Wednesday, 27 March 2013

Beza pemandu lelaki & perempuan..

Pernah tak kita atau sesapa yang menghadapi situasi A & B seperti di bawah..aku tulis ni berdasarkan pengalaman je...sila baca dengan tenang ye, jangan sentap pulak.. ^^

Situasi A

Bila dah nak sampai kat traffic light ataupun roundabout, tetiba kereta depan kita ni terus meluncur & memecut dengan laju sampai menyenget sebab ambik lapse (cth sebab nak kejar lampu hijau). Tapi dalam masa yang sama, ada sebijik kereta sikit lagi nak langgar kereta tu tapi pemandu tadi berjaya mengawal kenderaan dengan memecut lebih laju untuk mengelakkan dari dari terlanggar. Dari dalam kereta kita mungkin boleh nampak samaada pemandu itu lelaki atau perempuan. Agaknya apa terdetik dalam hati kita pada masa kejadian??

A  : Mak aih..dia ni bawak keta langsi betul..main redah je..sabor jelah
B  : Astagfirullahalazim...lesen terbang ke ape dia ni...nasib baik sempat..

Situasi B

* Situasi yang sama jugak seperti di atas* cuma kali ni pemandu itu lebih berhati-hati dan menunggu sehingga kereta dah clear baru jalan ataupun bersiap bersedia untuk berhenti apabila lampu hijau dah nak bertukar ke lampu merah. Pemandu kereta belakang mesti agak bengang dan akan cakap ayat ni dalam hati mereka yang sedikit geram itu..hehehe

A  : Lembap betullah keta depan ni, baru dapat lesen ke..huh!!
B  : Redah jelah, sempat lagi tu nak kejar lampu tadi...aptb

Aku pemandu berhemah sebab dapat lesen (2007) so 03 tahun simpan je lesen buat pekasam tapi tiap2 tahun renew. Aku start bawak keta lepas beli cikviva (2010) dah la keta auto..sebab tu aku dah tak reti bawak keta manual..nasib baik en JPJ bagi lulus dulu...haha

#selalunya kata hati @ bebelan tersebut mesti ditujukan untuk para pemandu perempuan..huhu

Tuesday, 12 March 2013

Petua awet muda Abam Nuar..

Gambar ni aku pinjam dari fesbuk abam Nuar sendiri..ensem kan lepas dia potong rambut pendek camni, terus nampak muda lagi 10 tahun..hahah

Teringat dulu2 mak aku selalu cakap yang aku ni tak sesuai rambut panjang sebab nampak tua sebelum usia..huhu. Ade ke camtu??

Takpelah mak...anakmu ini memang sukee rambut pendek pun, so maknanya nak kena carik bakal en somi yang rambut macam abam Nuar lah jawabnye..gituuu =)

"Ajari aku tuk bisa menjadi yang engkau cinta...agar ku bisa memiliki rasa yang luar biasa untuk ku dan untukmuu..."


#berangan jadik Nora Danish la kejap = P

Monday, 11 March 2013

Puding Caramel ala cikviva..

Jumaat lepas ada ofismate jual benda ni kat opis, ramai yang beli termasuk aku...terpengaruh sebab deme kata senang je nak buat ni tak payah pakai pengukus..semudah 123 je..ok finee..eden torai...


So ini adalah segmen "Bila Cikviva Masuk Dapur"


Dalam sekotak ni ada 4 paket (02 pakey tepung kastard & 02 paket sos karamel), so maknanya kita boleh buat 02 bancuhan. Satu bancuhan boleh buat dalam 10 cawan kecik ataupun satu loyang. So aku pakai sepaket @ satu bancuhan jelah, cukup untuk kami 04 orang kat rumah tu.


Aku pakai susu botol ni je sebab ini je yang ada kat kedai depan rumah aku, dorang cakap pakai sekotak besar susu penuh krim ni yang 1000ml tu..ala susu Dach Ledi tu. Aku pakai 10 bijik cawan kecik2 seperti yang dibagitau lagipun rumah aku mana ade loyang..huhu..


Kemudian bancuhkan sepaket tepung kastard tu bersama sebotol susu dan kacau sehingga sebati sebelum masak atas api selama 05 minit ataupun sehingga menggelegak. Kacau je jangan sampai ia berketul.


Bila dah masak, sejukkan sekejap sebelum tuang kedalam cawan tersebut. Tapi sebelum tu jangan lupa tuang siap2 sos karamel tu dalam gelas supaya kita boleh bajet sepaket tu cukup untuk berapa biji gelas..

Macam sikit je air gula tu kann...
nampak gebu okaayy..
Lepas tuang semua tu dalam gelas2 ni, teruslah masukkan dan sejukkan dalam peti sejuk supaya dia keras dan masa dia lebih kurang dalam 45 minit...


