Thursday, 21 November 2013

PENANG :: Berlari ke Awan..

Assalamualaikum....

Tajuk entri dah macam tajuk album dah..hehe

Aku ada kisah yang baek punyee yang terjadi hari isnin lepas..tema dia "tragis & memenatkan"..hahahah

Kisahnya bermula begini, petang isnin yang lepas aku nak ke Penang atas urusan kerja. Aku berdua dengan anak kakak opis, memandangkan aku kan penakut, so kenalah bawak kawan..hehe. So, flight kami dijadualkan terbang pukul 5.45 petang. Kami gerak masuk ke balai berlepas pukul 5.00, pusing2 dulu sebelum masuk kat gate B3 tu.


Kebetulan pulak tetiba flight aku retimed ke pukul 6 ptg. Aku relaks lagi time tu, seronok berborak kan...hehe. Sekali hp member bunyi pastu dia pass kat aku, mak dia cakap dia dah kol aku banyak kali tapi tak jawab. Aku pun pelik apasal hp aku tak bunyi pulak. Aku check henbag tengok sah hp aku takde, konfem dah mesti tertinggal dalam keta...uwaaaaa.

Aku tengok jam baru pukul 5.25 petang, aku decided nak larik pergi parking ambik hp tu jugak sebab tu je satu2 hp aku, takkan nak pergi sana tak bawak hp pulak sebab no contact semua dalam tu. Aku mintak permission dari staff tu, cakap yang aku nak keluar pergi ambik hp. Dia kata ok, tapi make sure bila nak masuk balik nanti aku tetap kena melalui airport security check macam biasa.

Tapi kalau aku tak sempat datang balik, dia akan refer aku untuk next flight. Aku tak kesah yang penting aku boleh keluar. Aku terus pecut meter 100km/sejam untuk lari dari gate B3 sampai parking D...

Aku sempat bertembung dengan Irfa yang otw nak balik kerja kat area parking tu, tapi tak sempat cakap apa..dia pun pelik apasal aku lari cam ribut kat airport tu...hahahah


Aku stuck kejap kat security check sebab boarding pass aku dah kena koyak..so terpaksalah aku bersoal-jawab kenapa aku boleh ada situ sebab flight aku dah nak berlepas. Aku cite la dari A sampai Z kenapa keadaan aku jadik camtu & alhamdulillah beliau bagi aku lepas. Dah kat situ pulak, stuck lagi dengan Q yang panjang sebab pax tengah ramai. Aku doa banyak2 dalam hati semoga semuanya selamat.

Alhamdulillah, aku sampai kat gate B3 tu dalam keadaan yang selamat tepat pukul 5.50 petang & masa tu pax tengah Q nak boarding. Dari jauh aku nampak member aku dok lambai2 bagi sokongan..

Akhirnya..aku selamat terbang dengan pesawat MH1158. Sekali alhamdulillah..


#Nampak tak awan tu?? Tu sebab tajuk entri ni ada kena mengena dengan awan..heheh. Motif????

20 comments:

  1. adegan kecut perut smpi rasa cam nak terberak kot
    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik flight terus gigil..mnum air epal tu sampai 2 cup..dahaga tuu. Maklumler baru pas maraton..huhu

      Delete
  2. owh ! hphone mmg ptg . dah mcm lipas kudung ler berlari ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal, camane ntah buleh terlupa..penat tau kne lari...huhu

      Delete
  3. best ye keje travel ke sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah..tgk musim je. Lau tak takde makna nak g travel..hheheh

      Delete
  4. bestnyer.. jgn lupe ole2 kt akak hheheeh

    ReplyDelete
  5. setiap kali tengok wing kapal macam tu, setiap kali tu jugak la aku akan bagi komen macam ini.

    "Cik Viva! Cik Viva! Sini. Saya di sini! Sini la..! Haa.. sini. Bukak kan tingkap, saya nak masuk. Lenguh tangan gayut ni."

    ReplyDelete
  6. wah trajedi betul. nasib baik sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak, tak cukup oksigen dah time tu, mujur tak pengsan..hehehehe

      Delete
  7. kus semangat..... alhamdulillah sempat... baca pon mengah ni.. hahaaa...

    ReplyDelete
  8. aduyai... tp syukur akhirnya selamat gak terbang.
    ye la..hp tummg pting..lg2 klo ade emergency..lya pon x sng duduk klo xde hp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hp wajib ade kalau g mane2..wpun hp sy tu hanya cik cokia..heheh

      Delete
  9. huihh suspen citer nye..klu A.Asia dh babaiiii la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...kapal wau terbang saje. Tapi kalau lambat memang kena naik next flight dah..

      Delete

Have a nice day... ☺