Friday, 27 December 2013

OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta :: Taubat (Opick)

Sekarang aku dah terjebak pulak dengan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) yang diadaptasikan novel hasil karya penulis E-Man Sufi tu. Drama 60 episod ni di tayangkan kat estro. Tapi disebabkan rumah aku takde Mustika HD maka terpaksa la tonton online drama ni. Pelakon dia Sharnaaz Ahmad (Jebat Foo) & Nelydia Senrose (Hanna Mastura). Kisah seorang bekas gangster yang dah insaf dan kembali bertaubat dan dalam masa yang sama seorang cucu Tan Sri dah mula jatuh cinta padanya. Suka tengok watak gangster Jebat & watak gedik manja tapi comel Mastura tu yang tak putus asa berusaha nak dapatkan cinta Jebat.


 Taubat (Opick)

Wahai Tuhan...jauh sudah,
Lelah...kaki yang melangkah,
Aku hilang tanpa arah,
Rindu hati sinarmu,

Wahai tuhan aku lemah,
Hina berlumur noda,
Hapuskanlah terangilah,
Jiwa di hitam jalanku,

**Corus

Ampunkanlah aku,
Terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkau,
Sang Maha Pengampun Dosa,

Ya Rabbi...izinkanlah,
Aku kembali padamu,
Meski mungkin takkan sempurna,
Aku sebagai hambamu,

Ampunkanlah aku,
Terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkau,
Sang Maha Pengampun Dosa,
Berikanlah aku kesempatan waktu,

Aku ingin kembali,
Kembali kepadamu,
Dan mungkin tak layak,
Sujud padaMu,
Dan sungguh tak layak aku..

OST sebenar BKATC ni adalah lagu Salahkah (Hafiz & Rossa) tapi aku lagi suka lagu Taubat ni sebab aku rasa lagu ni sebab bagi aku ia lebih menyentuh kalbu..huhu

Thursday, 26 December 2013

Review Filem :: CINDERELLA versi 2013..

Aku ni sebenarnya bukan kaki wayang pun macam sesetengah orang tu sebab aku tengok wayang 3/4 kali je dalam setahun. Aku lagi suka tengok drama2 kat tv..sebab kat rumah kan boleh santai-santai sambil makan biskut cicah kopi..hehe. Tapi disebabkan semalam adik aku beria-ia mengajak tengok filem Cinderella 2013 lakonan Nelydia Senrose & Fizo Omar tu..aku layan jelah. Best jugak cite ni rupanya...hurmm


Aku dah lupa dah jalan cerita drama asal Cinderella (Ahmad Idham & Haliza Misbun) dulu tu. Yelah dah lama giler kan tahun 1998, masa tu aku sekolah rendah lagi...bajet mude weii..hahaha. Walaupun aku rasa tak sama sebijik jalan citer filem dengan drama asal tu tapi aku suka filem ni sebab aku suka si Nelydia tu..hehe.


Aku punya review..

Nurul (Nelydia Senrose) seorang jururawat desa yg tinggal dgn keluarga tirinya di sebuah pulau. Hidupnya agak sedih sebab dia dilayan macam org gaji je kat rumah tu. Nurul berkenalan dengan Salman (Fizo Omar) & Ray (Kamal Adli) yang kebetulan datang bercuti dan berkhemah di tepi pantai kat kg itu.

Suatu malam ketika hujan lebat, ibu dan adik tiri Nurul takde kat rumah. Abg tiri Nurul (Zamir) telah mencuba memperkosa Nurul. Nurul lari dan menyorok di dalam khemah Salman secara tidak sengaja. Zamir bengang dan mereport kepada tok imam yang Nurul & Salman berkhalwat.

Salman bengang bila dia terpaksa berkahwin dgn Nurul. Salman dan Ray anggap yang Nurul sengaja mengenakan mereka. Salman bawak Nurul balik ke rumahnya di bandar tapi dia tak mengaku yang mereka dah berkahwin dan hanya memperkenalkan Nurul sebagai jururawat peribadi untuk menjaga ayahnya (Datuk Jalaludin Hasan). 

