Monday, 25 February 2013

BUKIT BROGA...kami datang..

Plan ke Bukit Broga akhirnya terlaksana jugak pagi semalam. Kami berempat nekad nak menakluk puncak Bukit Broga tu...cewahh!! Perjalanan ke sana lebih kurang sejam melalui highway Lekas yang tak berapa nak lekas sangat. Barulah aku tau yang kampus University of Nottingham Malaysia ni kat Semenyih rupanya.

Kami sampai kaki bukit Broga tu awal pagi, kawasan memang gelap gelita, nasib baik member dah ingatkan suruh bawak torchlight. Kami parking kat dalam kawasan kelapa sawit dengan bayaran masuk RM2. Memang buat duit sungguh cina tu. Agaknya tanah dia kot. Ramai orang naik time2 tu sebab nak tengok matahari terbit. Pastu bolehlah jerit Good Morning, Malaysia!!... ^ ^

Dah siap buat aktiviti regangan yang diketuai oleh housemateku cikyana, kami mula bergerak menapak menaiki bukit tu. Pada mulanya jalan batu2 biasa tapi semakin lama jalan makin tinggi la tanpa kita sedari..dah la gelap gelita, masing2 menyuluh jalan takut terjatuh sebab track dia berbatu-batu dan agak licin. Rasa macam join kem bina jati diri pulak. Tapi takde rasa takut pun sebab ramai orang di sepanjang jalan tu, ada yang berenti ambik oksigen dulu, minum, hisap rokok dan sebagainya.

Aku dah separuh nyawa rasanya nak jalan dan panjat bukit tu..rasa nak give up je...serious memang giler dan memenatkan tahap gaban. Sampai aku cakap kenapa la aku boleh teringin nak buat aktiviti macam ni. Jalan je 10 minit, aku berenti kejap ambik nyawa dulu. Begitulah seterusnya, transit saja. Member pulak dah kedepan, lagi 2 orang masih lagi kat bawah.

Nak panjat bukit tu senang je sebab ada tali, takpon kita boleh berpaut pada akar pokok, tapi sebab gelap memang la tak nampak takut salah pijak kang ada yang tergelincir pulak..tak pasal2 abang2 jpam nak kena angkut aku bawak turun naik strecther. Lagi sket nak sampai hentian yang ade batu2 banyak tu aku berenti lagi..rehat dalam 10-15 minit camtu. Sebenarnya aku ingatkan dah nak sampai puncak, rupanya belum...huhu

view dari tempat aku transit..
Aku lepak je kat atas batu tu sampai hari dah cerah sket, lepas tu barulah gigih panjat balik bukit tu. Rupanya aku dah jadik macam cerita rakyat arnab dan kura2 tu, sebab member2 aku dah sampai atas. Aku je yang baru terhegeh2 nak naik atas..huhu

Dah sampai atas tu tengok ada lagi orang naik ke lagi satu bukit, member cakap itulah puncak Broga. Alamak...nak kena panjat lagi ke??? Member cakap terpulanglah..tapi kitorang semua sepakat taknak naik atas pun sebab tak larat dah..rasa macam nak pengsan, so kami lepak je situ sampai pukul 9 pagi...

Aktiviti seterusnya bergambar sampai lebam...mula2 aku check-in dulu sebab nak kasik adik aku jeles...heheh

kami...
bajet ^ ^
Tapi memang serius bila dah sampai atas ni korang akan rasa lega, happy dan rasa penat lelah panjat bukit ni dah berbaloi. Pemandangan yang cantik dan yang best tu sebab angin dia sejuk..best sangat.

Okay nampak tak bukit dalam gambar kat bawah ni? Itulah puncak Broga dan hakikatnya aku tak naik sampai atas sana pon..heheh


Yang ni pulak kononnya kami tengah shoot fotografi macam Dr Sheikh Muzaffar tu dulu kan ambik gambar pre-wed dia kat atas ni, tapi aku rasa dorang naik helikopter kot, takkan la nak mereka nak menapak naik macam kitorang ni. Tudung dan baju aku basah sebab peluh tu dah macam air hujan, nasib baik tergerak hati nak pakai jersi. Mungkin sekilo dua lemak aku dah bertukar menjadik peluh...hehe


Ambik gambar kasut kira macam wajib kalau pergi mana2, bajet macam kasut mahal...walaupun...


