Tuesday, 4 February 2014

Monopod vs GoPro kamera..

Perasan tak sekarang ramai orang amik gambar sambil pegang monopod. Sapa yang tak tau apa benda monopod tu, ia adalah sejenis pemegang untuk gajet seperti kamera, video camera. Alaa..monopod ni macam tripod la jugak tapi monopod ni sebatang je. Boleh adjust dia punya panjang tu, jadi ia biasanya digunakan untuk mengambil gambar berdua atau beramai-ramai..

Kenapa ye? Sebabnya nak kalau ambik gambar pakai monopod ni dah tak payah2 nak mintak tolong orang amikkan..boleh amik sendiri. Contohnya macam ni mereka bertiga ni..


Tapi aku tengok camera camni kalau jenis yang GoPro punya mahal jugak tu..seribu lebih harga dia. Tapi gambar dia smart lah kot..tengok artis ramai pakai camera GoPro nih. Aku tak mampu lah nk beli camera cenggini, cukuplah sekadar kamera digital kaler pink aku tu..bagi aku dah cukup clear dah kalau pandai setting..heheh


Inilah dia kamera GoPro tu, yang kat bawah ni bila dah dipasangkan kat monopod tu.


Bila aku google kat IG (sekarang ni aku google especially barang lah kat Instagram je...heheh) so, jumpa lah sesuatu yang dinamakan monopod yang ada holder yang boleh letak handphone yang bersaiz Note ke bawah sahaja. Kalau agak2 sapa yang pakai tablet tu, kirim salam jelah ye..huhu.

Kalau nak ambik gambar pakai monopod ni ada dua cara lah, pertama setting pakai self timer & lagi satu kena klik pakai shutter yang kita kena sambung kat handphone tu. Shutter tu biasanya jual asing..tapi jangan risau kat IG berlambak orang jual. Harga monopod dalam lingkungan Rm60-70 je. Oklah kan..dah ambik gambar tu leh terus upload.



Memandangkan aku belum mampu nak beli Note 3, (tengah simpan duit ni singgit sehari) aku ingat nak beli je monopod ni buat standby, lagipun aku rasa boleh pakai kat kamera pink aku tu.....hahaha buleh tak???

26 comments:

  1. Replies
    1. syawalsimpsons,
      Macam2 pesen dah skang ni..dlu musim kamera dslr..semua nak beli dslr tu..penah la masuk dalam wishlist sy..heheh

      Delete
    2. CV, masuk wishlist tapi jadi sambar tak?

      Delete
  2. ritu ada gak tgk sorg blogger ni pakai monopod
    teringin gak nak beli satu
    iols pun pakai note gak
    yelah cam monopod ni berguna gak nak tangkap2 gambor
    lau berdua ke ngan family ke kan
    tgklah caner..tgk bajet dulu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakEL,
      Betul tu, untuk family lau pg holiday sesuai ni..so takdelah bila ambik gambar tu tak cukup ahli...sy dah order dah...delivery harini..heheh

      Delete
  3. Wah menarik ni...selalu dgr Tripod je...leh la cari satu..kiranya kalau JM nk connect ngan Lumix Camera boleh lah eh..GoPro tu herga beribu tapi mesti lebih murah dari Canon dan Nikon kan..kalau rega RM2k++ mmg tak mampu..pastu tak pandai nk guna..nk snap gambar pun amatuer je huhuhhu bukan pro pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Boleh rasanya..sebab dia macam tripod gak function dia..JM mesti dah ada dslr kan..dah okay la tu..

      Delete
  4. menarikler tu... tapi akakni tak berapa pandai teknologini.. kalau berbaloi belinyer ok gaktu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KChozila,
      Boleh ni kak, bg anak2 pakai...dorang mesti cepat belajar..heheh

      Delete
  5. EMM BELI JGN TAK BELI
    PERSIAPAN UTK TRIP ISTANBUL ;)

    ReplyDelete
  6. mula2 tengok orang pakai, macam batang galah galah apakah ? teruk betul akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. KNieda,
      Mula2 nampak cam over tapi bila dah ramai pakai..cam ok pulak..hehhehe

      Delete
  7. Ishhh tetibe mcm menarik jer..tetibe mcm nak beli jd monopod tuh..;))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falsya,
      Beli lah satu...senang nak amik gambar ramai2..

      Delete
  8. Best ni cik viva kalau dapat satu. Jarang2 dapat bergambar berdua sebab 2 Abdul selalu hilang bila kita nak suruh dia tolong ambilkan gambar mak oak dia, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anim,
      Tulah, kdg segan nk mintak org tlg amikkan pic kita...ni lah dia jln penyelesaian utk masalah tu..hehee

      Delete
  9. monopod ni selain jual online , ade ke jual kat mane2 ? macam kat kedai gambar ke ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aimi,
      Boleh je tp kena rajin turun bazar sale lah...ramai online shop y join. Mcm2 benda yg jual online tu ada kt sna..lg best sbb leh cod n harga promosi..

      Delete
    2. Saya ada jual monopod online dan offline. Boleh ke page saya di FB Kedai Selfie Online. =)

      Delete
  10. Boleh guna pakai camera even dslr. Hihihi. Dah pernah cuba pakai dslr. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. NurFatihah,
      Boleh tu boleh tapi takut tak dapat menampung je keberatan dslr tu..sbb letak hp yg saiz besar sket pon dah seriau tgk batang monopod tu..

      Delete
  11. Singgah entry sini... go pro mmg bgs..tp skrg go pro dah ada yg murah..hihi..btw follow blog awak.. nt singgah blig kt taw...

    Http://aisyahambris.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Perasan tak sekarang ramai orang amik gambar sambil pegang monopod. Sapa yang tak tau apa benda monopod tu, ia adalah sejenis ... gopromonopod.blogspot.com

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