Monday, 13 January 2014

Tayar Meletop..hati-hati

Semalam aku follow akak2 opis pergi GM Klang. Plan asal nak pergi besok sebab public holiday, sekali kononnya masing2 dah tak dapat menahan perasaan nak kesana tu, jadi tukar tarikh kepada Ahad semalam. Last minit kakak yg dah selalu pegi yang kami lantik sebagai penunjuk jalan tu tetiba pulak tak dapat join sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Maka kami berempat tetap gigih meneruskan misi kesana walaupun dengan hanya menggunakan kuasa GPS..

Kami memilih untuk guna jalan Nilai-Banting sebab akak tu cakap senang lalu sana takde tol. GPS pun cakap benda yang sama..turn left..turn right. Masing2 ceria sebab dah nampak dari jauh sebesar2 signboard GM Klang tu. Tetiba2 masa lalu depan Aeon Bukit Tinggi yang sebesar alam tu, sekali kami dengar bunyi benda meletop..kebabomm...Apakah??

Keta mula goyang, cepat kakak yang drive tu slow2 berhenti tepi pembahagi jalan betul2 depan Aeon Bukit Tinggi yang sebelum trafik light u-turn tu.


Rupa-rupanya tayar belakang  keta yang sebelah kanan tu dah meletop. Tayar tu dah pecah dah terbelah, gara2 tayar bengkak. Cer check tayar kereta anda, ada tak yang kes bengkak gitu. Mekanik pernah cakap kalau tayar bengkak tu sebab dah expired, jadik kenala cepat2 tukar..bahaya..

Sementara tunggu bantuan, kami dah macam udang bakar dah kat situ sebab sampai 03 jam menunggu. Selepas sejam pertama  menunggu, akhirnya pihak insurans hantar sorang mekanik konon nak betulkan tapi boleh pulak dia datang tapi tak bawak peralatan yang sepatutnya walhal akak tu dah bagi semua info. Dia cakap takleh buat sebab jek kecik, pastu keta besar..blablabla..

Jam kedua, akak yg lagi sorang ni pergi carik bantuan kat mana2 workshop terdekat sebab kami dah buntu. Aku & akak driver tunggu je kat kereta, tetiba ada sorang brader ni berenti nak menolong. Alhamdulillah.. dia try jek keta tu sampai terangkat. Laa..boleh la pulak, bistu apasal mekanik tadi cakap tak boleh?? Grrrr...bikin panas betul..

Gigihlah brader tu cuba nak keluarkan tayar spare kat belah bawah keta tapi malangnya gagal  Kebetulan pulak akak yang pergi carik workshop tadi sampai kat kawasan kejadian dengan sorang mekanik. Sebenarnya mana boleh keluarkan tayar spare camtu je, kenalah ada alat untuk bukak skru dulu. Brader tadi dah surrender sebab ada yang lebih pakar datang menolong. Apapon terima kasih byk2 sebab sudi tolong kami...


Kalau sapa2 ada yang ternampak kami semalam tu, harap maaf ye jika mengganggu lalu lintas anda..benda nak jadik sapa tau..inilah yang dikatakan malang tak berbau..huhu

Inilah rupa tayar yang pecah tu...scary bukan?? Aku terus insaf, dan-dan nak balik umah check tayar keta, risau kot jadik benda yang sama. Dahla keta aku kecik comel je..mesti hilang kawalan.


Dah siap tukar tayar spare, kami gerak ke kedai tayar pulak untuk double check. Alang2 dah kat sana akak tu terus tukar tayar lain, tapi ambik yang secondhand jelah dulu. Tak semena2 terbang RM100 untuk tragedi pagi tu..hehe.

Alang2 menyeluk pekasam, misi mesti diteruskan jugak. Kami langsung bergerak ke GM Klang tu. Dekat je dari Aeon Bukit Tinggi tu, dua kali roundabout dah sampai..

Ni diaa...sampai dahh


Berapa tingkat pun aku tak sempat nak kira dah, jalan je, masuk lorong ni, masuk lorong tu. Last sekali baru aku sedar yang aku tak beli apa2 pun, sebab aku bayangkan tempat ni ada banyak kedai jual baju kurung & blouse, tu yang bila dah jumpa kedai, takde saiz pulak, tak berkenan pulak..huhu..

Kat sini yang banyak jual pada pandangan mata aku adalah seperti baju budak, handbag, tudung, baju lelaki, baju muda-mudi, baju akak-akak & macam2 lagi. Banyak sangat kedai sampai sakit aku jalan dah. Yelah, nama pun pusat pemborong kan, kalau nak dapat harga murah kenalah beli borong.


Dorang pun takdelah banyak memborong pun sebab katanya ni baru sesi perkenalan, mungkin dorang nak datang lagi kot pasni. Aku rasa aku takdelah sempat menjelajah ke seluruh pelusuk GM ni pun sebab dah penat sangat dengan kejadian tayar meletop tu. Jadi mood dah kurang..heheh

18 comments:

  1. oh gitu kisahnya
    sib baik bukan tayar viva..

    baju akak2 macam maa ye?
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      Alhamdulillah..sesungguhnya Allah tu maha mengasihani hamba yg serba kekurangan ini...huhu
      Baju akak2 tu macam baju blouse bunga2 pastu kain lycra..buleh?? hehhe

      Delete
  2. hoho bahaya betul...seriau plak bila tgk tayar pecah smp mcm tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mime MF,
      Sangat bahaya rupanya bila tau efek kalau tayar dh bengkak, kita ni selagi tak haus bunga takde nak tukar baru pun..huhu

      Delete
  3. Replies
    1. Nurzakiah Hanum,
      Tulah, alhamdulillah takde apa2..

      Delete
  4. bahayanya... itu jg terjadi masa saya di Sabah.. kereta sewa tu tayar pecah.. alhamdulillah tak ada apa kejadian yang tak diingini berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZazaMyMoon,
      Yeke? Sama lah tu perasaan kta masa tu..takut kan, kawan ckp kalau tayar depan yang pecah lagi bahaya..boleh hilang kawalan..

      Delete
  5. huhuhu..sib baik xde ape2 selain jadi udang bakar...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nolyzulkeply,
      Heheh...tak pasal2 jadik udam bakar haritu..perut pun dah lapar..

      Delete
  6. Alhamdulillah. Itu kira pengalaman tau tu. Berharga.

    Kena belajar cara tukar tayar la lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      Syukur takde pape...pasni nak kena amik kelas tukar tayar kah?? hahaha

      Delete
  7. ee..seram dengar..selalu nak kete check angin jarang nk check tayar gelembung atau bunga tanya makin nipis..setahu JM jangka hayar tayar less than 4 years..pastu dh kena tukar...klau canmi PM pun perlu be carefull jgk lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Keta sy baru nk masuk 4 tahun tapi dah byk kali tukar dah..crack lah, hauslah...blablabla..tapi kalau time sesak tapi dah terdesak, terpaksa lah jugak tukar tayar secondhand...heheheh

      Delete
  8. ya Allah teruk nya tayar tu
    sib baik xde pape
    k.le pun tau naik kete je..bab2 tukar kete ke ape ke mmg fail

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakEL,
      Sesungguhnya kebanyakan pompuan semua tahu naik je, isi myk pon kadang2 suh budak pam yg buat..nak isi angin pg kedai je..huhu

      Delete
  9. Hujahan sebelum nak sampai GM klang tu Cv hehe...sabar je le...yg penting sampaikan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Hainom OKje,
      Memang pun..menguji kesabaran betul time tu..berjemur kat tengah panas..huhu

      Delete

Have a nice day... ☺