Friday, 19 April 2013

Lagu nasihat dari MR BIE..

Selepas fenomena parodi Gangnam Style, timbul pula Harlem Shake dan sekarang tengah hot adalah GWIYOMI yang bermaksud "comel"... Comel macam Kak Ton..hehe

Tengah2 aku mencarik video Parodi yang best, tetiba aku terjumpa channel Mr Bie ni. Actually dia pun  ada buat parodi Gwiyomi ni jugak tapi tajuk dia Gi Ngoji @ Gi Ngaji. Antara lagu yang dia dah parodi kan contohnya macam Putih-Putih Melati, Untuk Dia, Carta Hati, Cerita Dia, Sayang, Tak Terukir di Bintang dan banyak lagi.


Dia takde la buat video parodi tapi dia hanya nyanyikan balik lagu2 yang telah ditukar liriknya.Tapi yang bagusnya lagu dia semua berunsur nasihat. Contoh macam lagu Putih Putih Melati (ST12) ni..

Siapa bilang aku kekasih dia..
Siapa bilang aku cinta hati dia..
Sesungguhnya aku hanya benar-benar cinta..
Hanya lepas kami nikah nanti.. :)

Ku bersongkok hitam, kau berjubah putih..
Ada dua saksi dan seorang wali..
Tak usah ditiru kahwin yang lebih-lebih..
Kerna yang penting redha ilahi..oooo

Putih2 melati...merah2 delima...
Siapa yang baik hati kan di sayang mertua

Putih2 melati..merah2 delima..
Siapa yang baik hati kan disayang Allah

Hanya taip saja Mr Bie atau channel VitaminBie, nanti korang akan jumpa banyak lagi video2 dia...okay.

#entry merapu di hari Jumaat...hehe

Thursday, 18 April 2013

Aroma Budu di pagi Khamis..

Pepagi dah sarapan nasik lemak rendang kerang yang berharga RM3.50 sebungkus. Dah lama nak berenti gerai tu tapi memandang gerai tu kat hotspot so agak susahlah aku nak menyinggah. Okay, tapi aku bukan nak cite pasal nasik lemak tu ye, just nak share apa yang dinamakan appetizer iaitu penambah selera...weeeeeee


**Maaf ye..sila abaikan tupperware budu yang comot tu...hehe**

Masing2 pakat bawak sorang satu, aku bawak tempoyak jelah. Tapi yang aku buat teruja tu sebab walaupun aku kelate mari tapi aku tak pernah tengok pulak selama ni ade jual budu yang dipacking macam gambar kat bawah ni..dah macam air ribena la pulak. Actually budu ni dengan budu botol satu kompeni iaitu budu @ pati ikan bilis cap ketereh, so ofcos la rasa dia WOW!!!


#Lepas makan, masing2 sambung kerja tapi kejap2 cium tangan sebab aroma budu & tempoyak tu melekat kat hujung2 jari..haha

Monday, 15 April 2013

Antara Destinasi Cinta Sara & 27 Dresses..

Malam tadi  aku tertengok drama Destinasi Cinta Sara (lakonan Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Anzalna & Afiq Muiz). Actually citer ni dah tayang kat estro bulan lepas, tapi aku tak berkesempatan nak tengok. Aku tengok promo macam best je hari tu..


Cerita ni mengisahkan seorang perempuan SARA (Nadiya Nisaa) yang jatuh hati kat bos dia MIKHAIL (Afiq Muiz) tapi malangnya MIKHAIL ni pulak dah tersuka kat adik SARA iaitu LIZA (Anzalna). So SARA give up dan dah pasrah je yang dia takde jodoh dengan bos dia tu.

