Monday, 11 November 2013

Review Novel :: Mr Pai Epal

Assalamualaikum..

Bila mood rajin menerjah..ni dia sinopsis novel MR PAI EPAL..hasil karya penulis Mardihah.



Kebanyakan novel yang tengah hot meletop sekarang banyak yang mengisahkan tentang cinta selepas kahwin antara hero & heroin selepas melalui perkahwinan yang dirancang oleh keluarga. Tapi novel ni lain dari kebiasaan itu..

MR PAI EPAL mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis sederhana bernama Nur Alya (Yaya) yang tinggal bersama ibunya yang buta & adiknya, Fatin. Berkenalan secara tak sengaja dengan Cef Izz Amir yang merupakan pemilik Pai Epal Cafe ketika kejadian pasu pecah di kafe itu. Yaya mengelak & meminta tangguh untuk membayar ganti rugi kerana masalah kewangan. Pelbagai kejadian berlaku selepas itu kerana Izz Amir cuba memikat hati Yaya. Tetapi Yaya tidak berminat kerana mahu membantu keluarga & sedang mengumpul duit untuk menyambung pelajaran dalam bidang kulinari.

Yaya sebenarnya adalah anak kepada pemilik Yayasan Marjan iaitu sebuah institusi yang membiaya biasiswa kepada pelatih-pelatih dalam bidang kulinari yang berkelayakan. Tetapi atas sebab pecah amanah & penyelewengan selepas kematian bapaYaya, yayasan tersebut telah diambil alih. Chef Daud yang bertanggungjawab merampas yayasan itu telah membuat fitnah bahawa arwah bapa Yaya beristeri dua & menggugut akan membongkar cerita tersebut jika Yaya tidak membayar wang "tutup mulut" setiap bulan. Oleh sebab itu Yaya terpaksa membuat pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga dan juga wang ugutan itu.

Izz Amir telah berubah daripada seorang yang tidak ambil berat soal agama kepada yang lebih baik selepas ibu Yaya tidak merestui hubungan mereka. Kisah cinta mereka bermula selepas Yaya akhirnya di terima untuk menyertai Yayasan Marjan selepas beberapa kali gagal. Yaya ditempatkan di Pai Epal Cafe untuk latihan praktikal sekaligus di bawah pengawasan Cef Izz Amir sebelum melanjutkan pengajian di institut Le Cordon Bleu di Paris.

Umi Izz Amir tidak merestui hubungan mereka kerana ingin menjodohkan Izz Amir dengan calon menantu pilihan beliau iaitu Jasmin. Umi Izz Amir menghina Yaya kononnya Yaya hanya mahukan harta mereka. Jasmin pula telah membuat kecoh di kafe sehingga Yaya kecewa dan nekad untuk melupakan Izz Amir. Yaya telah memohon untuk menukar tempat latihan praktikal di cafe lain. Yaya berkenalan dengan Munir yang kebetulan adalah sepupu Izz Amir. Izz Amir cemburu melihat Yaya di majlis kenduri doa selamat Munir dan oleh kerana termakan hasutan ibunya, Izz Amir telah bertindak di luar batasan ketika hari mereka menghantar Munir di KLIA. Kejadian itu membuatkan Yaya semakin membenci Izz Amir.

Sebelum Yaya pergi ke Paris, Yayasan Marjan telah kembali menjadi milik keluarga beliau setelah dibongkar oleh seorang peguam yang sebenarnya sudah lama menyiasat isu penyelewengan itu. Ketika di Paris, Yaya berkawan baik dengan Munir. Walaupun cintanya tak berbalas namun Munir tak pernah berdendam. Pada suatu hari Yaya terjumpa Izz Amir disana. Izz Amir terus berusaha untuk mendapatkan kemaafan dari Yaya. Tetapi Yaya tetap berkeras hati.

Yaya mendapat tahu bahawa Izz Amir sebenarnya telah dihalau oleh uminya dan Pai Epal Cafe juga telah dirampas setelah Izz Amir bertindak memutuskan pertunangan dengan Jasmin. Izz Amir & Adnan (staff cafe) yang juga merupakan kawan baiknya telah membawa diri ke Paris. Adnan jatuh sakit & disahkan mengidap kanser dan terpaksa dirawat di hospital. Izz Amir bekerja keras untuk menampung bil hospital Adnan dan juga kos sara hidupnya disana. Hidup Izz Amir semakin tidak terurus tapi dia tidak berputus asa.

Yaya menyesal & memaafkan Izz Amir. Mereka meminta restu dari ibu Yaya & Umi Izz Amir, tetapi umi Izz Amir tetap tidak mahu merestui hubungan mereka. Yaya & Izz Amir tetap juga berkahwin dan meneruskan hidup mereka disana sehingga dikurniakan cahayamata. Kira happy ending lah..hehe

Sapa yang malas nak mengadap novel tu boleh baca kat sini je. Gigih aku menaip entry ni tau, tapi untuk lebih detail kenalah baca novel ni..hahaha

19 comments:

  1. akak baru dok rancang nk buat pai epal...

    ReplyDelete
  2. igt buat pai epal,hihi
    okey..watammat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minat pai epal, kalau pai daging i loikee...hehe

      Delete
  3. pi mai pi mai tang tu jugak la cerita ni. lebih kurang sama je dengan novel lain.

    ReplyDelete
  4. anak akak mesti suka dengan novel ni sebab nama dia Yaya.. hehehe.. akak ada buat entry khas utk Cik Viva.. jemput singgah... http://sariyusa.blogspot.com/2013/11/gani-pasembur-dalam-misi-menjejak-mr.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, terima kasih susah2 je..baru je pas menyinggah sana..hehehe

      Delete
  5. sbb malas, so jawabnya kena baca sini je lah ya.. tq tq for d sinopsissss itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa...kannn??? tau dah ramai yg tak suke baca novel...hehee

      Delete
  6. menarik gak ni..
    skarang tajuk novel smuanya sempoi2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..tajuk semua straight to the point..takde lagi dah tajuk Ombak Rindu, Muara Hati...hahahha

      Delete
  7. novel skrg ni mcm sama je plotnya..tapi yg ni mcm lainlah sikitkan..tup2 nnt jadi telemovie pula...was here cik viva..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk novel tgh tnggu Q nak masuk tv nih..mcam2 tajuk ade..

      Delete
  8. Salam kenal...saya dah add anda sebagai follower...harap dapat add balik..kita bertukar-tukar ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, terima kasih..nanti sy singgah ye.. =)

      Delete
  9. terima kasih review novel saya! yeayy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Mardihah,
      Alamak segannya awk singgah sini...maluuu...hhehe

      Delete

Have a nice day... ☺