Sunday, 1 December 2013

PENANG :: Menjejak BUKIT BENDERA & JERUK MADU PAK ALI..

Kami bercadang menyewa kereta la, konon nak drive sendiri tapi memandangkan semua ni terjadi tanpa dirancang maka agak susah untuk kami mendapatkan kereta sewa. Lagipun aku tak sanggup nak sesat jalan nanti kat sana tu dahla flight aku pukul 830 malam. Buatnya kami tak sempat balik airport tak ke naya nak kena stay sana. Dahla besoknya aku keje..huhu

Jadi dengan bantuan En Z, kami telah men"charter" sebuah teksi airport Naza Citra siap dengan driver sekali dengan kadar yang agak boleh diterima akal. Aku cakap nak pergi BUKIT BENDERA & JERUK PAK ALI & nak pusing2 kat bandar...hahah (rasa macam orang kaya lak time tu)

Akhirnya kami sampai di sini


Dengan harga tiket RM8 untuk dewasa tapi kena ada Mykad lah, kami meneruskan pendakian ke puncak Bukit Bendera. Mula2 aku bayangkan tren tu mesti slow & takde ekon, rupanya tu diaaa...laju & jangan risau tren tu siap ada ekon lagi..tapi agak gayat untuk yang takutkan ketinggian..



Aku tak ingat lak masa perjalanan tu berapa minit, tapi kejap je..berdesup tren tu naik keatas. Gayat tapi berbaloi bila kita tengok view dari atas ni..



Subhanallah..indahnya ciptaan Allah. Sejuk kat atas sana tu, siap berkabus lagi..


Kalau nak tengok dengan lebih dekat bandar Penang ni boleh guna teropong yang disediakan, hanya masukkan wang kertas RM1 je.


Kat atas tu ada banyak aktiviti rupanya. Tapi aku sempat pusing kejap je, sebab tetiba hujan turun dengan lebatnya. Kami berteduh kat medan selera tu.



Time ni dah start hujan rintik2 air bergelombang dah, kami berlari nak berteduh kat medan selera tu.


Besar jugak medan selera ni, tapi kat atas ni jual makanan je. Kalau nak beli minuman kena turun tingkat bawah. Kat bawah tu ada kedai souvenier & kedai serbaneka.


Sementara tunggu hujan berenti, perut pun dah lapar balik, aku order char kuetiaw & yang lagi satu tu kalau tak silap kuetiaw kungfu kot, tak ingatlah. Tapi yang pasti semuanya licin..hehe


Hujan pun dah berenti, kami terus turun ke bawah. Sementara tu aku kol driver tu supaya pickup kami untuk ke next destination.

Oh ye, lupa nak bagitau tadi sebelum naik tren ke atas tu macam biasa kita mesti akan melalui proses fotografi dulu kat bawah, staff tu bagi aku resit nanti dah turun boleh tengok gambar yang dia dah siap print. Aku taknak tapi sebab kes paksa rela ni terpaksa la jugak posing tapi dah set dah taknak beli pun gambar tu. Aku rasa RM30 kot sekeping, baik aku beli Jeruk Pak Ali boleh dapat 3 paket dah...hehe


Kami singgah di kedai jeruk ni yang ada kat bawah Bukit Bendera tu je, kami beli siap2 bukan apa takut nanti tak sempat pulak nak singgah beli pulak nanti.




Aku beli dalam 4/5 paket jugak yang setengah kilo tu sebab nak bagi banyak tempat ni. Jeruk Pak Ali ni sedap tapi aku tak suka sangat sebab ia manis.

10 comments:

  1. kat sebelah ini dah byk stokis Jeruk pak Ali . kat taiping pun boleh dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, jeruk Pak Ali ni dah femes dah..banyak tempat boleh dapat dah. Tapi haritu pun bukan beli kat kilang dia pun, beli kat kedai tepi jalan tu je..hehe

      Delete
  2. CV, kat kita tak de bagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorrr..nak ke? igtkan awk alergik..hahaha

      Delete
  3. jeruk tu yg mengancam! mcm sedapppp jee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi manislaa..sy lebih suka jeruk yg lagi satu tu...tapi bila makan mesti batuk..hhehe

      Delete
  4. Dah banyak saya baca pasal Bukit Bendera ni. Tapi sampai sekarang tak terpegi lagi. Kali akhir pegi dulu masa Darjah 6. Lama betul.

    Jeruk Pak Ali tu sedap dan bagus sebab depa tak gunakan ubat tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ni first time sampai sana..tak penah pg pun lagi selama xx hidup ni..hehe. Tapi seronok jugak dah naik atas tu..sejuk cam naik cameron je rasanya..hehehe
      Tulah, ramai yg beli kat beliau sebab tak batuk. Katanya dia pakai cuka epal kan untuk buat jeruk tu..

      Delete

  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Have a nice day... ☺