Wednesday, 17 July 2013

GA :: GIVEAWAY 2013 by CIKVIVA..

Yeayy!!! Harini CIKVIVA.BLOGSPOT.COM dah genap setahun dalam dunia blogging. Wah....blogger gitu..kelass ko mariaa....


Kalau dulu baca & komen kat blog orang je, tapi dalam setahun ni memerah otak jugak nak carik idea nak update blog sendiri walaupun kadang2 tu ada entry yang syok sendiri & ntah pape...haha. Takpelah aku cuma nak mengabdikan kenangan dalam blog aku yang tak seberapa ni je...

So, bersempena dah setahun umur ni, aku nak bagi GA untuk kawan2 blogger sekalian yang bertuah. Cara2 nak dapatkan hadiah GA dari Cikviva ni dengan komen je kat bawah ni dengan menyambungkan ayat dibawah..

Saya berblog kerana.............(tidak melebihi 20 patah perkataan). Bagi jawapan yang ringkas & padat je, tak payah susah2 nak buat karangan..hehe..

Hadiahnya adalah........jeng..jeng..jeng. Hadiahnya takdelah segah mana tapi yang penting ikhlas dari hati aku yang paling dalam...

kotak misteri, hehe

Pemenang yg bertuah akan dipilih melalui sistem cabutan undi manual oleh duta Susu Cap Junjung iaitu Ajaa Putri Misha Naina aka sikenit Irfa dengan cara menggoncang mangkuk berisi kertas undi.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24hb (Rabu). InsyaAllah pemenang akan diumumkan secepat yang mungkin. Kalau lewat sket, mintak ampun naa sebab aku berada di luar kawasan pada 25hb - 29hb (balik kampung) tu..
#Akhir kata...selamat mencuba..assalamualaikum..

35 comments:

  1. Hoyyee JM nak cuba nasib lah heee

    Saya berblog kerana ingin berkongsi pengalaman, tips dan panduan melancong di dalam dan luar negara di samping menambah kenalan di alam maya.

    *harap2 lah leh dpt adiah dr Miss Viva nih..dear Ajaa Putri Misha Naina (cutenye nama anak si Ifra nih..please select auntie JM tau heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      itu bukan nama sebenar dia,
      dia sendiri yang tukar nama tu ;)

      Delete
  2. Saya berblog kerana I'll write down whenever I wish to, about anything, about everything and about nothing, because life is not always at the top!

    yiehaa..

    oh btw, siapa mariaa tu? he he he.

    ReplyDelete
  3. saya berblog untuk berkongsi maklumat dan cerita .Disamping menambahkan kenaan di alam maya.

    *Nak try juga.
    semoga cikviva murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. Saya berblog hanya suka-suka sahaja ibarat menulis diari tapi di alam maya. Kongsi makanan dan tempat juga menarik.

    ReplyDelete
  5. SAYA BERBLOG KERANA suka mencari kawan, bertukar idea dan sesunguhnya untuk dijadikan diari online catatan peribadi =)

    ReplyDelete
  6. saya berblog kerana suka sgtlah nak share2 apa yg berlaku dalam kehidupan weols ni..xkiralah tips2/petua2 ke..resepi ke..g melancong ke..kisah anak2 ke..kisah sentap ke..apa2 je lah yg berlaku di sekeliling kita..yg penting kita kita berblog ni nak tambah kenalan..dan merapatkan silaturahim..selain tu jugak blog ni best tau...mcm2 yg kita dpt...dan dgn berblog juga kita dpt menjana pendapatan...best wooo blog ni..xcaya tya cik viva haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Viva, entry ini automatically out ya, sebab dah terlebih 20 patah perkataan.

      Ha ha ha.

      Delete
    2. t.a.t.a,
      Takpe, kita tak kesah pun, accept je..sbb rasanya ramai je yang tulis lebih dari 20 patah perkataan..heheh

      Delete
  7. Saya berblog kerana ingat menyimpan seribu memory suka duka kami sekeluarga d citu, berkongsi pengalaman & menimba pengalaman dr blogger alam maya.. mcm2 pengalaman boleh dpt bila berblog ni tau.. :)

    ReplyDelete
  8. Saya (kakak) berblog kerana kerja di pejabat dalam bilik sendirian lalu mahu menitip apa yg terpandang, merasa dan meluah apa yang dirasa.

    ReplyDelete
  9. Saya berblog kerana itu merupakan perkara yang awesome untuk saya mengabadikan tulisan, lukisan dan memory saya:)

    ReplyDelete
  10. eh ada GA..join!

    ~saya berblog kerana, nanti anak-anak in future (insyallah) boleh baca love story mummy dgn daddy dia..boleh cekidaut resipi mummy dia.life mummy dia dari zaman hingusan seme.heheh

    ReplyDelete
  11. SAYA BERBLOG KERANA sewaktu berpindah ke Utara, saya tak punya kenalan dan sanak saudara untuk bertukar cerita. so mula bercerita dengan laptop

    ReplyDelete
  12. Saya berblog kerana ...... Kerana apa yeh Cik Viva? Okje pun tak pasti.... pada mulanya mungkin nak try macamana rasanya ada BLOG kot....sebab masa tu Okje baru berhenti keje. Rupanya seronok berblog ni, dapat kawan, dapat bertukar fikiran, dapat baca pengalaman orang, pendik kata banyak sangat kelebihannya...memang tak rugilah berblog ni......hehe

    ReplyDelete
  13. saya BERBLOG kerana ianya akan menjadi kenangan terindah saya, dan anak2 pada suatu hari nanti...malahan dpt berkongsi info dan menambahkan kenalan..

    salam kenal dari fyzz:)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...dah setahun yer.

    ReplyDelete
  15. Saya berblog kerana dipaksa oleh Seorang kawan pada mulanya..tapi lama kelamaan dah terjatuh cinta dgn dunia blog ni...

    ReplyDelete
  16. Saya berblog kerana nak simpan kenangan atau ape2 saja pasal diri saya, keluarga, kawan untuk tatapan anak saya bila dah besar or bila saya tiada lagi disisi dia.

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