Saturday, 17 August 2013

OST Ijab & Qabul :: Dengarlah Bintang Hatiku (Demeises)

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

(Chorus)

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu
Dan aku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Kerna ku tahu ragamu tak utuh

Ku terima kekuranganmu
Dan ku tak akan mengeluh
Kerna bagiku engkaulah nyawaku

Wednesday, 14 August 2013

Telemovie :: Satu Hari di Hari Raya..


Terlepas nak tengok citer ni masa raya haritu...maklumler bizi beraya katanya. Layan je full movie kat internet sambil makan nasik himpit & kuah kacang, rezeki tadi ada kawan bawak ke office. Terima kasih ye kak, besok bawak lagi tau..hehe

SATU HARI DI HARI RAYA....Ewahh macam lagu raya M.Nasir la pulak  "Satu hari di hari raya..dua hari pun hari raya...tiga hari pun hari raya...lalalala..."

PELAKON

Johan Asari
Emma Ma'embong
Linda Onn
Shamsul Ghau Ghau
Zarina Zainoordin (bukan Kak Long Teduhan Kasih ye..)

SINOPSIS

Cerita pasal pasangan muda Syafik (Johan Asari) & Dahlia (Emma Ma'embong) yang baru berkahwin yang masing2 kebetulan anak manja.Tapi dorang semua anak yatim dah dijaga oleh makcik & pakcik masing2 iaitu Paksu (Shamsul Ghau Ghau) & Maksu (Linda Onn)

Dorang asyik bergaduh disebabkan hal yang kecik contoh bila Dahlia masak tak sedap, terlepas waktu sahur, terlepas waktu berbuka, balik lambat tak bagitau. Tapi time tu just gaduh kecik je sehinggalah bekas tunang Syafik tu interframe nak kacau hubungan dorang. Tapi Mona (Zarina Zainoordin) ni takdela jahat mana pun, kacau2 gitu je...kira watak antagonis yang biasa je..

Bagi aku citer ni lawak dan tak stress pun, happy ending bila Maksu propose Paksu padahal di awal cerita tu maksu cukup menyampah dengan Paksu tapi terjatuh cinta pulak masa dorang berpakat nak baik kan hubungan Syafik &  Dahlia..

Yang best tu Maksu & Paksu konvoi bawak motor besar pastu siap ada pulak lagu background yang memang legend dan sesuai sangat dengan moto2 besar ni...lagu sapa lagi...lagu AWIE laaa

#Setia Hujung Nyawa Raya pun best jugak. Aku perasan dorang berlakon rumah yang sama dalam cerita SSID (Rumah TokWan). Alaa rumah kayu yang unik tu..kat area mane la agaknya rumah tu. Tapi kalau rumah papan kaler biru tu semua orang tau katne kann...ye tak??

CERITERA AIDILFITRI 2013 KAMI..

Raya Puasa tahun ni terasa sangat tak meriah sebab tak cukup korum. Abang & adik pompuan aku tak dapat cuti raya, maklumler deme tu keje shift.

IRFA memilih untuk beraya di kampung kebetulan pulak anak sulung dia kan ada kat sana. Kalaulah IRFA & family tak balik raya haritu memang konfem tak meriah sebab takde budak2. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran budak kecik baju pepel ni..mulut potpet-potpet..
 

Malam raya tu IRFA bizi buat kek, kuah kacang, gulai ayam blablabla...aku pulak bizi ngadap estro. Alaa..takpe, bukan selalu IRFA tu buat2 bizi camtu so aku bagi can la kat dia nak menunjukkan skill masterchef dia. Tapi aku bangun awal2 pagi siapkan sarapan, kemas bekas kuih, sediakan apa yang patut sebelum mak bising..hehe



Errr...satay tu hidangan malam esoknya...pagi raya tu just ada nasik himpit, kuah kacang & gulai kari ayam cicah ngan roti je. Tapi aku tak sempat rasa pun sebab aku ingat nak makan lepas balik solat raya tapi apakan daya takleh nak masuk dah. Mane taknya, banyak rumah yang aku pergi beraya masak nasik dagang lah, nasik lemak lah, satay lah..blablablabla...