Ramai sangat orang kat atas ni, dari warga emas sampai la kepada kanak2, tapi kebanyakan student la kot. Sampai ada brader yang tolong amikkan gambar kitorang tu tanya kami ni student ke..emm student kah???
Terus perasan muda...lalalala....

Tapi aku kagum bila tengok ada sepasang suami isteri ni bawak anak2 dorang yang umur dalam 2/3 tahun camtu naik atas ni. Ni mesti dorang masa bujang dulu "kaki climbing"..

masing2 happy dah sampai sini..
buleh buat sukaneka...
Sebenarnya kat atas ni ada batu bata dan lalang je, tak taulah kenapa ramai orang suka naik sini, aku naik ni pon sebab aku nak tau dan nak rasa feeling dok atas bukit tinggi macam tu. So far, ok seronok tapi penat.

Bila tengok view dia, ada tak macam yang suasana cite Lord of the ring takpun macam cite Narnia? hahaha...perasan giler kann...













 
Okay... ni dia gambar eksklusif dari rombongan mak jemah ke Broga... susah ni nak ambik gambar berempat, kena mintak tolong orang ambikkan..

senyumm..




Tengok jam dah nak pukul 9, jadi sebelum matahari naik terpacak kat baiklah kami turun dulu, tapi masa nak turun ni lagilah....gayat sebab barulah nampak jalan yang sebenar. Tinggi tuuu... Nak turun tu memang kena hati2 sebab jalan licin..sebab tu ada yang amik alternatif dengan gelongsor je kat lalang tu untuk sampai ke bawah (tapi bukan la sampai bawah..nak mati?? )

Ni gambar dari atas, masa turun tu takde la amik gambar kang tak pasal2 aku pulak tergolek sampai bawah..tapi sempat la snap sekeping dua.






gi satu nak habaq mai, masa turun tu kitorang jumpa Eric Leong "cantik tak??" pun baru nak panjat bukit ni, sempat la bergambar dengan dia konon2 nya. Tapi malangnya orang yang sudi nak ambikkan gambar kitorang tu tak snap dengan betul, so bila tengok balik, gambar tu memang takde...huh!!

Tapi bila dah sampai bawah akan ada gerai2 macam ni jual air, aiskrim, kuih, roti dan lain2. Yang paling laku aku rasa mesti lah air "tambah seratus" tu...


 Member tengah kira duit nak beli eskrem lettew..


Masing2 muka penat..piker nak balik tido je...




Okay, tak sangka kat bawah ni siap ade jual t'shirt  Broga yang ala2 "i love ........" gitu


Sebelum balik rumah tu, sempat lagi kami breakfast kat kedai mamak kat nilai sana..


 Amacam??  Ade berani nak naik Broga tu lagi??

#rasanya ni lah kali pertama dan terakhir aku naik Broga..insya Allah..

Thursday, 21 February 2013

Etika dalam bilik taklimat...

Pagi2 dah dating dengan Puan Irfa kat auditorium office sebab kami ada briefing @ taklimat mengenai operasi syarikat untuk tahun 2013 ni. Macam biasa sebelum taklimat bermula kami diberi peringatan supaya menjaga etika ketika berada dalam auditorium ni.
 
 
Tapi macam biasa tak semua orang boleh mengikut peraturan yang ditetapkan. Dah lumrah alam..peraturan Allah pun ramai yang langgar, inikan pulak peraturan yang dibuat oleh manusia biasa...huhu