Tapi dalam masa yang sama dia berkenalan secara tak sengaja dan berkawan baik dengan IMAN (Remy Ishak) yang mulanya ada persepsi bahawa perempuan ni membebankan dan melecehkan. Tapi lepas dia kenal dengan SARA, persepsi dia terus berubah dan dia mula suka kat SARA. SARA ni teringin sangat nak pakai gaun pengantin arwah mak dia sebab ayah dia (Mustafa Kamal) dah buat syarat sapa yang kahwin dulu wajib pakai baju pengantin tu. Oleh kerana LIZA yang akan kahwin dulu bermakna dia yang kena pakai gaun tu. Tapi LIZA tak suka sebab dia ni agak materialistik. Sebenarnya dia yang mengorat Mikhail dulu lepas dia tau Mikhail ni anak orang kaya. Mikhail pulak seorang yang sederhana je, jadi LIZA mula bosan dan dia mula buat hal dengan keluar dengan mamat yang kononnya lagi kaya dari MIKHAIL dan akhirnya mereka putus tunang.

IMAN ni pulak adalah wartawan (nama samaran JINGGA) yang ada ruangan sendiri dalam belog/majalah yang dimana dia adalah orang yang akan menjawab segala persoalan cinta. SARA ni memang peminat setia ruangan JINGGA ni. So dalam masa ni berlaku lah sedikit salah faham sebab JINGGA ni suka buat topik cinta berdasarkan kisah hidup SARA. SARA bengang tapi dorang gaduh kejap je lepas JINGGA aka IMAN mengaku dia salah, mereka baik balik. SARA ni pulak tak pernah cakap yang dia cintakan MIKHAIL, jadi dengan gentleman nya IMAN pegi cite dengan MIKHAIL dan MIKHAIL terus setuju nak kahwin dengan SARA. Dalam pada tu jugak LIZA tersedar yang dia dah buat silap lepas mamat kaya yang dia keluar dating tu sebenarnya playboy besar, dia menyesal dan nak baik balik dengan MIKHAIL tapi MIKHAIL dah taknak kat LIZA tu.

Oleh kerana LIZA ni dah frust dan marah, jadi dia dah koyak dan gunting gaun pengantin arwah mama dia tu supaya SARA tak boleh pakai masa majlis tu nanti. SARA frust dan cite kat IMAN, so IMAN dengan baik hatinya tolong SARA jahit balik gaun tu dengan gigihnya. Pada hari majlis IMAN tak datang sebab dia sedih dan tak sanggup tengok SARA kahwin dengan MIKHAIL. Sebelum akad nikah, MIKHAIL tengok SARA macam tak hepi dan buat muka risau sebab IMAN tak datang, jadi MIKHAIL pulak yang jadik gentleman dengan membatalkan majlis dan mintak SARA carik IMAN sebab dia tau SARA sebenarnya dah mula cintakan IMAN. SARA dan IMAN bersatu akhirnya..Tamat...

Apa kena mengena cerita ni dengan filem 27 Dresses (lakonan Katherine Heigl & James Marsden) tu ye? Okay, bila aku tengok drama ni separuh jalan, secara otomatik aku terus dapat tangkap yang jalan cerita drama ni memang ada persamaan dengan jalan cerita filem 27 Dresses ni...emmm apakah??


#satu hari training...buat aku stress sebab takleh BW... ^ ^

Ada SESUATU dari Korea..

Entry ni untuk Mr Orga & wife.

Terima benda ni Jumaat lepas, dapat dua ketul sebab lagi satu Irfa punya. Kitorang pakai address yang same so senang la nak pos..terima kasih daun keladi untuk blogger Skampung..

Suka baca belog beliau sebab dia cite pasal pengalaman pergi holiday kat Korea baru2 ni, so disebabkan aku memang dah lama berangan nak pegi sana so haruslah aku baca & khatam belog ni. Mana tau boleh buat rujukan satu hari nanti.



#teruja sebab first time dapat sesuatu dari rakan2 blogger..hehe

Thursday, 11 April 2013

Jom Kita Mengundi..Ku pilih Malaysia..