Salman suka sangat mencarik salah Nurul dan selalu marah-marah. Mujurlah ada pembantu rumah aka makcik pengasuh (Fauziah Nawi) yang sangat baik dengan Nurul yang akan sentiasa mengbackup Nurul.

Salman & Ray adalah playboy yang selalu bertukar-tukar pasangan. Hidup mereka terlampau bebas & sosial. Dalam masa yg sama ayah Salman sebenarnya dah tahu status mereka dan dia juga tahu yang Nurul adalah perempuan yang baik. Tapi malangnya tak sempat ayah Salman nak memperbetulkan keadaan, tetiba pulak beliau diserang sakit jantung dan meninggal. 

Salman cuba untuk menerima Nurul sebagai sebahagian dari keluarganya. Dalam satu majlis, Salman bawak Nurul sebagai teman. Ray yang dah mabuk telah cuba mencabul Nurul, tapi sempat diselamatkan oleh Salman. Nurul sedih dan dia larik sampai tertanggal kasut tumit tingginya. Maka disitulah bermula kisah cinta antara Cinderella dan puteranya..cewah!!

Tapi ternyata langit tak selalunya cerah, kadang2 tu mendung, hujan dan banjir. Nurul telah disahkan mengandung tapi belum sempat nak bagitau Salman berita gembira tu, Zamir muncul dan membuat onar dengan mengaku yang Nurul dah mengandungkan anaknya...cissss

Tanpa usul periksa Salman halau Nurul keluar dari rumah dan menceraikan Nurul dengan talak satu. Nurul frust dan dia tinggal di rumah pusaka pembantu rumah Salman. Untuk lebih tragis, tetiba Salman telah disahkan mengidap HIV positif..haha..padan muka..

Ending dia mereka hidup bahagia bersama anak mereka...main kejar2 kat tepi pantai...hurmmm...

Tamat....

Adik aku bengang je sebab aku sibuk je nak citer kat dia jalan cerita filem ni masa dalam panggung tu. Padahal aku baca sinopsis je kat website, tapi aku konfiden cakap yang aku tau jalan citer filem ni dari A to Z. Disebabkan dia taknak dengar aku cerita, aku taip mesej kat hp pastu suruh dia baca. Pastu lagi hangin member sebab terpaksa baca, ingatkan ada mesej penting...hahahaha ...so sweet

Kita memang dijodohkan bersama..
Sehati serta sejiwa..
Walau esok atau akhir nanti..
Kita telah ditakdirkan bersama-sama..

Monday, 23 December 2013

CV Si Budak Kaca Mata..

Sapa ingat dulu ada grup nama Budak Kaca Mata?? Tak ingat?? Takpelah tak penting pun sebab aku cerita aku ni takde kena-mengena  pun dgn dorang...hehe. Aku cuma nak stori pasal Kaca Mata @ Spek Mata tu je..

Begini ceritanya...setelah berkurun tak tukar spek mata baru, akhirnya sabtu lepas aku buat jugak laa. Tu pun selepas aku tengok pakej spek mata Irfa tu nampak macam cantik je..cam comel je..cam murah je...jadik aku pun tumpanglah sekaki...heheh. 

Actually ni kedai feberet kami lah, kedai ni terletak kat tingkat satu dalam bangunan Aeon Seremban 2. Masa tu kedai ni ada buat promosi 50% off untuk mana-mana bingkai terpilih...apalagi jommm kita serbuuu.....

Bila staff tu check mata aku, so far dia cakap rabun aku sekarang takde banyak sangat beza pun dengan sebelum ni. Power spek aku tak tinggi mana pun padahal aku dah start pakai spek sejak aku darjah 4 lagi..dah lama kot. Alhamdulillah sebab aku rabun jauh je, jadik kalau dari jarak dekat aku nampak lah..