Antara perkara yang biasa berlaku dalam bilik taklimat contoh:
  1. Tidak "silent mode" kan handphone (terlupa, sengaja atau memang rosak), padahal awal2 lagi mc dah bagitau pasal tu.
  2. Selamba menjawab call tapi bercakap dalam mode yang perlahan bajet orang tak dengar la dorang bersembang (yolah tuu...)
  3. Tidur sebab bosan @ mengantuk..
  4. Komen mengomen pasal style or gaya penceramah tu  (cara penyampaian) & juga fizikal barangkali..
  5. Gosip pasal artis cth pasal kes Fizz Fairuz dan ex-tunangnye (topik yang tengah hot ni)...lalala..
  6. Gosip pasal style tudung dan baju peserta lain..kagum dgn tudung dorang yang lawa2 ittew..(biasanya perempuan)
  7. Pilih seat dan akan duduk dibarisan belakang sebab taknak di soal oleh penceramah. Barisan depan dibiarkan kosong..
  8. Mula stress tahap gaban bila penceramah terlupa @ terlajak waktu rehat.
  9. Ternanti2 tea break sebab nak tau apa menu hari tu..karipap or bihun goreng..  : )
  10. Main game kat henfon or melayan fesbuk sebab bosannnnn.....
Tadi pun aku rasa macam nak je nyanyi lagu Amy Search tu...

"Aku dah bosan...aku dah bosann...aku dah bosannn"

Wednesday, 20 February 2013

Review Novel :: Cik Bunga dan Encik Sombong

Hobi lama kini menjadik hobi baru setelah sekian lama. Kebetulan housemate memang kaki novel. Tiap2 bulan mesti beli 2/3 bijik. Aku sekarang pun dah mula gian nak habiskan sebijik novel dalam masa sehari kalau boleh, tapi apakan daya masa sangatlah mencemburui aku..(kemain sekarang ayat dah ade unsur2 sastera gittew...lalala).

Ni lah novel yang aku tengah baca sekarang  :: Cik Bunga dan Encik Sombong ::


Cerita pasal gadis kampung yang cukup sederhana yang bekerja di kedai bunga (sebab tu di panggil Cik Bunga) telah berkahwin dengan pemuda kaya secara kebetulan. Dia diupah untuk berlakon jadik tunang di hari pertunangan En Sombong dan tunang tak jadinya (Erny) yang last minute lari takmo kat dia. Kemudian mak mertua (Datin Nora) dan Erny terus berusaha nak memisahkan mereka berdua.

Okay..nampak klise kann??? Biasalah novel..huhu

Tapi yang buat aku suka bila pompuan tu suka cakap dalam hati dan macam real je bila baca pasal suasana kampung dia yang terletak jauh di Kedah sana. Dengan suasana rumah kampung, cakap loghat utara, sawah padi, aktiviti berkubang dalam lumpur, naik basikal keliling kampung, adik beradik ramai, makcik2 sedara yang sangat kpochi pasal dia, mak ayah yang garang2 tapi kelakar dan baik. Anak2 buah yang ramai sampai boleh buat beberapa team futsal. Tapi family dia bukanlah miskin mana dan paling penting mereka semua bahagia.

Keselesaan itu boleh mengubah sikap En Sombong terus tukar menjadik seorang yang begitu memahami dan penyayang. Cik Bunga mula segan kerana piker dia sangat tidak padan dengan En Sombong itu sebabnya maklumlah Cik Bunga ni biasa2 sahaja...kulit hitam manis, perwatakan sedikit kasar (tapi bukan tomboy) dan tidak secantik dan semoden ex tunang suaminya..si Erny.

#Novel ni di suggest kan oleh staff kedai buku yang Popular itu.

Antara yang novel sedang menunggu giliran :: The Wedding Breaker :: Ada 2 bijik buku ni kat rumah..kebetulan betul... : )


Selamat membaca  ^ ^

Monday, 18 February 2013

Review Novel & Drama :: Cinta Kau dan Aku

Terperasan ada satu drama bersiri tajuk Cinta Kau dan Aku kat tv1. Baru episod pertama kot. Tapi aku macam penah tengok or baca jalan cerita ni...piker2 punye piker akhirnya baru aku ingat macam sama dengan satu novel ni. Bila dah habis memang ade cakap pun yang drama ni adaptasi dari novel Cinta Kau dan Aku, hasil tulisan Siti Rosmizah.

Patutlah macam pernah tengok sebab housemate aku penah baca novel ni, apelagi terus sms member cakap nak pinjam. Member terkejut sejak bila pulak aku layan novel2 ni... semalam dia dah bagi novel tu...aku dah start baca ni tapi terbayang muka pelakon tu bila baca novel ni...acanerr???