Seperti tahun2 sebelum nya jugak, kami masih tak dapat berkumpul untuk bergambar bersama complete satu family..sebab susah sangat nak dapat kerjasama..huhu

#kami tak pernah berbaju raya sedondon..


Pegi solat raya dengan mak & si kakak je sebab Irfa kena jaga rumah.

Balik rumah layan tetamu yang datang..cewahh..tetamu biasa adalah bebudak jelah yang nak collect duit raya. Abam jadik tukang angkat air..


Dah agak lengang sikit, mak ajak pergi beraya rumah pakcik sebab kebetulan nenek duduk situ. Actually kitorang dah proposed kat mak supaya ambik je nenek duduk kat rumah kami tapi mak cakap nenek tak berapa sihat & lagi satu macam tak best la..nanti ape pulak kata sepupu-sepapat kitorang pulak kan, sukasuki ko je nak bawak nenek tu kehulu kehilir..huhu


Ehh...lupa la pulak nak ambik gambar nenek. Takpelah, nenek aku tak beraya pun sebab beliau pakai baju harian je..tak larat nak bangun..pening katanya..

Tetiba member skolah wassap ajak datang beraya kat rumah dia. Aku pun terus la memecut kesana pulak..
Dorang ni semua cikgu-cikgi..so aku jelah yang terkeluar carta...huhu..


Okay..tu jelah cerita aku untuk hari raya pertama..sambung besoklah untuk next entry..okbai

Monday, 5 August 2013

Zakat Fitrah 2013... Alhamdulillah..

Selesai sudah pembayaran zakat fitrah tahun ni. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi hamba mu ini rezeki yang seadanya..semoga zakat ini dapat membantu mereka2 yang memerlukan..Insya Allah.


#Adik aku cakap kalau kita sorang, seelok2nya kita bayarkan untuk dua orang, begitulah seterusnya..

Ketuk-Ketuk Ramadhan versi kami...


Salam Isnin semua..

Mesti ramai yang dah start cuti raya kan..tapi aku masih lagi keje untuk dua hari sampai besok. Malam besok insya Allah kami akan bertolak balik ke kampung halaman kami..yeehaa!!

Untuk perkongsian bersama, di sini aku nak tepek gambar lauk-pauk & juadah masa balik kampung berpuasa hari tu..selamat mencuci mata..

KERANG REBUS
(Yess!! Aku punye favourite...makan sekilo tak terasa weh)

MASAK LEMAK KETAM
(Bila dah dewasa ni barulah mak masak ketam ni...maybe sebab mahal kot...maklumlah anak ramai..hehe)

DAGING BAKAR
(Cicah dengan air asam or kicap sedap jugak nih)

GULAI TEMPOYAK AYAM
(Favourite dish request by adik aku)

IKAN KETUKA BAKAR
(Kali pertama aku tengok ikan ni...mati2 aku ingatkan ikan pari...huhu)

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
(Terhangat di pasaran nih...slurpp)

SINGGANG DAGING
(Dari masjid ni...ada majlis berbuka)

SUP AYAM
(Sup untuk bebudak je ni)

MURTABAK AYAM & DAGING
(Beli kat bazar je...femes kat pekan kg aku)

BUAH MELAKA @ KEKOH CHA
(Lain tempat lain nama)

NEKBAT
(Dessert tradisional yang diperbuat dari tepung beras dan telur)

AGAR-AGAR JAGUNG & BANDUNG
(Benda yang paling senang, sapa tak tau buat...tak taulah..huhu)

GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA
(Gulai ni mak masak untuk nenda ku yg tercinta)


#Sampai tiga menu untuk gulai tempoyak kan.....memang hantu tempoyak betul kami nih...haha

Friday, 2 August 2013

Setiap gambar ada cerita...