Irfa pilih frame yang bentuk dia lain sket dari yang biasa, maklumlah sejak terjebak dengan drama Korea ni, terus dia berkenan lak dengan frame spek yang macam yang kat dalam gambar atas ni. Tapi aku biasalah maintain dengan design frame yang lama sebab aku ni segan sket nak memulakan sesuatu yang baru, takut nanti takleh terima kutukan mahupun pujian...hehe


Cantik tak?? Walaupun tak branded macam spek orang lain tapi yang penting sesuai dengan muka & mata aku. Aku rasa aku memang takleh kalau tak pakai spek sebab ia dah macam sesuatu yang wajib dalam hidup walaupun aku dah hilang semua identiti tu kat IC baru & passport aku...grrrr.

Aku tak pernah pun try pakai lens sebab aku rasa macam takut nak buh lens tu mata..cam ngeri je aku rasa..huhu

Thursday, 19 December 2013

Nasi Lelapan & Kek Lapis Sarawak..

Rezeki lagi, alhamdulillah....ada sedikit kiriman dari MYY, Sarawak. Kebetulan ada sorang akak opismate ni pergi sana semalam atas urusan kerja. Jadi pihak disana mengirimkan sedikit buah tangan untuk kami & jugak aku..spesel tau...heheh

Nasi Lelapan


Sebenarnya, ni aku first time dengar nama Nasi Lelapan ni..heheh. Mula2 aku imagine nasik ni macam Nasi Ambeng tu, rupa-rupanya macam Nasi Ayam Penyet sebab ada ayam goreng, tempe goreng, tauhu goreng, ulam dan sambal belacan....ookayy. Tapi kan sambal belacan dia memang terbaekkkkkkkk.... sampai sekarang tangan aku bau belacan dia, harummm semerbak....heheh. 

Kek Lapis Sarawak


Yang speselnya sebab kek lapis semuanya aku punya...hehehe

Tuesday, 17 December 2013

KitKat & Bas Merah London..

Yeyy!! Pagi ni aku dapat souvenier tanda ingatan tulus ikhlas dari akak opis ni yang baru je balik dari holiday kat LHR & CDG. Dia bagi satu plastik suruh kitorang pilih, aku sebenarnya nak FM tapi disebabkan kelabu mata terus aku grab bas merah ni sebab warna dia kan menyerlah dari yang lain. Dahla FM tu limited takleh nak tukar dah..huhu. Apapun time kasih banyak2 ye kak..hehe


Thursday, 12 December 2013

MENARA PANDANG JAUH & DATARAN PUTRA, PUTRAJAYA..

Menara Pandang Jauh ni terletak dalam kawasan Taman Wetland, Putrajaya. Sebelum balik dari majlis BBQ tu kami sempat la menapak kesana. Disebabkan kurangnya stamina & dah lama tak bersenam, aku semput jugak nak meneruskan pendakian (cewah!!) untuk sampai ke atas..



Tengok tu adik aku dah pancit nak panjat tangga ni, padahal 3 tingkat je pun. Tulah time aku ajak berjogging banyak nau alasan..takde kasut la, penat lah..blablabla. Dear sis, pasni jom ler kite set hari pergi jogging boleh seround dua kat taman umah kita tu. Tapi yang tak bestnya belum start jogging dah request nak makan roti canai cheese kat kedai mamak tu..acaner??



