Thursday, 26 December 2013

Review Filem :: CINDERELLA versi 2013..

Aku ni sebenarnya bukan kaki wayang pun macam sesetengah orang tu sebab aku tengok wayang 3/4 kali je dalam setahun. Aku lagi suka tengok drama2 kat tv..sebab kat rumah kan boleh santai-santai sambil makan biskut cicah kopi..hehe. Tapi disebabkan semalam adik aku beria-ia mengajak tengok filem Cinderella 2013 lakonan Nelydia Senrose & Fizo Omar tu..aku layan jelah. Best jugak cite ni rupanya...hurmm


Aku dah lupa dah jalan cerita drama asal Cinderella (Ahmad Idham & Haliza Misbun) dulu tu. Yelah dah lama giler kan tahun 1998, masa tu aku sekolah rendah lagi...bajet mude weii..hahaha. Walaupun aku rasa tak sama sebijik jalan citer filem dengan drama asal tu tapi aku suka filem ni sebab aku suka si Nelydia tu..hehe.


Aku punya review..

Nurul (Nelydia Senrose) seorang jururawat desa yg tinggal dgn keluarga tirinya di sebuah pulau. Hidupnya agak sedih sebab dia dilayan macam org gaji je kat rumah tu. Nurul berkenalan dengan Salman (Fizo Omar) & Ray (Kamal Adli) yang kebetulan datang bercuti dan berkhemah di tepi pantai kat kg itu.

Suatu malam ketika hujan lebat, ibu dan adik tiri Nurul takde kat rumah. Abg tiri Nurul (Zamir) telah mencuba memperkosa Nurul. Nurul lari dan menyorok di dalam khemah Salman secara tidak sengaja. Zamir bengang dan mereport kepada tok imam yang Nurul & Salman berkhalwat.

Salman bengang bila dia terpaksa berkahwin dgn Nurul. Salman dan Ray anggap yang Nurul sengaja mengenakan mereka. Salman bawak Nurul balik ke rumahnya di bandar tapi dia tak mengaku yang mereka dah berkahwin dan hanya memperkenalkan Nurul sebagai jururawat peribadi untuk menjaga ayahnya (Datuk Jalaludin Hasan). 

Salman suka sangat mencarik salah Nurul dan selalu marah-marah. Mujurlah ada pembantu rumah aka makcik pengasuh (Fauziah Nawi) yang sangat baik dengan Nurul yang akan sentiasa mengbackup Nurul.

Salman & Ray adalah playboy yang selalu bertukar-tukar pasangan. Hidup mereka terlampau bebas & sosial. Dalam masa yg sama ayah Salman sebenarnya dah tahu status mereka dan dia juga tahu yang Nurul adalah perempuan yang baik. Tapi malangnya tak sempat ayah Salman nak memperbetulkan keadaan, tetiba pulak beliau diserang sakit jantung dan meninggal. 

Salman cuba untuk menerima Nurul sebagai sebahagian dari keluarganya. Dalam satu majlis, Salman bawak Nurul sebagai teman. Ray yang dah mabuk telah cuba mencabul Nurul, tapi sempat diselamatkan oleh Salman. Nurul sedih dan dia larik sampai tertanggal kasut tumit tingginya. Maka disitulah bermula kisah cinta antara Cinderella dan puteranya..cewah!!

Tapi ternyata langit tak selalunya cerah, kadang2 tu mendung, hujan dan banjir. Nurul telah disahkan mengandung tapi belum sempat nak bagitau Salman berita gembira tu, Zamir muncul dan membuat onar dengan mengaku yang Nurul dah mengandungkan anaknya...cissss

Tanpa usul periksa Salman halau Nurul keluar dari rumah dan menceraikan Nurul dengan talak satu. Nurul frust dan dia tinggal di rumah pusaka pembantu rumah Salman. Untuk lebih tragis, tetiba Salman telah disahkan mengidap HIV positif..haha..padan muka..

Ending dia mereka hidup bahagia bersama anak mereka...main kejar2 kat tepi pantai...hurmmm...

Tamat....

Adik aku bengang je sebab aku sibuk je nak citer kat dia jalan cerita filem ni masa dalam panggung tu. Padahal aku baca sinopsis je kat website, tapi aku konfiden cakap yang aku tau jalan citer filem ni dari A to Z. Disebabkan dia taknak dengar aku cerita, aku taip mesej kat hp pastu suruh dia baca. Pastu lagi hangin member sebab terpaksa baca, ingatkan ada mesej penting...hahahaha ...so sweet

Kita memang dijodohkan bersama..
Sehati serta sejiwa..
Walau esok atau akhir nanti..
Kita telah ditakdirkan bersama-sama..

11 comments:

  1. sebiji ke ceritanya..? tapi mmg tak suka haliza berlakon dulu. mcm over gila.. kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni. Hahahaha. Tapi sebenarnya aku setuju dengan kau. Haliza dia lebih sesuai pegang watak org psiko, baru kena. Watak jiwang² ni dia kureng sket.

      Delete
  2. Ooooo lama giler saya tak masuk panggung... sejak semua geng ronggeng dah berpecah bawa haluan masing dah ada kerjaya sendiri nih....

    ReplyDelete
  3. Cinderella version dulu2 tu tak tengok.. version skrg ni ada kat wayang ye.. ok nanti boleh tgk kat astro first je hehe..
    Ehh kakak gurau2 ngan adik taip msg tu sweet okeh =)

    ReplyDelete
  4. dah tak egat dah jalan citer cinderella dolu tu

    ReplyDelete
  5. Cerita Snow White Barat dah tukar heroin nya bangkit mempertahankan diri. Cinderella bila lagi nak turut?

    ReplyDelete
  6. nyampah jugak kalau time nak tengok cerita orang tu dah cerita sampai habis.

    spoil je

    ReplyDelete
  7. oooo gitu kisahnya ;)
    nak tgk Frozen entah bila

    ReplyDelete
  8. kira tak rugi la tgok ni... hihihi..

    ReplyDelete
  9. nasib cite nye best gak eh
    lau x..mmg lemau lah dok dlm tu
    boleh jadi kuar panggung awal haha

    ReplyDelete
  10. ater ngapa nak citer tu.. isshh nasib tak cedera kena dgn adik tu hahahaa

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