tapi kalau nak lagi real tengok jelah kat tv tu.

Oppss...dalam novel ni takde watak jahat tau tapi tak taulah pulak versi drama camane nanti...biasanya kena ada watak jahat tu baru bestt...hehe.

#Selamat membaca & menonton....peace!!!