Monday, 5 August 2013

Ketuk-Ketuk Ramadhan versi kami...


Salam Isnin semua..

Mesti ramai yang dah start cuti raya kan..tapi aku masih lagi keje untuk dua hari sampai besok. Malam besok insya Allah kami akan bertolak balik ke kampung halaman kami..yeehaa!!

Untuk perkongsian bersama, di sini aku nak tepek gambar lauk-pauk & juadah masa balik kampung berpuasa hari tu..selamat mencuci mata..

KERANG REBUS
(Yess!! Aku punye favourite...makan sekilo tak terasa weh)

MASAK LEMAK KETAM
(Bila dah dewasa ni barulah mak masak ketam ni...maybe sebab mahal kot...maklumlah anak ramai..hehe)

DAGING BAKAR
(Cicah dengan air asam or kicap sedap jugak nih)

GULAI TEMPOYAK AYAM
(Favourite dish request by adik aku)

IKAN KETUKA BAKAR
(Kali pertama aku tengok ikan ni...mati2 aku ingatkan ikan pari...huhu)

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
(Terhangat di pasaran nih...slurpp)

SINGGANG DAGING
(Dari masjid ni...ada majlis berbuka)

SUP AYAM
(Sup untuk bebudak je ni)

MURTABAK AYAM & DAGING
(Beli kat bazar je...femes kat pekan kg aku)

BUAH MELAKA @ KEKOH CHA
(Lain tempat lain nama)

NEKBAT
(Dessert tradisional yang diperbuat dari tepung beras dan telur)

AGAR-AGAR JAGUNG & BANDUNG
(Benda yang paling senang, sapa tak tau buat...tak taulah..huhu)

GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA
(Gulai ni mak masak untuk nenda ku yg tercinta)


#Sampai tiga menu untuk gulai tempoyak kan.....memang hantu tempoyak betul kami nih...haha

13 comments:

  1. ikan ketuka?
    bukan sama ke ikan pari ke?
    konpius, huhu
    telan air lior tgk gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana sama..nama dia Ketuka bin Pari..hehe

      Delete
  2. Kalau macam gini gaya hidangan memang rajin nak balik kg selalu..

    Selamat Hari Raya & maaf dari kakak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie,
      Ada lagi yg termiss tu sebab tak sempat nak ambik gambar iaitu kerabu perut..sedapnyee

      Delete
  3. ni 1 hari nyer menu ke dik? gile kentang betul.... tp sume menu tu mmg sedap2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish..takdela kak. Tu semua antara lauk2 selama 5 hari 4 malam tu..wahh siap kira lagi..hehe

      Delete
  4. Sedapnya...paling best kerang tu ler..perghh buat terliur :D

    ReplyDelete
  5. sama la kita balik kg malam esok...masak tempoyak tu peberet kite...omnomnom..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah kita bersesak-sesak di highway malam besok..haha

      Delete
  6. mak aihhh..terliurnya....semua nampak sedap

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