 Bila dah sejuk dan keras...apalagi boleh la terus dimakan..mudah kann??




 #terharu sangat, tak sangka aku boleh masak puding karamel ni...walaupun cuma menggunakan bahan2 segera. Cayalah cikviva!!! Oh..lihatlah donia... hahaha..

Fenomena Kasut Karipap kembali...

Apa kena mengena kasut & karipap??

Kasut karipap adalah panggilan aku dan kawan sekolah dulu untuk kasut jenis Loafers macam ni sebab design depan kasut tu macam kelim karipap...heheh


Aku tengok sekarang kasut macam ni dah kembali menjadi trend untuk anak2 muda-mudi dan jugak ahkak2 dan abam2 sebab sekarang ni dah ada macam kaler sesuai sangat untuk trend colour blocking. Kalau dulu warna yang ada dan orang berani pakai mungkin kaler hitam, cokelat & putih je, tapi sekarang semuanye kalerful dah macam kaler pensil Luna...

Sepanjang pemerhatian & survey yang aku buat di Aeon S2 sabtu lepas....cewah!! Rata2 orang memilih kasut loafer ni dan semua kedai kasut pun memang ada design masing2..






#teringat kat kasut loafer Irfa dulu yang kaler biru gelap tu...masa tu tahun 2000, sekarang dah 2013..

Sunday, 3 March 2013

Review Filem :: Rock OO :: Rimba Bara Kembali

Entry pertama untuk Mac 2013 ini..

Mula2 nak tengok cite ni kat TGV Aeon S2 je, tetapi ya ampunn... ramainya orang sampai tak boleh masuk parking so kami divert ke MBO Terminal 2..free parking dan lagi best sebab panggung dia lagi besar & cantik. Tak rugi melencong sikit ke sana...



Filem Rock OO kembali selepas 8 tahun (2005). Masih lagi mengekalkan pelakon utama seperti Que Haidar (Amy Mat Piah), Khir Rahman (Jijo), Sofie Jikan (Zul Kapan), Mi Black (Azmi Black) dan juga watak baru gitaris Slash (Pekin Ibrahim). Filem ni takde heroin..yang ada cuma awek @ "cingge" si Slash tu tapi takde dialog pun..scene2 nangis je.

Jalan cerita mengisahkan pasal kehidupan Rimba Bara selepas vokalis Zul Kapan kembali pada grup lama dia iaitu Malaikat Maut. Amy Mat Piah berusaha untuk menaikkan balik zaman kegemilangan Rimba Bara dengan harapan Rimba Bara akan ambil dia balik sebagai vokalis. Memandangkan Zack (Hasnol Rahmat) dah pencen main gitar, so mereka ambik si Slash tu sebab pengganti. Mereka kembali semula ke K.L dengan bantuan En Man (Kamarol Hj Yusof) tapi lagi sekali En Man masuk lokap balik (kes dulu bawak lari duit show artis). Mereka berjumpa dengan Saiful Apek yang akhirnya jadik manager kumpulan mereka tapi malangnya Apek dijumpai mati di lorong akibat dadah. Semua dah putus asa dan balik ke kampung semula meneruskan kehidupan masing2. Berakhir dengan kembalinya Zul Kapan selepas grup Malaikat Maut diharamkan oleh kerajan kerana telah terpesong akidah (terpengaruh dengan black metal). Rimba Bara ambil Zul Kapan jadik vokalis semula dan melantik Amy Mat Piah sebagai manager kumpulan mereka. Rimba Bara kembali popular setanding dengan Search, Wing, BPR dan lain-lain. Turut di selitkan lakonan semula scene rambut mereka dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu.

Kalau sapa perasan lagu tema filem ni yang bertajuk Tika tu adalah nyanyian Khir Rahman sendiri..Tak sangka dia pandai menyanyi rupanya.

Que adalah hero untuk cite ni. Walaupun dah lama tak berlakon tapi dalam watak Amy Mat Piah ni memang menjadik lah. Lawak giler reaksi muka Que, dah la dressing maut pakai seluar ketat, baju singkat sampai nampak pusat. Yang lain pulak mantain dengan rambut panjang yang serabai itu. Actually banyak la scene aku aku rasa lawak dalam Rock OO ni contohnya macam mana Rimba Bara ni nak meneruskan hidup kat K.L sebab mereka dah takde duit..tensen sampai boleh histeria...Scene makan megi bersuap & kentang rebus tu kelakar gila..hahah

Sapa yang tak dapat tengok kat panggung, buleh je tengok kat estro nanti atau ke kedai cd yang berdekatan ataupun tunggu je keluar kat internet. Sebab aku pon nak tengok lagi sekali kalau cite ni dah keluar kat internet..haha

#Teratai.....belum lagi..belum..dia dekat tapi jauh...."