Nampaknya ramai yang sudi join GA aku tu..heheh. Nanti aku announce sapa yang menang ehh..

Tadi adik aku kol, dia suruh check detail nanti aku mengundi kat mane, aku so bukak la website spr ni. Actually aku tak sempat nak daftar pun..tapi disebabkan aku ada apply br1m aritu, so secara otomatik nama aku didaftarkan, baguslah..terima kasih spr untuk jasa baik anda..


Kebetulan aku memang dah plan nak balik kampung awal May tu maybe Rabu kot sebab hari tu public holiday so sambung aku plan cuti sampai isnin or selasa..tengok la camane nanti. 

Lagipun aku nak jugak tengok suasana hari mengundi tu camane maklum la first time kan..huhu

#undibiarlahrahsia ^ ^

Monday, 8 April 2013

15 perkara tentang ABPBH 2012..

Malam tadi layan ABPBH dengan budak2 rumah je, walaupun ade member awal2 dah mimpi sampai ke bintang. Aku suka tengok ABP ni sebab aku suka main teka-teka sapa yang menang dan masa ni jugak kita akan tau artis mana yang paling femes sebab anugerah ni untuk mereka yang popular bukan yang terbaik so kalau tak berapa best berlakon @ menyanyi tapi femes, tetap boleh menang jugak..


Yang best & yang tak best..

Penonton yang dok tepi stage tu yang terjerit-jerit macam kena histeria panggil nama artis tu mencacatkan suasana lah. Kenapa lah dorang buat macam tu..huh!!

Tema Ledakan Geometri tu mesti buat artis & pereka baju pening nak pakai baju camane, tu pasal ada yang pakai baju kotak2 macam baju tido tu...nama artis tetttt....biarlah rahsia...heheh

Penyampai yang kaku dan tanya soalan2 standard macam "Awak apa khabar? Cantik baju? Lama tak jumpa awak.." urghh bosannn...

Pemenang yang gelabah pastu cakap "tak sangka saya menang, speechless sangat..bla..bla..bla tapi last sekali lupa nak cakap terima kasih kat pengundi2 & peminat.

Nasib baik Aaron tak menang Anugerah Bintang Popular sebab bosan lah kalau dia menang lagi..dia dapat pelakon tv paling popular tu ok lah sebab cite Adam & Hawa pun meletop kan..rating naik. Next year bagi Adi Putra la pulak eh..

Bagi aku Jozan memang best tapi lagi bagus kalau Johan yang menang anugerah pelakon Komedi tu sebab dia lagi versatile, boleh buat macam2..tapi tulah peminat Zizan lagi rajin nak mengundi, peminat Johan rajin gelak je..hahah

Artis yang paling banyak menang anugerah adalah Zizan sebenarnya...hohoho

Paknil pengacara apa eh tahun lepas?? Lupa lak. Ingat dah bersara tapi rezeki dapat balik trofi Pengacara paling popular tu..tahniah paknil.

Ingat Yuna yang menang sebab aku peminat Yuna dan Najwa tapi Shila pun ok jugak.

Hafiz memang dalam target aku selain Aizat, tapi kalau Abg Nuar tercalon mesti dia yang menang kan..hehe

Kakak Fear Factor punya dressing...wow!!! Lady Gaga sangat..

Time Zarul perform, aku terus berangan masa zaman sekolah dulu. Sedap lagi sore dia kan, kenapa tak penah jumpa dia masa aku kat admin dulu? dia pakai uniform kerja mesti lagi ensem kowt..

Yang paling BEST bila Johan perform parodi lagu Sayang tu memang terbaiklah...lawak ke derr, kalah budak youtube tu..haha

Calon top 5 yang dapat undian paling tinggi adalah Aaron, Zizan, Sam, Neelofa dan sapa lagi sorang aku lupa lak..huhu.


Tapi yang super duper best ofcos la si SAM tu sebab dapat keta ni...untunglaa!!


