Friday, 28 June 2013

Terbang ke HCMC..

Akhirnya aku dapat jugak travel ke HCMC dengan Irfa pada jumaat lepas, dah dua kali pergi tapi asyik pergi dengan officemate je. So tiap kali bercerita dengan Irfa pasal kedai2 kat sana macam susah nak imagine sebab pandangan masing2 lain. Contoh macam aku datang dari kiri, dia datang dari kanan..so view berbezalah..


Plan asal kami memang nak naik flight pagi Jumaat tu tapi malangnya flight penuh so kami terpaksa naik next flight pada pukul 2.45 petang dan lebih mengujakan adalah kami terpaksa upgrade kepada BC disebabkan oleh seat EY dah penuh. Kurang la sikit bajet belanja shopping kat sana tu sebab kena bayar beza harga tiket BC & EY tu..huhu.


Sebelum ke gate kami singgah la kejap membuang masa kat kedai adik kami @ciksepet yang kerja kat kedai duty free tu. Actually aku selalu gaduh dengan dia tapi akan berbaik semula lepas 5 minit kemudian..biasalah adik beradik ni kan ibarat air dicincang takkan putus..hehe


"Berapa harga jam ni cik? Apa?? Mahalnya...sebulan gaji saya kot..huhu"

First time boarding sebagai penumpang Kelas Perniagaan katanya. Masuk lewat pun takpe mengikut keselesaan dan bagi la penumpang EY masuk dulu.

Duduk je terus bila cik pramugari bagi tuala hangat untuk kami lap2 ape yang patut..see terserlah keterujaan kami (sila lihat gambar dibawah sebagai bukti...haha)


Irfa dok seat lain so dia la yang amik gambar kami masa ni. Layan gambar dulu..jangan risau tak banyak pun, snap skali dua je..segan lak..hehe


Konon nak tengokmovie Giant & Jack Slayer, last2 skrin tu yang tengok aku tido...heheh


Pilih menu nasik sebab lapar laaa..

Lepas makan hidangan ni aku sempat la lelap kejap walaupun kapal sedikit goyang bila langgar awan. Yelah dah kul 3 petang kan memang time ngantuk pun..

Sampai je sana terus carik bas sebab nak jimat kan. Tambang hanya 5000VND saja ke pasar Ben Thanh tu. Total 25000VND untuk 03 orang plus dua bagasi. Duit kita dalam RM5 je kot. Kalau boleh bagi la genap2 sebab bila driver tu masukkan duit korang dalam mesin tiket tu nanti akan keluar baki dalam bentuk syiling..ka-ching..ka-ching. Pastu duit tak laku tau kat airport, so make sure kena pakai masa kat pasar nanti, contohnya macam beli air mineral nanti pakai la duit syiling tu..


Sir, i want to go this place Ben Thanh.. how much the ticket??..cewah speaking la sangat..


Perjalanan lebih kurang 30 minit kot sebab ini kan bus transit so konfem la banyak kali jugak berenti sepanjang jalan tu. Bas ni akan berhenti di Stesen Bas Ben Thanh so kita kena la jalan kaki sket untuk menyeberang bulatan kuda tu. Terkial2 jugak nak heret bagasi tu di tengah kesesakan jalan raya tapi dorang semua paham & bagi laluan kat pejalan kaki. So takde masalah okay..


Inilah bulatan kuda yang digembar-gemburkan itu..besar bulatan ni tau..

Kami memilih untuk menginap di hotel ni sebab review officemate konon bagus & murah. Tapi bagi kami...emmm ok lorr..biasa je. Kami ambik yang satu katil tapi extra sofa bed tu so muat-muat untuk kami bertiga. Irfa cakap better duduk hotel HP tu sebab lagi dekat dan mengadap Pasar Ben Thanh..takpe Irfa, next trip kita dok sana ye...hehe


Balik hotel untuk rehat2 dlu sebelum menerjah ke pasar malam Ben Thanh tu pulak carik apa yang patut.


Macam biasa pasar malam ni memang sesak tapi seronok sebab kita boleh jumpa rakyat Malaysia je kat sana. Masing2 bizi menyoping dan yang bestnya kita cakap je bahasa Melayu sebab peniaga kat sana semua paham & lagi satu boleh pakai RM sahaja. Aku tak tukar USD pun haritu, malas sebab semua kedai pun terima Ringgit, so watpe nak tukar.

Layan gambar pasar malam pulak.. baju raya renda tampal uolsss..meletopp!!


Tengah trend baju lace tampal ni kat sana tau. Harga kat sini murah giler..pilih je kaler feberet..


Tengoklah..ada lagi baju pesen ni...