Ape kata raya kali ni kita pakat ambik gambar macam dorang kat bawah...terbaik kan. Balik kg haritu sempat jugak belek album lama, rasa macam nak pecah perut masing2 gelak sebab tengok gambar kami dulu2....banyak sangat kenangan. Setiap gambar ada cerita..

Tapi sekarang ni sejak wujudnya kamera digital, kita dah jarang antar kedai cuci gambar, simpan dalam album. Semua nya copy simpan dalam laptop & thumbdrive je. Penuh folder dengan pelbagai tajuk. Katakanlah semua gadjet tu corrupt, memang menangis tak berlagu jelah...huhu

Thursday, 1 August 2013

Balik KG :: Naik keretapi..

I'm back!!

Ini adalah sambungan entry Backpackers la konon.

Tren tu dijadualkan bertolak pukul 9.50 malam, balik keja tu aku terus je singgah bazar kejap. Aku tapau nasik kerabu siap2 sebab plan memang nak pergi berbuka kat rumah Irfa. Kami mintak tolong Irfa hantar kitorang kat stesen KTM Seremban malam tu.

Aku ingat nak pergi awal sket sebab nak tukar "tenket" (tiket) tu dari kelas ekonomi kepada kelas dua & satu tempat tidur. Tapi macam biasalah, kita hanya mampu merancang sebab akhirnya aku sampai kat stesen ktm pukul 9.30 malam..lagi 15 minit nak departure..huhu

tiket Keretapi Tanah Melayu
stesen Seremban ke Kuala Krai
 

Kami duduk asing sebab adik pompuan aku request tempat tido so dia kena duduk kat gerabak lain lah. Aku tak ambik kelas tempat tido tu sebab yang ada cuma katil atas sahaja, katil bawah semua dah sold out. Aku taknak sebab aku pernah ade pengalaman dok kat katil atas tu....fenin


adik2 aku yang tersayang
# tangandidadamatakeatas

melayan gadget untuk 'membunuh masa'

Aku pegi la melawat adik aku kat tren sebelah tu nak tengok keadaan dia..macam selesa je aku tengok semua orang kat dalam cabin tu sebab masing2 dah tarik langsir nak tido. Kitorang je yang dok bersembang kat situ..tapi aku takde dok lama2 kat situ sebab taknak mengganggu penumpang lain..kang tak pasal2 kena sound pulak..hehe



Kami sahur makan nasik belauk je, adik aku tapau masa tren transit kat Gemas. Tak sempat nak tapau siap2 sebab rushing giler petang tu. Yelah mane sempat balik keje tu nak masuk dapur sebab banyak benda nak kena settle sebelum nak tinggal rumah kan.. huhu





10 jam berlalu dengan jayanya...pejam celik...pejam celik. Yeyy!! Alhamdulillah kami sampai kat stesen keretapi pekan Kuala Krai tu tepat pukul 830 pagi..cayalah KTM!!

Kenapa aku cakap camtu, sebab selalunya berdasarkan pengalaman aku dan beberapa saksi utama yang pernah naik keretapi dari KL - K.Krai banyak kali jugak sampai lewat dalam pukul 10 pagi - 12 tgh hari.  Aku tak kata semua trip dorang tu akan lewat tapi selalunya macam tulah atau mungkin jugak nasib kami masa tu tak baiklah kot..huhu

Kitorang naik teksi je balik umah..caj rm20 satu keta, okla tu sebab dia hantar sampai depan rumah. Lega sangat dapat sampai kampung dengan selamat..alhamdulillah..

#Kalau orang tanya nak naik tren lagi ke tak pasni?? Aku akan jawab okay tapi make sure aku akan beli tiket untuk kelas yang ade katil bawah tu je...kelas lain..taknaktaknaktaknak....