Wednesday, 14 August 2013

Telemovie :: Satu Hari di Hari Raya..


Terlepas nak tengok citer ni masa raya haritu...maklumler bizi beraya katanya. Layan je full movie kat internet sambil makan nasik himpit & kuah kacang, rezeki tadi ada kawan bawak ke office. Terima kasih ye kak, besok bawak lagi tau..hehe

SATU HARI DI HARI RAYA....Ewahh macam lagu raya M.Nasir la pulak  "Satu hari di hari raya..dua hari pun hari raya...tiga hari pun hari raya...lalalala..."

PELAKON

Johan Asari
Emma Ma'embong
Linda Onn
Shamsul Ghau Ghau
Zarina Zainoordin (bukan Kak Long Teduhan Kasih ye..)

SINOPSIS

Cerita pasal pasangan muda Syafik (Johan Asari) & Dahlia (Emma Ma'embong) yang baru berkahwin yang masing2 kebetulan anak manja.Tapi dorang semua anak yatim dah dijaga oleh makcik & pakcik masing2 iaitu Paksu (Shamsul Ghau Ghau) & Maksu (Linda Onn)

Dorang asyik bergaduh disebabkan hal yang kecik contoh bila Dahlia masak tak sedap, terlepas waktu sahur, terlepas waktu berbuka, balik lambat tak bagitau. Tapi time tu just gaduh kecik je sehinggalah bekas tunang Syafik tu interframe nak kacau hubungan dorang. Tapi Mona (Zarina Zainoordin) ni takdela jahat mana pun, kacau2 gitu je...kira watak antagonis yang biasa je..

Bagi aku citer ni lawak dan tak stress pun, happy ending bila Maksu propose Paksu padahal di awal cerita tu maksu cukup menyampah dengan Paksu tapi terjatuh cinta pulak masa dorang berpakat nak baik kan hubungan Syafik &  Dahlia..

Yang best tu Maksu & Paksu konvoi bawak motor besar pastu siap ada pulak lagu background yang memang legend dan sesuai sangat dengan moto2 besar ni...lagu sapa lagi...lagu AWIE laaa

#Setia Hujung Nyawa Raya pun best jugak. Aku perasan dorang berlakon rumah yang sama dalam cerita SSID (Rumah TokWan). Alaa rumah kayu yang unik tu..kat area mane la agaknya rumah tu. Tapi kalau rumah papan kaler biru tu semua orang tau katne kann...ye tak??

6 comments:

  1. byk sgt movie sampai tak tertengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun knieda..macam2 cerita ada, cite hantu,cite kelakar,cite cinta suma ada..complete..tu pasal budak malas nak kuar beraya..

      Delete
  2. Saya dengar orang citer, drama tu best. Tapi kami tak sempat pun nak tengok. Sibuk beraya jugak. Kalu ada ulangan, mesti nak tengok niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tunggu ulangan kak, tengok kat youtube je..macam2 cita ade..ntah sapa la yang rajin upload kat situ..

      Delete
  3. Replies
    1. Jangan risau, sebab i dah download kan untuk u..hahah

      Delete

Have a nice day... ☺