#secara keseluruhan..aku bagi jula-juli bintang tiga..  ^ ^

Thursday, 4 April 2013

Resepi Sambal Tempoyak Goreng..

Wah!! Dah jadik belog resepi sekarang ni.. emmm..bajet macam sedap je ko masak kan??muahahaha

Okay, harini aku berkongsi resepi sambal tempoyak goreng. Aku buat sambal ni malam tadi. Resepi ni aku belajar dari Irfa , kalau tak sama dengan resepi kakak2 sekalian..anda sila jangan pelik tau..hehe


Cara-cara membuat Sambal Tempoyak Goreng

Bahan-bahan
Tempoyak (satu senduk)
Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing2)
Ikan bilis (segenggam)
Bawang Merah (sebijik)
Bawang putih (dua ulas)
Minyak masak

Cara-cara
Goreng ikan bilis tu dulu sampai masak & rangup.
Tumbuk bawang merah/putih dan cili padi.
Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Bila dah garing, kemudian masukkan satu senduk tempoyak.
Tunggu ia masak sehingga beberapa minit, kacau jangan sampai hangit.
Kemudian masukkan ikan bilis tadi
Kacau dan sebatikan tempoyak dan ikan bilis tu sehingga agak2 dah masak.

#kitorang makan dengan nasik panas je..semalam housemate makan siap bertambah2 nasik lagi..sedap kah??

Bila Seaweed Kolagen jadi Kerabu..

Sekarang ni kan bukan main ramai lagi orang nak makan seaweed kolagen tu sebab nak dapat kulit yang cantik, mulus dan gebu. Kat office ni ramai yang makan, siap wat agar2 berperisa lagi sebab nak bagi rasa sedap. Pastu ada jugak yang buat masker tempek kat muka. Irfa cakap kulit dia dah gebus dan lembap sekarang, untung tak payah beli produk T***ta...heheh
Seaweed kering
Tapi aku makan seaweed ni bila dah jadik kerabu je, aku dah try makan yang dorang buat rebus2 tu tapi tak boleh terima, rasa dia pelik. Hari ni akak opis bawak seaweed ni  tapi yang dah jadik kerabu . Aku pernah buat entry pasal ni dulu, tapi masa tu seaweed kolagen ni belum femes lagi & masa tu takde orang baca pon belog aku ni..haha.

Kalau rasa2 macam dah bosan makan macam tu, apa kata buat kerabu pulak macam gambar kat bawah ni.


Cara-cara membuat Kerabu Seaweed

Bahan-bahan
Seaweed @ rumpai laut (bersihkan)
Cili padi (ditumbuk)
Nenas (dipotong kecil2)
Sedikit Halia muda (dihiris halus)
Bunga Kantan (dihiris halus
Bawang Merah (dihiris halus)
Limau nipis (diperah)

Cara-cara
Campurkan je semua bahan diatas dan gaul. Sedia untuk dimakan.

*Seaweed kering - kena rendam dulu kemudian cuci sampai bersih, nanti kang tak lalu pulak nak makan
*Seaweed segar - cuci kemudian rebus..yang segar ni sedap rasa rangup..krup..krap..krup..krap..

#selamat mencuba

Wednesday, 3 April 2013

Ending Rindu Bertamu di Abu Dhabi..puas hati ke tidak??



Aku follow cite RBDAB ni tapi kadang2 tu miss jugak, tapi takpe tonton kan ada..heheh..
Okay, meh aku cite apa yang jadik semalam.

Firdaus (Fahrin Ahmad)
Faiz (Shah Jaszle)
Fariz (Aiman Hakim)
Fatin (Fouziah Ghous)
Fifi (Shatilla Melvin)

*Kalau perasan semuanya bermula dari huruf F kan..

