Thursday, 1 August 2013

Balik KG :: Naik keretapi..

I'm back!!

Ini adalah sambungan entry Backpackers la konon.

Tren tu dijadualkan bertolak pukul 9.50 malam, balik keja tu aku terus je singgah bazar kejap. Aku tapau nasik kerabu siap2 sebab plan memang nak pergi berbuka kat rumah Irfa. Kami mintak tolong Irfa hantar kitorang kat stesen KTM Seremban malam tu.

Aku ingat nak pergi awal sket sebab nak tukar "tenket" (tiket) tu dari kelas ekonomi kepada kelas dua & satu tempat tidur. Tapi macam biasalah, kita hanya mampu merancang sebab akhirnya aku sampai kat stesen ktm pukul 9.30 malam..lagi 15 minit nak departure..huhu

tiket Keretapi Tanah Melayu
stesen Seremban ke Kuala Krai
 

Kami duduk asing sebab adik pompuan aku request tempat tido so dia kena duduk kat gerabak lain lah. Aku tak ambik kelas tempat tido tu sebab yang ada cuma katil atas sahaja, katil bawah semua dah sold out. Aku taknak sebab aku pernah ade pengalaman dok kat katil atas tu....fenin


adik2 aku yang tersayang
# tangandidadamatakeatas

melayan gadget untuk 'membunuh masa'

Aku pegi la melawat adik aku kat tren sebelah tu nak tengok keadaan dia..macam selesa je aku tengok semua orang kat dalam cabin tu sebab masing2 dah tarik langsir nak tido. Kitorang je yang dok bersembang kat situ..tapi aku takde dok lama2 kat situ sebab taknak mengganggu penumpang lain..kang tak pasal2 kena sound pulak..hehe



Kami sahur makan nasik belauk je, adik aku tapau masa tren transit kat Gemas. Tak sempat nak tapau siap2 sebab rushing giler petang tu. Yelah mane sempat balik keje tu nak masuk dapur sebab banyak benda nak kena settle sebelum nak tinggal rumah kan.. huhu





10 jam berlalu dengan jayanya...pejam celik...pejam celik. Yeyy!! Alhamdulillah kami sampai kat stesen keretapi pekan Kuala Krai tu tepat pukul 830 pagi..cayalah KTM!!

Kenapa aku cakap camtu, sebab selalunya berdasarkan pengalaman aku dan beberapa saksi utama yang pernah naik keretapi dari KL - K.Krai banyak kali jugak sampai lewat dalam pukul 10 pagi - 12 tgh hari.  Aku tak kata semua trip dorang tu akan lewat tapi selalunya macam tulah atau mungkin jugak nasib kami masa tu tak baiklah kot..huhu

Kitorang naik teksi je balik umah..caj rm20 satu keta, okla tu sebab dia hantar sampai depan rumah. Lega sangat dapat sampai kampung dengan selamat..alhamdulillah..

#Kalau orang tanya nak naik tren lagi ke tak pasni?? Aku akan jawab okay tapi make sure aku akan beli tiket untuk kelas yang ade katil bawah tu je...kelas lain..taknaktaknaktaknak....

10 comments:

  1. syoknya
    x pernah naik keretapi ada katil nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?
      lorr..jom la travel g kelantan pulak..naik tren..baru adventure..hehe

      Delete
  2. Best kalau dapat katil tu. Boleh baring2, bukak tudung semua. Selesa sikit nak tidur. ^^ wahh awal jugak ye! Dulu kalau balik Tumpat naik train, dekat tengah hari baru sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #aida,
      Adik cakap selesa sangat, nyesal tak beli awal2 katil bawah tu..
      Tumpat lagi jauh..last destination tu.

      Delete
  3. seronok kan kalu balik ramai2 gitu... akak tak penah pun naik keretapi jln jauh2 kecuali sekali je naik komuter kl-klang, kalu jln jauh2 camne lah agaknyer... tp yg pasti dh selamat sampai kg... syoknyer, akak jugak yg msh lg keje sampai isnin

    ReplyDelete
    Replies
    1. #norhidana,
      Sy pun dah lama tak naik komuter, mane2 pg drive je. Klau travel jauh cam saya tu, tido jelah untuk "membunuh" masa..hehe

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Dah sampai kampung rupanya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. #zaraab,
      Selamat berpuasa & selamat hari raya =)

      Delete
  5. 10jam naik train, wau macam naik flight aje. Hahaha..
    Apa pun alhamdulillah dah sampai rumah dengan selamatnya.

    Happy raya Cik Viva.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      flight lagi kejap kan, takpe la sesekali..
      terima kasih..dah selamat semuanya.. SELAMAT HARI RAYA..

      Delete

Have a nice day... ☺