Friday, 21 February 2014

Resepi PANCAKE MANIS..

Harini ada kelas masak masak Pancake. Resepi dari intenet tapi tak tau dari blog mana, maafkan saya sebab akak tu dah lupa mana dia ambik..huhu. Jadi tugas macam biasa kena beli bahan je, pastu dorang la masak. Nama Pancake ni omputeh sangat, kalau melayu panggil lempeng je..


Bahan-bahan
  • 3/4 cawan susu segar (campur 2 sudu besar cuka makan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak manis lagi)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar butter (yang telah dicairkan)
  • 1 biji telur
Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan seperti tepung, gula, baking powder, soda bikarbonat & garam.
  2. Kemudian campurkan butter, telur & susu dan pukul sedikit supaya sebati.
  3. Campurkan kedalam adunan tepung tadi & gaul sehingga sebati.
  4. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat ataupun terlalu cair.
  5. Kemudian tuangkan ke atas kuali non stick atau apa2 jenis kuali yang tak melekat.
  6. Bila sudah masak, hidangkan mengikut citarasa masing
Kami sapu penkek tu dengan butter, jem stroberi & kaya je pastu lipat. Tapi sekali tengok penkek tu dah jadik macam apam balik daa...hahahah


Selamat mencuba =)

30 comments:

  1. leh wat booth pancake kat ofis uols hahahaha
    iols x mkn pancake sgt..lau lempeng tu mkn lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakEL,
      Kat opis ni macam2 dah dorang masak, sampai kompius sy ni keje kat admin ke atau keje kat restoren..hahaha

      Delete
  2. pancake tu nipis kot. Biasa kan dia macam apam dorayaki tu. Eh akak nie..memandai jer kan. Walhal lempeng pun tak lepas lagi nak masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela,
      Tulah..kalau tengok pakcake mekdi tu cam gebu je, ni dah macam lempeng je..nipis..heheh

      Delete
  3. Lempeng atau pancake atau apam yang sedap adalah bila dimakan walaupun sudah sejuk ia tetap sedap dan tidak keras atau kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a,
      Betul tu, wpun dah lama masak tapi tetap lembut..

      Delete
  4. lempeng @ pankek ...bila mkan ramai2 habisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNieda,
      Tak sempat pun nak buat banyak2 sebab sekali masak angkat, sapu jem terus dimakan..huhu

      Delete
  5. kita nak makcek yg masakkan
    voleh gtu?

    ReplyDelete
  6. pancake versi omputeh x pandai nak buat.
    lempeng melayu bole la.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nick,
      Ehh..same je cara dia..bancuh, kacau, tuang dlm kuali...heheh

      Delete
  7. Replies
    1. Anum,
      Boleh sangat..tapi pakai tepung segera lagi senang...heheh

      Delete
  8. hehe tak payah google cik viva.. nak senang lagi pi beli je instant pancake kat supermarket.. balik bancuh je ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaza,
      Betul tu, tapi yang ni dorang extra rajin...semua nak try wat sendiri..kalau sy sama cam awk jugak, beli tepung segera..heheh

      Delete
  9. lempeng dgn sambal bilis!! sedappp ;p hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Alaaa...kita bukan masak lempeng la awk, kita masak pancake ni..hahaha

      Delete
  10. Replies
    1. Yui,
      Sedap sehingga menjilat jari tau... =)

      Delete
  11. lempeng manisss...sedap2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mime MF,
      Lempeng aka pancake manis..haha..pencerahan giteww..

      Delete
  12. HIHI,,main msk2 kat oips..y simple2 ok la.. blh buat sam2 kat ofis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LYA,
      Masalahnya dorang ni, bukan setakat masak y simple2 je..yang susah2 pun nak masak jugak..

      Delete
  13. dulu2 ingat cam susah je bt pancke nih siap beli yg segera... lps tu lahhh senang je rupenyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Norhidana,
      Sy pun tak penah masak pancake ni..kat sini pun tukang tengok je..tapi kalau lempeng sy taula..hehehe

      Delete
  14. asal jadi okey la tu. hehehe nampak dalam gamabr macam sodap yoh. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shasha,
      Ye..nampak je macam lempeng keras tapi lembut je rasa dia..gebu..

      Delete

Have a nice day... ☺