Sunday, 14 July 2013

Review Novel & Drama :: Kampung Girl



Baru je habis baca novel bertajuk 'Kampung Girl' ni yang setebal 547 muka surat tu. Aku ni bace novel kejap je..tak sampai sehari pun dah boleh habis satu buku sebab aku ni jenis baca laju...ala2 scanner. Ada part yang tak penting or tak menarik tu aku skip je..haha..boleh gitu?? Tak feel langsung kan...hehehe..

Malas bace?? Tengok je kat tv3, Jumaat 9 mlm. Pelakon dia adalah Akim (Ash) dan Nad Zainal (Ain). Errr..walaupun aku macam pelik sket bila tengok Akim bawak watak hero cite dewasa sebab selalu tengok dia nyanyi je kan..hehe.. Tapi bulan pose ni korang kena tengok kat tonton jelah ye sebab tu kan time teraweh. Takpe 04 episod je, lepas tu back to normal tgk kat tv balik ye..

Lagi sekali cite yg mengisahkan konflik bila kena kahwin paksa...huhuhu.. Itulah yg berlaku apabila Ashraf Khairi (Ash) terpaksa berkahwin dengan sepupu beliau Ainnur (Ain) yang digelar Kampung Girl atas pilihan orang tua mereka. Actually Ash ni tak pernah tau yang Ain ni adalah seorang cikgu B.I yang berkelulusan oversea. Dia ingatkan Ain ni hanya budak kampung yang takde kerja hanya duduk melepak kat rumah je takde cite2...

So, dia selalu kutuk & hina Ain, tapi Ain ni cool je sebab dia dah masak dengan sikap berlagak Ash tu sejak dorang budak2 lagi. Ash tak pernah sukakan Ain. Tapi Ain dah suka kat Ash sejak dulu lagi. Ain sorok status pendidikan dan pekerjaan dia dari pengetahuan Ash. Dia tak bagi sapa2 pon bagitau hal sebenar kat Ash. Yang ni aku tak tau nape...

Sehinggalah semua tu terkantoi pada malam pertama dorang bila Ash terjumpa gambar Ain masa studi kat NZ dulu. Ash rasa tertipu dan makin benci kat Ain. Tapi sikap Ash terhadap Ain berubah selepas kemunculan Faisal, kawan universiti Ain masa kat NZ dulu.

Nak tau ape kesudahan dia?? Malas pulak rasanya nak taip...haha. Apekata untuk korang aka penggemar drama melayu macam ni, anda disarankan untuk bace novel tu or just gugel je review dia...tapi kalau nak lagi real tengok jelah kat tv tu.

Oppss...dalam novel ni takde watak jahat tau tapi tak taulah pulak versi drama camane nanti...biasanya kena ada watak jahat tu baru bestt...hehe.

#Selamat membaca & menonton....peace!!!

17 comments:

  1. Ya, Kak Azie pun ada novel ni dan baca dah 2 kali novel ni. Tak sangka pula jadi drama. Harap-harap la drama ni best macam novel tu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azie,
      yeke? saya baru baca tu pon sebab tengok cite ni dah kuar kat tv, tapi sy tengah cuba nak feel tgk lakonan akim ni..hehe

      Delete
    2. Tak payah nak feel tengok dramanya. Confirm tak best. Hahaha.. jahatnya aku!!

      Seriyesli, saya tak minat nak tengok drama nya sebab saya rasa akim tak sesuai untuk watak orang bandar. Saya tengok dia tu macam orang kampung biasa aje. Kira tak kena la.

      Tapi lain orang lain pendapatnya kan?

      Delete
    3. t.a.t.a,
      Mane tau tak best, novel tu best je..hehe
      Bg saya Akim tu okay, cuma ntahlah muka dia cam budak2 kot tu yang saya tak brapa nak feel tu..huhu

      Delete
    4. Itu le maksudnya. Buku memang dah confirm best, drama je yang mesti akan meleret-leret, dan jadi tak best nanti.



      Oh skeptikal nya saya ni.

      Delete
  2. la,novel atas rak kasut tu hari ke?
    huhu..x tahu lak dah jd drama
    kalau tahu leh pinjam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk iklan baru perasan novel tu..apelagi terus la baca..

      Delete
  3. akim jadi hero, tak bestlah...badan takde ketoi-ketoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orga,
      Akim tu body ketul2 gak tau...hehe. Rase tak best sebab rasa macam Akim tu budak lagi, tapi dah jadik hero..hahaha

      Delete
  4. tgok episode 1 mcm bez, malas nk bca novel tggu je la smpi habis episode ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang compare cite KG dengan SSID & Setia Hujung Nyawa..konon hero & heroin dia tak "sesuweet" dorang. Tapi saya suka Nad tu sebab dia ckap selamba..hehe

      Delete
  5. mula2 tgk prebiu dia lam tv tgk cam best dan lawak
    1st episod tu pun bolehlah tahan best compare ngan demi dia tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakEL,
      Sy tak pernah dapat tengok DEMIDIA tu..mungkin sebab faktor masa or memang takde hati nak tengok kot..hehehe

      Delete
  6. ada tgk iklan. dah start ke? bes tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4feet,
      Dah start jumaat lepas, oklah jugak..layan jelah ye tak..hehe

      Delete
  7. Kurang suka baca moleklah Cik viva

    ReplyDelete
  8. nory layan jugak citer ni kat tv,,, novel tak baca lagii..heheh

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