Thursday, 12 December 2013

MENARA PANDANG JAUH & DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA..

Menara Pandang Jauh ni terletak dalam kawasan Taman Wetland, Putrajaya. Sebelum balik dari majlis BBQ tu kami sempat la menapak kesana. Disebabkan kurangnya stamina & dah lama tak bersenam, aku semput jugak nak meneruskan pendakian (cewah!!) untuk sampai ke atas..



Tengok tu adik aku dah pancit nak panjat tangga ni, padahal 3 tingkat je pun. Tulah time aku ajak berjogging banyak nau alasan..takde kasut la, penat lah..blablabla. Dear sis, pasni jom ler kite set hari pergi jogging boleh seround dua kat taman umah kita tu. Tapi yang tak bestnya belum start jogging dah request nak makan roti canai cheese kat kedai mamak tu..acaner??



Ni view dari atas menara ni. Tapi nampak hutan jelah..hehe. Kat sini aku rasa ramai jugak yang datang amik gambar outdoor wedding. Sebab masa kitorang nak balik tu ada satu kapel siap pakai baju kahwin & sorang jurugambar baru je sampai nak berposing kat situ. Mesti dorang tunggu kitorang balik dulu...heheh




Habis satu gulung kodak kot aku rasa dorang ni dok bergambar kat atas menara ni. Tapi sebabkan pakai kamera hp dan kamea digital je takpe. Amik je banyak2 lepas tu boleh delete kalau gambar tu tak berkenan di hati. Mula2 tengok gambar kita dulu, kalau okay kita simpan. Tapi kalau rasa muka kita buruk antara ramai2 tu, konfem kita delete..hahah



Dah turun tu aku belasah pulak pusing-pusing naik basikal. Irfa sewakan untuk kakak & abam tapi aku saja la test power..mane tau dah lupa naik basikal camane. Nak tengok boleh ke tak balance..hehe


Otw balik tu, dorang ajak aku singgah Alamanda pulak tapi aku rasa cam tak best je sebab dah busuk2 ni takkan nak pergi sana lak, pastu takde motip pulak tu. Kononnya saja nak merewang. Lagipun aku rasa macam jauh jugak aku nak pusing balik cari jalan ke Alamanda tu. Dah la aku blur je jalan area sini..

Last2 aku bawak dorang melepak kat Dataran Putra, ala yang bulatan kat masjid tu. Kat sini kalau weekend memang happening giler. Macam2 aktiviti ada kat sini. Abam & kakak request kat Irfa nak naik tricycle kot nama dia. Sewa dia RM10 untuk 15 minit.



Irfa & Ajaa dah ketiduran dalam keta sebab kepenatan. Ada hati tu nak pergi jalan-jalan Alamanda, baiklah balik je umah, boleh landing...hehe. Jangan marah sis. 

15 comments:

  1. oh, cantik juga kawasan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4feet8,
      Hai..awak pekabar? ehhehe
      Untuk yg sukakan kehijauan, sila datang sini..naik basikal pusing2 taman..

      Delete
  2. pas ni nak try pi menara wetland la pulak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harumankasehvee,
      Jom..jom...asik tengok shopping mall je kan, jom pg sini lak..hehe

      Delete
  3. Taman Wetland ada menara pandang jauh...ahahaah...JM baru tahu..itulah..nama je dok putrajaya..tapi lebih suka lepak kat umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Camane JM taktau nih?? hehe
      Yelah JM selalu jalan2 oversea je...huhu..nak ikotttt

      Delete
  4. agak² nya sesiapa yang pernah pergi sini akan berpandangan jauh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      Hmmm...aku takde jawapan la utk soklan ko tuh...caner ekkk

      Delete
    2. hahaha.

      dah tu kau pergi sana ada rasa macam berpandangan jauh tak?

      Delete
    3. t.a.t.a,
      Aku memang orang dah berpandangan jauh..tapi aku tak tau lah orang lain boleh berpandangan jauh sama tak kalau dorang datang sini...

      Delete
    4. pernah kira tak sejauh mana pandangan kau?

      :wink

      Delete
  5. fuh..sib baik x letak gambar i tgh sedap nganga tertido dlm keta
    kalau letak...abis lah awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      Hishh...takkan i nak letak kot..gambar ni semua dah tapis dah baru leh upload...hahahah

      Delete
  6. kadang-kadang lepas jogging pun request mkn roti canai gak..siap tmbh nasi lemak lg..haha

    ReplyDelete
  7. Hehe....kalau okje pun mau semput separuh jalan tu... stamina tak de atenya hehe ...

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