Ni view dari atas menara ni. Tapi nampak hutan jelah..hehe. Kat sini aku rasa ramai jugak yang datang amik gambar outdoor wedding. Sebab masa kitorang nak balik tu ada satu kapel siap pakai baju kahwin & sorang jurugambar baru je sampai nak berposing kat situ. Mesti dorang tunggu kitorang balik dulu...heheh




Habis satu gulung kodak kot aku rasa dorang ni dok bergambar kat atas menara ni. Tapi sebabkan pakai kamera hp dan kamea digital je takpe. Amik je banyak2 lepas tu boleh delete kalau gambar tu tak berkenan di hati. Mula2 tengok gambar kita dulu, kalau okay kita simpan. Tapi kalau rasa muka kita buruk antara ramai2 tu, konfem kita delete..hahah



Dah turun tu aku belasah pulak pusing-pusing naik basikal. Irfa sewakan untuk kakak & abam tapi aku saja la test power..mane tau dah lupa naik basikal camane. Nak tengok boleh ke tak balance..hehe


Otw balik tu, dorang ajak aku singgah Alamanda pulak tapi aku rasa cam tak best je sebab dah busuk2 ni takkan nak pergi sana lak, pastu takde motip pulak tu. Kononnya saja nak merewang. Lagipun aku rasa macam jauh jugak aku nak pusing balik cari jalan ke Alamanda tu. Dah la aku blur je jalan area sini..

Last2 aku bawak dorang melepak kat Dataran Putra, ala yang bulatan kat masjid tu. Kat sini kalau weekend memang happening giler. Macam2 aktiviti ada kat sini. Abam & kakak request kat Irfa nak naik tricycle kot nama dia. Sewa dia RM10 untuk 15 minit.



Irfa & Ajaa dah ketiduran dalam keta sebab kepenatan. Ada hati tu nak pergi jalan-jalan Alamanda, baiklah balik je umah, boleh landing...hehe. Jangan marah sis. 

Tuesday, 10 December 2013

Ber BBQ di TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA..

Walaupun IRFA dah story pasal event ni, tapi aku tetap nak cite jugak nanti blog aku bersawang pulak kalau takde entri baru. Takkan nak tampal quote of day je hari-hari buat cover..heheh

Ekceli opis aku ada buat program BBQ santai di Taman Wetland, Putrajaya hari sabtu lepas dengan bayaran RM30 untuk bujang dan RM60 untuk satu family (maksima 6 orang). Bayaran RM10 untuk tambahan peserta. Jadi aku piker kalau aku sorang dah RM30, rugi tuh. Kalau camtu aku baik aku bawak Irfa dan konco-konconya, lagipun abam kan nak sunat besoknya tu. So, kena bagi la hati member tu happy sket. Kebetulan pulak, adik pompuan aku pun offday, so aku angkut lah dia sekali.
 

Kalau ikutkan map asal yang dorang kasik, Taman Wetland tu dekat dengan TAMAN BOTANI. Konfiden je kuar rumah pukul 8 pagi walhal aku sebagai ajk "terkejut" ni dorang suruh awal la & berkumpul kat sana pukul 8.30 sebelum staff lain datang.

Sekali aku dah sesat, GPS pun haram takleh pakai. Kami berpusing kat bulatan besar tu 2/3 kali jugak & akhirnya aku terpaksa kol salah sorang AJK yang lain. Dah dapat direction yang betul tapi nak dijadikan cerita sekali lagi kami terlajak masuk simpang lain..sudahnya aku tanya arah ke sana kat sorang brader ni kat Petronas. Tapi takpe sesekali bawak Irfa & family makan angin dulu pusing2 Putrajaya..ngeeee



Kami sampai sana kul 9 lebih. Masa tu dorang semua tengah sarapan. Ada nasik lemak, kuih-muih melayu, sandwich. Tapi aku makan ala kadar je sebab nak simpan ruang perut untuk makan kat tasik nanti. Kami naik tram yang pertama tapi sebelum ke pondok BBQ, drebar tram tu bawak kami pusing2 dalam taman tu.

Tapi disebabkan gerimis & hujan rintik2 jadik suasana agak tidak menyeronokkan. Apapun aku tetap bersyukur kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sedang ditimpa musibah banjir teruk sekarang ni..semoga mereka tabah.

Sebelum tram bergerak, kami sempat la berposing 4/5 keping gambar kat sini..