Ni pulak kat dalam butik Aysah yang kat tepi Hotel Saigon Pink tu..selesa giler kedai tu rasa macam nak baring tido je..huhu.

Besoknya pagi2 dah keluar merayau kat pasar Ben Thanh sebab orang cakap kalau pergi awal2 mesti dapat murah sebab dorang punya pantang kalau tolak permintaan pelanggan..betul ke??


Banyak giler kasut wei...macam2 ada kasut sukan, kasut jalan & kasut blablalabla...


Setengah hari jugak kami dok dalam pasar tu, masing2 bizi nak bargain untuk dapat best price. Kami balik hotel pukul 11 pagi sebab nak checkout pastu nak terus pergi airport lah. Kalau ikut plan asal nak stay sana sampai petang & balik naik last flight pukul 7.35 malam tapi memandangkan duit pun dah tinggal saki baki dan barang pun penuh bag maka kami decide balik kapal pukul 4.40 petang.


Original perfume kereta, pakai je nenas & pandan..good idea tapi tak bersemutkah??


Bag besar pun takpe sebab kami entitle untuk 40kg sorang tau..

Lagi sekali balik pun terpaksa duduk Kelas Perniagaan tau..pehh..memang leisure giler trip kali ni..

Layan gambar makanan lagi ye..


Salad tu sedap sebab ada limau bali..


Sampai KLIA pukul 7.30 malam..ready to go back to my lovely home..yeahh!!


#Bila nak pergi lagi ye?? Kat opis ni dah macam pas baton je..tiap kali weekend mesti ada yang terbang kesana..buat bisnes sebelum raya mesti masyukk...

Wednesday, 26 June 2013

Tahniah Syura!!

Last year punya final Masterchef Selebriti Malaysia (musim pertama) aku tak dapat tengok langsung sampai sekarang. Aku tak ingat kenapa aku termiss siaran tu padahal aku ni memang antara ribuan peminat rancangan realiti masakan ni. Aku selalu camtu, follow bagai nak rak tapi bila final atau episod akhir selalu termiss..sakit pulak hati ni..huhh!!

So malam tadi memang aku nekad nak kena tengok jugak sebab apa yang ada malam tadi tu sedikit sebanyak ada jugak la yang kena mengena dengan tempat aku mencarik rezeki..hehehe. Dah lama nak post gambar ekslusif ni sebenarnya..#bajet hot sangat kan...kalau dapat ambik gambar dengan cikta takpe la jugak, ini setakat dengan bendera merah tu je ponn...hahaha


Ini pulak view dari tingkap opis aku..tempat dorang announce sapa yang menang. Masa ni sehari sebelum majlis tu kot..lupe arr..


Tahniah Syura & Celina sebab berjaya sampai ke final. Masing2 ada kelebihan dalam bidang masakan ni, contoh macam Celina pandai masak western & Syura pulak pandai masak masakan melayu. Actually Cikta pun okay jugak tapi nak wat camne takde rezeki nak ke final. Anyway, aku tengok kan Syura makin cantik kan sekarang..betul tak?? hehehe


Ni masa dorang bergambar dalam galley kapal A380 yang menjadi kebanggaan kompeni MAS bersama cik pramugari & pramugara yang bertugas masa tu..


Yeah!!! Dua tiket kelas perniagaan ke Paris, boleh bawak anak-anak sekali tak?? hehe


#baru aku tau dah tiga anak dia rupanya..tapi maintain je comel..

Monday, 24 June 2013

Ini Jerebu bukan Jelebu..

Teruk jugak ye musim jerebu sekarang ni sampai kan kerajaan umum semua sekolah di Selangor & KL terpaksa ditutup hari ni. Cuba korang tengok beza gambar kat bawah ni. Ini view dari tingkap opis aku sebelum & selepas. Tiada lagi langit biru seperti selalu..heheh


Oleh sebab demikian, kami terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai mask walaupun ketika berada dalam office..hehe


#Harap jerebu ni cepat lah baik..pedih mata laa..

Thursday, 20 June 2013

Dwihati (Aizat & Yuna)..

Sebagai salah seorang dari peminat kipas mati Aizat & Yuna (cehhh..poyo je...walhal tak pernah beli pun album dorang...hahaha) lagu baru yang dorang nyanyi duet bertajuk DWIHATI tu memang tersangatlah best & video klip dia memang cool gilerr...tak caya carik kat Youtube..sempoi sangat. Rasa macam citer Alice in Wonderland la pulak..hehe


Dwihati (Aizat & Yuna)

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya...ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya....ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La..la..la..laa..
La..la..la..laa...


#sejak upgrade software ni, tablet aku ni dah takleh nak screen shot...tensen mak..huhu

Tuesday, 18 June 2013

Eksiden lagi..huk alohh..

