Friday, 3 January 2014

Cerita di Malam Tahun Baru..

Kejadian ni terjadi secara tak sengaja, kami sebenarnya dari Alamanda petang tu saja jalan2 cuci mata kat sana. Otw balik tu aku rasa macam nak pusing2 dataran dulu kononnya nak tengok orang. Memang takde niat nak singgah sebab aku tau mesti crowded giler sebab malam kan tu ade konsert di ambang tahun baru tu. Masa tu baru pukul 8.30 lah lebih kurang. Tak sangka pulak bila aku sampai sana tu, aku tengok line macam clear je, parking pun banyak. So kami pun drop la situ atas desakan adik aku..tapi aku dah bajet untuk mengelakkan kesesakan parking, jadi aku park dekat dengan jalan keluar, so nanti takdelah susah nak keluar...heheh

Firstime pergi tengok konsert sebenarnya, jadik tidak ku tahu yang sebegitu sesak bila konsert dah mula, aku rasa macam nak sound je dorang2 yang suka berdiri sampai menghalang pandangan kami yang tengah duduk tu, belum lagi campur dengan orang yang lalulalang kat sebelah aku. Ingat tu laluan pejalan kaki ke?? Grrr..


Rupanya sebelum konsert tu ada pelancaran Putrajaya Lighting Festival. Cantik sangat bila dorang buat show lampu kat bangunan Istana Kehakiman kat sebelah tu. Aku sebenarnya memang kagum giler dengan rekabentuk bangunan2 kerajaan kat Putrajaya tu..seriouss


Kitorang ni sebenarnya sedang menahan diri daripada terkucil dah time tu. Nak carik toilet tak tau kat mane dah..huhu. Aku ajak adik balik je lepas Jamal & M.Nasir tu nyanyi tapi dia nak tunggu Ella katanya. Aku piker kalau tunggu sampai habis show ni konfem20 la jalan jem. Malas aku lah. Setakat nak tengok bunga api, kat perumahan aku pun ada..


Pengacara konsert malam tu adalah FBI & Fafau. Aku tengok Fafau dari jarak dekat kan, kecik je tak macam kita tengok dia dalam tv tu. Ntah nape dorang suka cakap dia "drumstick". Aku tengok biasa je, kitorang lagi besar kot..hahah


Best tapi menyeksakan bila time nak balik tu sebab terpaksa mengharungi ribuan orang kat dataran tu. Yelah, show tengah on kami dah nak balik, jadik nasib la kena "tumpang lalu" ditengah2 ribuan khalayak tu. Nasib baik gelap, kalau siang konfem aku stay je sampai habis konsert, malu kot..

18 comments:

  1. Replies
    1. Nurzakiah,
      Seronok..seronok..seronok..tapi taknak pg dah pasni...huhu

      Delete
  2. JM tgk bunga api tu dalam TV je..mmg meriah tgk...tgk live lagi best ye dok tapi malas nk himpit2 ngan org

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Umah dekat pjaya kan?? tengok bunga api kat balkoni jelah kan...hehe

      Delete
  3. ooooo gitu kisahnya
    i is dah lama x tgk konsert
    kat rumah pun ada konsert,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      hukhukhuk...seumur hidup aku ini yang pertama...lalalalaa

      Delete
  4. FBI ada? Wah rindu nya kat dia. Aku suka tengok Fafau dalam Karot Komedia itu hari. Comel aje pakai kebaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      Haa..ye, aku pun tgk Fafau dlm KK tu, kemain lagi ng Pakyus..feminin sgt dia time tu...hahaa

      Delete
  5. org lain sambut new year tgk bunga api weols sedap je tido kat uma..haha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. KakNieda,
      Selamat Tahun Baru 2014 kak...smga ceria2 selalu..

      Delete
  7. Replies
    1. Mimi Azirah,
      Itu ler pasal...tetiba carik pasal lak kat sana..takde angin takde ribut...huhuh

      Delete
  8. dah 43 th hidup..tak pernah sambut th baru hehe...kul 12 tu dah 2 episod bermimpi dah..anak2? jgn harap nak keluar rumah...sambut depan tv ja la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Kamsiah,
      Yess..tu lagi double thorrbaik kak..tak elok bawak budak2 & anak bujang bersesak kat sini..sy pon ntah camane leh tersesat pon taktau..hehehe

      Delete
  9. masa new year celebrate sorang2 kat rumah je..hehe
    mls nak kuar..jalan jem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nick Nashram,
      Laa..yeke?? baiknya teacher nih...heheh

      Delete

Have a nice day... ☺