Kalau sapa yang dah baca novel ni dulu, imaginasi korang wajah Farish & Farisya tu macam sapa agaknya? Ade tak macam Fizz Fairuz & Sara Ali?? okaayy...mesti imagine mcm abang Aaron kann?? hihi

Fizz Fairuz
"Kau tahu Risy, Encik Farish tu baik orangnya. Dia tak sombong, handsome. Badan dia pun sasa beb. Kulitnya cerah, bibirnya merah. Iyalah orang tak hisap rokok. Dagunya pulak berlekuk. Bila dia sisir rambutnya ke belakang, terserlah ketampanan dia tu " kata Zamilah kepada Farisya

Sara Ali
" Walaupun Farisya nampak kasar dan berpakaian cara lelaki tetapi dia tetap tidak boleh melindungi kecantikan aslinya itu. Wajahnya yang comel ditambah pula dengan kulitnya yantg putih kemerahan serta lesung pipit di kedua-dua belah pipinya, menjadikan dia kegilaan ramai pemuda di kampungnya itu "



Sinopsis dari sini

Mengisahkan Farisya seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya.

Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya.

Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? 

#taknaktengokdramanakbacanovelje -----------sebab nanti lupa cite ni hari apa....

Sunday, 10 February 2013

Menikmati Sepinggan Meatball di IKEA....

Harus laa korang kenal gambar ni kan?? Terhangat di pasaran ni. Nak beli sepinggan pun kena beratur panjang dan bersesak nak mencari meja pulak lepas tu.. Yelah aku pegi time weekend konfem la ramai orang nak shopping pastu makan kat IKEA tu...ye dok??


MEATBALL ni aku ambik yang 10 ketul je..takleh makan banyak2 nanti gemukss. Aku suka sos dia tu..sedap sehingga menjilat jari dan garpu..hehehe..


CHICKEN WING pulak aku ambik yang 05 ketul tapi share2 dengan member..kepak dia besar dan gagah. Tapi walau bagaimana pun tekak aku tetap mengatakan yang CHICKEN DELI WING @ PIZZA HUT lagi terbaikk, bau melekat kat tangan tu..sedap gilos.


Sekiann...

Sunday, 3 February 2013

Mari belajar bahasa Kelantan..

Mari belajar bahasa Kelantan??? Bahasa or dialek or loghat??

Aku copy paste ni dari fesbuk, tak tau sape owner..tapi mintak izin ye..


Contoh ayat :

Bell Lack Go Dior  = Cari Apa?
Tea No Are Gas = Perempuan Ego
Talk Rock VS Talk Chair Cut = Penat

Lawak tapi masih boleh terima sebab aku anak kelantan walaupun ada yang tak berapa nak kena..ape pun tahniah sebab berjaya meng'english"kan loghat kelantan ---peace---

BerBBQ di Q THAI STEAMBOAT, NILAI...

Kitorang dah lama plan ni tapi banyak kali postpone. Akhirnya kami merealisasikan hajat kami nak makan steamboat tu malam tadi. Lokasi yang dipilih adalah di Q THAI STEAMBOAT NILAI yang terletak di hadapan Pasaraya GIANT, NILAI. Senang je nak carik..kalau tak jumpa jugak...akak no komen la dik..heheh.


Harga mengikut pakej. Kalau buffet steamboat sahaja RM22++ (dewasa) & RM12++ (kanak2) dan untuk buffet steamboat & sizzling BBQ pulak RM27++ (dewasa) & RM14 (kanak2). Harga tak termasuk minuman ya..

Mula-mula check-in dulu untuk bagi info untuk kawan2 di fesbuk...hahaha


Kami ambik pakej buffet steamboat & sizzling BBQ. Ape yang ade? Ni diaa....gambar dari sini Q Thai Steamboat



Kitorang dapat baik punya port di sudut sebelah air cooler, jadik sejuk je memanjang dan tempat tersorok jadi tiada gangguan dan kami dapat menikmati kesedapan makanan tersebut (sebenarnya malam tu restoren penuh sangat, nasib baik kami dapat jugak meja sebab 2 orang je).






Banyak lagi yang kitorang makan sebenarnya tapi tak sempat nak snap gambar..

Selamat mencuba..