Friday, 21 February 2014

Resepi PANCAKE MANIS..

Harini ada kelas masak masak Pancake. Resepi dari intenet tapi tak tau dari blog mana, maafkan saya sebab akak tu dah lupa mana dia ambik..huhu. Jadi tugas macam biasa kena beli bahan je, pastu dorang la masak. Nama Pancake ni omputeh sangat, kalau melayu panggil lempeng je..


Bahan-bahan
  • 3/4 cawan susu segar (campur 2 sudu besar cuka makan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar butter (yang telah dicairkan)
  • 1 biji telur
Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan seperti tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat & garam.
  2. Kemudian campurkan butter, telur & susu dan pukul sedikit supaya sebati.
  3. Campurkan kedalam adunan tepung tadi & gaul sehingga sebati.
  4. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat ataupun terlalu cair.
  5. Kemudian tuangkan ke atas kuali non stick atau apa2 jenis kuali yang tak melekat.
  6. Bila sudah masak, hidangkan mengikut citarasa masing
Kami sapu penkek tu dengan butter, jem stroberi & kaya je pastu lipat. Tapi sekali tengok penkek tu dah jadik macam apam balik daa...hahahah


Selamat mencuba =)

Thursday, 13 February 2014

Majlis Tahlil & Kenduri Doa Selamat..

Bersempena dengan mendoakan kesejahteraan kami semua, mendoakan kesihatan ahli keluarga staff yg kini masih berada dalam wad, mendoakan keberangkatan staff yang akan menunaikan & juga yang baru sudah selesai mengerjakan umrah, maka kenduri doa selamat & bacaan tahlil diadakan harini dengan sempurna. Dengan izin ALLAH, semoga apa yang kita doakan akan termakbul..aminn