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke pondok BBQ tu. Jalan merentasi tasik / paya tu memang sesuai dilalui dengan tram je sebab kalau naik kereta macam leceh je sebab jalan berbatu. Tapi aku rasa tak semua kereta boleh masuk kesana kot, kena dapat kebenaran dulu. Sebab nanti merosakkan pemandangan...hehe
 

"Welcome to Taman Wetland, Putrajaya. Please enjoy the great view & also the food"





Kat area sini ada tiga bijik pondok BBQ, depan sket ada tandas, kalau perasan gambar tram atas ni yang macam rumah tu lah tandas dia..tapi yang tak best masa tu air slow la pulak. Kat sini tak disediakan surau, jadik kenalah bawak khemah kalau nak bersolat.


Sementara menunggu tram yang kedua, aku sempat lah menolong AJK lain mengemas pondok utama yang menempatkan barang makanan dan segala peralatan.





Okay, pada sesiapa yang tak tau BBQ kat sini tak pakai arang, tapi pakai dapur elektrik. Hanya perlu masukkan token untuk menyalakan api. Token tu boleh dibeli di kaunter utama.



Senangkan tak payah nak susah2 guna arang, cepat & bersih. Dah abis pakai nanti ada makcik cleaner tu datang bersihkan mesin ni. Terima kasih acik..

1 kali token untuk masa 14 minit. Aku kompius jugak mula2, masa tu dapur dah mati sebab masa dah tamat. So, dorang suruh aku masukkan token tu, aku pun masukkanlah, pelik kenapa pulak token ni jatuh balik, 4/5 kali jugak aku try. Rupanya token tu memang akan jatuh lepas mesin tu restart. So token tu kena guna balik bila dapur dah mati nanti...lorrr


Acara bakar-membakar pun bermula, aku tolong mana yang patut je. Aku cakap kat Irfa, takpe korang pergilah rehat..amik2 gambar dulu lagipun dorang kan tetamu. Nanti dah siap masak, aku panggil dorang. Cewah..tetiba baik pulak hati kann...



  
Untuk telematch pulak, tempat khas kat atas bukit belakang toilet tu ada kawasan lapang. Aku tolong AJK siapkan tempat game.



 


Pastu tetiba aku terjoin jugak game yang di panggil game Detektif Conan (ala game yang pesanan berbisik tu..). Team aku menang walaupun bila last sekali pesanan dah bertukar rupa.  Mana taknya dari kelapa parut terus jadik santan, masak lemak jadik nasik lemak. Maklumlah pesanan tu kan kena melalui pelbagai corong telinga..haruslah bunyi macam2...hehehe 


 

Medal yang disediakan oleh pihak committee, handmade uollsss. 


 

Game berenti rehat untuk memberi ruang kami menjamu selera dulu. Game seterusya disambung balik tapi dibuat dekat dengan pondok tu je. Game bebudak je pon, nak bergoyang Chicken Dance



Game yang diinspirasikan dari program realiti paling hot di Korea iaitu Running Man. Ingat tak yang dorang kena berjoget untuk menjatuhkan sticky notes kat badan dorang. Budak-budak ni bukan main seronok lagi bergoyang tak hengat dunia..

 

Ni pulak acara menghabiskan hadiah..lelong!! lelong!! lelong!!


 

Selesai semua aktiviti termasuk aktiviti yang paling disukai ramai & mendapat sambutan hangat di kalangan para ibu-ibu iaitu aktiviti menapau dan jugak kami gotong royong membersihkan kawasan untuk memastikan tiada pencemaran alam sekitar berlaku.


Tram pun sampai dalam pukul 4 petang, Irfa & budak2 aku biarkan naik dulu sebab abam cakap nak main basikal kat sana. Kami tunggulah tram seterusnya. Actually tram yang sama jugak akan patah balik ambik kitorang...mesti drebar tu boring je kena ulang alik..heheh


So far, bagi aku tempat ni bagus untuk aktiviti riadah bersama keluarga..betul!!