Konfem la yang Firdaus tu anak luar nikah Salina & Hj Ilham, so Firdaus & Fifi tu adik beradik cuma berlainan ayah..patutlah nama Fi..Fi..jugak..hehe. Hj Ilham dah suruh Salina gugurkan kandungan tapi Salina tak sampai hati jadi dia tipu cakap dah gugur, dia berpakat dengan mak bidan. Lepas bersalin Salina tinggal kan baby (Firdaus) tu kat depan rumah Hj Ilham. Sebenarnya Salina dah taknak bukak cite lama tapi sebab Hj Ilham dah halau Firdaus so dia buat plan untuk jatuhkan Hj Ilham..(tak tau la betul ke tidak)

Faiz & Fifi meninggal sebab eksiden kereta. Tapi masa tengah nazak tu, Faiz sempat bagitau Hj Ilham yang Firdaus tak bersalah dan sebenarnya dia yang perangkap Firdaus dan Ain dulu. Hj Ilham menyesal dan terus sakit jantung tapi tak mati, dia masuk hospital je. Firdaus datang jumpa Hj Ilham dan mereka saling bermaaf-maafan..huhu

Firdaus kahwin jugak dengan Fatin akhirnya. Berbaloi la Fatin tunggu sampai 5 tahun. Adam tarik diri sebab dia tau Fatin masih cintakan Firdaus...kesian kat Adam...kenapa kau baik sangat hah????

Miera pulak balik Abu Dhabi, mungkin nak habiskan studi dulu pastu baru balik Malaysia kot. Fariz cakap kalau ada jodoh antara mereka tak akan kemana..

Happy ending untuk Firdaus dan Fatin...(sila tepuk tangan...hehehe)

#Cite melayu dah 2/3 kali habis tapi cite Cucu Menantu tu tak habis2 lagi..caner??

Tuesday, 2 April 2013

Review Novel & Drama :: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Sekarang ni dah jadik trend penerbit nak buat drama & filem yang diadaptasikan dari novel. Mungkin atas sebab yang kita sedia maklum yang banyak drama macam ni yang mendapat sambutan hangat di hati para penonton masa kini so rating mesti naik la mencanak2..tengok jelah drama Setia Hujung Nyawa tu dapat rating 4 juta kan masa episod akhir walaupun ending dia tak seberapa..huhu

Yang terbaru kat kat tv3 tu yang bertajuk Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Tiz Zaqyah & Izzue Islam. Cerita pasal perkahwinan terpaksa (jalan cite yang sepesen) antara Shafa Akira (Tiz) & Firash Arshad (Izzue) kerana mereka ditangkap dalam keadaan yang mencurigakan padahal itu semua salah faham sahaja.

Shafa dan Firash ni beza umur 4 tahun so maknanya dalam cerita ni watak Shafa lagi matang @ tua dari Firash. Shafa ni jugak adalah tunang kepada abang Firash iatu Farish (apesal lah nama korang seakan-akan haa..). So lepas kahwin tu bermula la konflik antara mereka sebab Firash taknak mengaku Shafa tu wife dia sebab dia masih lagi studi sedangkan Shafa dah kerja so dia malu la sebab kena kahwin dengan perempuan yang lagi tua dari dia. Sinopsis dari sini ..


Aku tak taulah drama ni copy paste semata-mata atau ada ubah sket2 untuk menyedapkan lagi cerita, sebab kadang2 feeling baca novel tak sama dengan feeling tengok drama ni sebabnya sedikit sebanyak kita mesti akan membanding2 kan watak mereka. Tapi sebenarnya baca novel lagi membuatkan kita beremosi dan lebih menjiwai sesuatu cerita. Aku tunggu housemate beli dulu novel sebab aku taknak beli lah..tengok tv takyah keluar duit..hehehe


#kenapa la Malaysia tak buat drama yang jalan cerita macam cite korea tu, walaupun tiap kali tengok mesti aku bengkek & geram je dengan watak2 tu tapi sebab jalan cerita yang berbeza2 buat aku jadik suka nak menengok cite korea..dah la dorang semua comel & ensem2.. OPPA =)

Monday, 1 April 2013

Gulai Tempoyak Udang..