Panasss!!!!!!

Sejarah berulang kembali petang semalam. First time jadik masa raya puasa tahun lepas baca disini..

Semalam masa aku on the way balik kerja, macam biasa aku akan lalu jalan pekan tu. Plan nak singgah cuci keta dulu sebelum balik rumah sebab kesian kat cikviva dah lama tak pergi spa..debu dah setebal 5 inci dah..hehehe

Jalan tu agak bizi jugak la tapi aku dah ikut peraturan jalan raya yang ditetapkan. Sambil dengar lagu Putih-Putih Melati, aku pun bagi signal siap2 lepas tu ambik la line tengah..tengok jalan depan dan belah kanan dah clear aku pun terus la membelok..sekali kebabomm!!!! 

Ada satu motor dah hentam keta aku dari tepi sebelah kanan..dia cuba potong tapi nasib tak baik terus terlanggar keta aku..Ya Allah....Perasaan aku time tu terkejut sebab kena langgar, takut kena maki dengan budak motor tu & malu sebab boleh eksiden tengah jalan yang bizi tu..huhu

Mamat tu bangun terus alihkan motor dia ke tepi, aku pun sama sebab dah memblok jalanraya..kitorang park kat depan carwash untuk urusan seterusnya..u kiss u pay..heheh. Aku dah gigil dalam keta tu sebab takut. Tapi selepas berjaya tenangkan diri beberapa minit kemudian aku pun keluar & cite2 la sikit sementara tunggu abang aku datang.


Bumper plastik so tak pecah sebab dia langgar dari tepi..


Abang aku sembang2 dengan budak motor tu pastu siap bagi kad bagai. Mamat tu mengaku dan setuju nak tanggung kerosakan keta aku, so kena hantar bengkel pastu nanti claim balik kat dia..Alhamdulillah..

Lokasi : Simpang carwash
Waktu : 6 ptg (waktu Malaysia)
Mangsa : Kereta Viva & Motor (tak tau jenama)
Kerugian : Tak pasti (ketuk body, tukar tangki air wiper..blablabla)
Kesan : Terpaksa tumpang orang nak pergi keja pagi ni..huhuhu

#kena tengok kiri kanan dulu baru boleh melintas @ membelok okayy...

Monday, 10 June 2013

Hari Ahad yang indah...

Pagi2 abang aku miskol, aku abaikan saja sebab kalau penting dia akan kol balik kann..okehh

Pukul 11 dia kol lagi, kali ni aku jawab. Apa cer??

Bro  : Kat mana?
Aku : Umah..kenapa?
Bro  : Ada pg mana2 tak arini?
Aku : Emm..takde kot. Kenapa?
Bro  : Tolong jaga budak2 boleh? Kitorang kena keja ni. Tolong jaga kejap je dalam 2/3  jam..
Aku : Hurmmm...okay lorr

Aku pun setuju jadik kidsitter tapi dengan syarat hantar bebudak tu kat umah aku supaya senang sket aku nak monitor dorang. Dahlah aku baru je plan nak pergi lunch kat nasik Kandar Lawood dengan housemate jadi aku terpaksa lah bawak bebudak ni..nasib baik dorang semuanya GOOD.

#Tapi semalam jatuh saham la sebab nampak aku bawak anak2...hehehe

Kebetulan pulak adik lelaki aku kol ajak pergi makan nasik Kandar tu jugak..pucuk dicita ulam mendatang so dia yang belanja kitorang makan..Terima kasih Ichik..hehe.


#Actually takde la sampai tengah hari pun jadik kidsitter sebab lepas maghrib baru mak dorang datang ambik..sebab aku terrrbawak dorang balik umah Irfa semalam..hehe

Friday, 7 June 2013

10 Bulan, 3 Minggu, 100 Kawan..


Apa??? Dah nak setahun berblog, baru seratus orang je???? Iyolah..aku sedar belog aku tak best macam belog orang lain..huhu.. #sentap..

#Terima kasih kepada semua yang sudi singgah belog saya yang tak seberapa ni..^^

Monday, 3 June 2013

Entry pasal Kalori..

Assalamualaikumm...dah sarapan ke semua?? Harini aku puasa..alhamdulillah sedang cuba menghabiskan saki-baki hutang lama...huhu.

Cerita pasal makan ni, aku nak share satu pic yang boleh buat kita cakap OOOKAYY. Apalagi jom kite kira jumlah kalori dalam makanan seharian kita terutama sekali apa yang kita ambil untuk sarapan..


Agak kalau makan pizza ni, berapa pulak kalori dia ye??


#Makanlah untuk hidup..bukan hidup untuk makan..