Thursday, 13 March 2014

Jerebu oh Jerebu..

Jerebu kembali setelah lama menyepi, aku ingat lagi aku penah buat entry pasal ni bulan June tahun lepas, tu pun selepas aku check balik entri lama2..heheh

Dulu jerebu teruk sangat sampai sekolah pun kena tutup sebab bahaya untuk pelajar2. Sekarang jerebu sebab banyak kawasan hutan, belukar, tanah gambut yang terbakar di musim kemarau ni. Bomba takleh relaks lah sekarang ni, ada je panggilan kecemasan...

Waktu pagi boleh tengok abu2 pembakaran hutan tu berterbangan & melekat kat body kereta sebabnya hutan kat area belakang perumahan aku semua dah habis dah terbakar..

Kemarau ni jugak menyebabkan berlakunya masalah kekurangan air, alhamdulillah taman perumahan aku tak termasuk dalam senarai taman2 yang terlibat dalam catuan air ni...syukurr


Pic ni aku sempat snap pukul 1 tengah hari tadi. Kalau bukak tingkap bau asap je. Hujan pun dah lama tak turun kat daerah aku ni..rindu pulak rasanya nak main hujan...heheh

Hujan oh hujan, kenapa engkau tak turun??
Macam mana aku nak turun, katak tak panggil aku...(kompius katak, akukah yg bersalah??? )

30 comments:

  1. mcm2 skun berlaku kat msia kan
    risau pun ada..kemarau dah masuk bulan 3..katanya bulan dpn baru ok
    hope krisis ni xdelah berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakEL,
      Malaysia sedang diduga..jerebu, kemarau & skarang paling hot #PrayforMH370.. Harap semua ujian ni berakhir..huhu

      Delete
  2. jg kesihatan..jgn lupa pakai mask.. cuaca mcm ni sgt xelok utk kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mizz Tina,
      Mask takde, so tutup hidung pakai tudung je..hehe. Takpe lagipun kita naik kereta, tak terdedah sgt..org naik moto sangatlah digalakkan pakai mask..

      Delete
  3. BETTERT DUDUK RUMAH KAN KALAU NK BUAT XTVT LUAR X BAGUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anum,
      Kalau nak jogging ke boleh, tapi kena pakai mask lah..tapi better dok umah layan tv..hehhe

      Delete
  4. bila jerebu, mask naik harga
    bila air takde, tong dan besen pun naik rega
    #prayfor MH370 dan semoga hujan turun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,
      Dah lumrah, so beli time murah utk standby bila dah terdesak..dh lama sgt tak hujan ni...kesian kat pokok2 tu..

      Delete
  5. Terkejut gak tengok dari petang semalam teruk sangat jerebu... sebabnya tengahari semalam keluar makan ngan kawan cuaca cerah... pastu keluar opis nak balik tetiba jer jerebu tebal melanda

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP,
      Skrang ni kalau sy jenguk kat luar tak nampak apa dah..kargo2 smua dah terlindung di balik jerebu itu..makin petang makin kuat jerebu kt sini..

      Delete
  6. kebaran byk , tersilap sikit terbakar...Bomba ada on duty berhari2 tak balik rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakNieda,
      Kadang tu bukan sbb kemarau je kawasan hutan terbakar tapi ada jugak yg tercampak buang puting rokok kat tepi jalan tu..bahaya sebenarnya..bleh mengakibatkan kebakaran jugak..

      Delete
  7. dek kerana jerebu batuk dah 2mggu tak lega2 T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Yeke, minum byk air suam lah..smga cepat baik ye..

      Delete
  8. takde yg nak panggil bomoh hujan ke hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Kamsiah,
      Tak taulah kak mana nak carik, tapi kalau bomoh "bubu" & "tikar terbang" ada kat airport haritu...heheh

      Delete
  9. tempat akak nih rasanyer dh sama teruk mcm jerebu thn lps dik... dh tak nampak dh bangunan depan nih... kalu dpt cuti seronok gk lepak umah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.Norhidana,
      Tulah, makin petang, makin kuat pulak jerebu kat luar tu..sampaikan kat dalam opis pun jerebu jugak..nampak berkabus je..

      Delete
  10. kat penang ni tak jerebu.tapi panas la cuaca...cuma sekarang ni je macam nak hujan je.mintak2 la hujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana,
      Sini jerebu teruk, pg td pun dgr berita kt Klang dh ada skolah yg tutup sebab jerebu ni..harap sgt hujan turun skarang ni..

      Delete
  11. Apapun yg berlaku kita wajar juga bersyukur. Anggap ini ujian dariNya. Yang penting jaga kesihatan banyak minum air dan pakai topeng jika perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakAzieazah,
      Betul tu, musim ni mmg kena minum air banyak2..

      Delete
  12. Cv kesian msiaskrg dh la ada kawasan perlu catu air hujan kurang pastu jerebu plak sbb kemarau then mudah terbakarkan ya allah tlglah kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Rasanya kalau hujan turun semua okay kot, inshaaALLAH..

      Delete
  13. ni pun dah mula kelabu asap semula ni . cahaya matahari pun dah hilang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qaseh,
      Hujan sudah mula turun weekend haritu, alhamdulillah..jerebu makin baik..

      Delete
  14. lega semalam hujan sepanjang hari kan...tapi arini akak gi keje tetap jerebu gak..... hope cepat la musim kemarau berakhir.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLieya,
      Alhamdulillah...semalam dah hujan, harini matahari memancorr & langit membiru..syukurr

      Delete
  15. Mata pun sampai pedih! nasib baik hujan semalaman. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZilaZainal,
      Semalam tengah hari hujan turun dengan selebat-lebatnya..habis kuyup sy nak masuk opis, kebetulan kluar tgh hari tu..mujurlah ada jugak payung sesat dalam keta..heheh

      Delete

Have a nice day... ☺