Cerita pasal mak dah masuk entry ke 4...takpelah sempena hari jadi mak kan, so marilah kita buat entry banyak2 pasal mak kita dengan tajuk "Kenapa saya sayang mak saya"...haha...buleh gitu??

Mak datang sini naik keta abang so buleh la meng'upload beberapa barangan terkawal yang agak susah nak dapat kat sini seperti tempoyak, budu dan yang paling mahal sambal cili resepi mak. Aku dapat jugak sikit bekalan atas jasa baik irfa..jadi boleh la aku main masak2 kat rumah sewa nanti..hehe.

Mak cakap kalau datang naik bas atau keretapi, mak tak nak bawak barang ni semua lagipun kesian mak kena bersusah payah nak bawak naik turun bas nanti..kang tak pasal2 meletop pulak bekas tempoyak tu dalam bas tu nanti dek kerana kepanasan..haha

Tempoyak, budu cap **** & sambal
Bila dah ada semua bahan diatas, hari2 aku main masak2..senang je senduk, kacau, masak & rasa. Kalau takde sapa nak makan pun, takpe aku buleh je makan sorang2. Aku suka masak gulai tempoyak udang sebab aku buleh hirup kuah gulai tu macam hirup sup walaupun pedass sebab kesedapan gulai itu mengatasi segala-galanya..slurpp

Udang yang tak berapa nak harimau..
#terbaik dari ladang gandum mak jemah..

Nasi Kandar Lawood Nilai..

Hari ni masuk office dengan bersemangat sebab pakai baju baru. Aku cuti 4 hari semata-mata nak habiskan baki cuti tahun lepas tu. Actually plan asal nak balik kampung dengan adik aku en Sammy tu tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan maka terpaksalah kami batalkan hasrat murni tersebut, lagipun mak dah ada sini kan..cuma tak dapat jumpa ayah dengan adik jelah..tapi takpe insyaallah awal May kitorang balik ea..

Mula2 pegi beli tiket bas Transnasional dulu sebab mak cakap tak nak balik naik kapal..mak cakap penat sebab kampung & airport tu jauh...okay finee. Tiket ni untuk mak dan jugak anak dara Irfa tu..happy travelling yaa... ^ ^


Lepas tu aku bawak la mak pegi makan kat kedai yang dikatakan Best In Town iaitu Nasi Kandar Lawood Nilai. Actually kakak ipar dah bawak mak makan kat situ sehari sebelum tapi disebabkan kesedapan yang tak terhingga tu mak request lagi sekali nak makan repeat makan kat situ. Apa ada hal, memang aku pun dah lama tak makan situ...apalagi moh kitee..


Restoren Nasi Kandar Lawood ni terletak kt Taman Desa Cempaka, Nilai. Restoren ni memang femes sangat kat area Nilai, Sepang dan kawasan sewaktu dengannya. Nak pegi sini senang je cuba korang google map sebab aku tak reti nak bagi direction, yang aku tau kat situ ada sekolah rendah dan kedai dia bawah rumah flat. (walaupun dah 10 tahun dok Nilai)..huhu

Apa yang kami makan hari tu ye?

Okay ladies & gentlemen...dipersembahkan nasik kandar lauk ayam goreng yang marvellous itu dan telur ikan yang gedabak tu..tetiba pulak teringin nak makan bila dah sampai situ padahal ada banyak lagi lauk lain macam sotong, daging, hati, limpa, ikan..bla..bla..bla...

Menu ini didatangkan bersama sayur dan 03 jenis kuah kari yang dicampurkan bersama dalam satu pinggan..memang terbaek.




Okay...ni mak aku lagi sekali jadik model JJCM  kejap.. "Comey tak Kak Ton?? " heheh..


#mesti mak seronok kan datang sini kali ni..hahah