Monday, 23 December 2013

CV Si Budak Kaca Mata..

Sapa ingat dulu ada grup nama Budak Kaca Mata?? Tak ingat?? Takpelah tak penting pun sebab aku cerita aku ni takde kena-mengena  pun dgn dorang...hehe. Aku cuma nak stori pasal Kaca Mata @ Spek Mata tu je..

Begini ceritanya...setelah berkurun tak tukar spek mata baru, akhirnya sabtu lepas aku buat jugak laa. Tu pun selepas aku tengok pakej spek mata Irfa tu nampak macam cantik je..cam comel je..cam murah je...jadik aku pun tumpanglah sekaki...heheh. 

Actually ni kedai feberet kami lah, kedai ni terletak kat tingkat satu dalam bangunan Aeon Seremban 2. Masa tu kedai ni ada buat promosi 50% off untuk mana-mana bingkai terpilih...apalagi jommm kita serbuuu.....

Bila staff tu check mata aku, so far dia cakap rabun aku sekarang takde banyak sangat beza pun dengan sebelum ni. Power spek aku tak tinggi mana pun padahal aku dah start pakai spek sejak aku darjah 4 lagi..dah lama kot. Alhamdulillah sebab aku rabun jauh je, jadik kalau dari jarak dekat aku nampak lah..


Irfa pilih frame yang bentuk dia lain sket dari yang biasa, maklumlah sejak terjebak dengan drama Korea ni, terus dia berkenan lak dengan frame spek yang macam yang kat dalam gambar atas ni. Tapi aku biasalah maintain dengan design frame yang lama sebab aku ni segan sket nak memulakan sesuatu yang baru, takut nanti takleh terima kutukan mahupun pujian...hehe


Cantik tak?? Walaupun tak branded macam spek orang lain tapi yang penting sesuai dengan muka & mata aku. Aku rasa aku memang takleh kalau tak pakai spek sebab ia dah macam sesuatu yang wajib dalam hidup walaupun aku dah hilang semua identiti tu kat IC baru & passport aku...grrrr.

Aku tak pernah pun try pakai lens sebab aku rasa macam takut nak buh lens tu mata..cam ngeri je aku rasa..huhu

20 comments:

  1. Cantik.. up todate pattern spek tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZazaMyMoon,
      Yang bingkai besar tu cantik tapi cam tak kena pulak dengan muka..lagipun kite tak comel cam awek korea..heheh

      Delete
  2. yang penting selesa dgn spek tuu! hehe. nina dah dekat 7 ke 10 tahun kot pakai spek yang sama.lupa, tp memang lama bebenorrr spek nih. hehehehe. sebab selesa dgn spek ni. lagi satu, nina pakai spek kt rumah jea, kalau kuar pakai lens, kalau lens expired, rela rabun xpakai apa2. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. NinaAz,
      Yeke? Lama sngat tu tak de tambah power ke? tapi yelah pakai jarang2 sekali..tak jejas pun, mesti cantik lagi..

      Delete
  3. Replies
    1. Kopiolimauice..
      hahaha...very nicee!! hehe

      Delete
  4. eh, mana gambar makcik korea tu?hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      Nak publish ke?? takut u segan je...hehe

      Delete
  5. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. JM,
      Macam comel je kann...CV mmg comell...lalala

      Delete
  7. Try la guna contact lens. Memula tu mmg rasa seram, tapi bila dah masuk mata rasa terang sangat. Tapi kalau kau dah biasa pakai spek, once kau pakai lens memang org lain nampak janggal.

    Aku pulak laa ni nak balik ke fully spek tapi tak pernah jumpa spek yang sesuai dengan muka aku yang sangat chubby ini. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      Tulah pasal, seram tu satu hal, yang lagi aku malas nak dgar bile org mesti ckp "Ehh..apsal muke ko lain??.. ko nampak lain laa...blablablaaaa..."

      Delete
  8. ckp psl spek mata akak pun ingat nk tukar spek gk, tp nk bt spek baru utk spek kt umah je... sbb nyer spek jenis yg plastik nih leceh lak nk pakai kt umah... lg2 akka kuat peluh, pastu jenis idung tak mancung heheeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Norhidana,
      Dulu sy pakai jenis yg frameless tu, dah dua tiga tahun ni barulah bertukar selera dengan spek bingkai plastik camni..so far oklaa sebab tahan lasak..hehh

      Delete
  9. nice frame nya . saya tak pakai spek .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harumankasehvee,
      Time kasih..untungla awak mata tak rabun..huhu

      Delete

Have a nice day... ☺