Thursday, 24 April 2014

Rezeki untuk dikongsi...

Hari isnin lepas terima sekeping cek dari takaful, sebab aku tak claim apa2 tahun lepas untuk insuran kereta. Takde lah banyak sampai ratusan atau ribuan pun, tapi hanya berjumlah RM74.33... alhamdulillah.

Aku ingat tak dapat da cek ni sebab ada lah kes 2/3 minggu lepas, bila hujan sangat lebat pakej sekali dengan angin, segala surat-suratan habis diterbangkan angin pastu lunyai kena air & masuk longkang. Contohnya macam kes surat poslaju haritu yang aku terjumpa kat bawah kereta member tapi surat tu dah takde rupa surat dah..tulisan semua hilang sebab dah kembang kena air hujan..huhuuu


Semalam aku check dah masuk duitnya, oklah kan, duit blogging aku pun takde banyak camni...heheh. Pastu nak di jadikan cerita, masa kat parking petang semalam aku terperasan tayar keta depan sebelah driver dah crack...pulak dahh   >_<


Ni kalau aku tak tau dah crack camni, selamba je aku bawak & pecut laju cam biasa. Tapi bila dah tau tetiba rasa kecut perut pulak nak drive balik rumah semalam walaupun rumah sekangkang kera je. Jadi aku ambik keputusan singgah workshop lah kejap. Tapi boleh pulak budak pomen tu cakap, ok lagi ni kak, tayar ni tebal boleh jalan lama lagi ni. Ishh budak ni, cam taknak berniaga pulak..selalu pomen nih pantang tanya semua nak ditukar..huhu

Aku buat2 lah tanya kalau tayar secondhand brapa, dia kata dalam rm40 je, kalau sekali dengan balancing & alignment kira RM70. Ehh..macam sama je dengan jumlah cek aku tadi..hahah. So, tukar jelah tayar tu, risau gak aku kot jadik cam tayar keta akak opis aku dulu.. pecah tengah2 jalan sebab Tayar Meletop ...ngeri aku rasa..

Dah tukar tu rasa konfiden la sikit walaupun tayar tu nampak cacat sebab tak sama brand dengan tayar asal, whatever lah...janji tak crack dah..

29 comments:

  1. Replies
    1. Anum,
      Yg selalunya datang sikit tp perginya banyak...huhu

      Delete
  2. Penah gak jd mcm nie..time nak drive berdebar2 je hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Falsya,
      Betul, risau sampai bawak keta 60km je..

      Delete
  3. $$ tu singgah je kat akaun
    uwaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. jadi la kan...dari kena kuar duit poket sendiri nk nangesss rasa nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      Alhamdulillah, gitulah kesahnya..

      Delete
  5. Allah tu sayang dik. Dia tahu nak kena bayar tukar tayar lebih kurang RM70/- itu sebab diberikan jumlah itu utk membolehkan tukar tayar. Kalau tak dpt agaknya masih tak perasan tayar yg crack agaknya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakZakie,
      Alhamdulillah, syukur sgt kak. Sebelum ni sy tak penah perati pon tayar tu, start keta jalan je..

      Delete
  6. alhamdulilah rezeki mengolek dptlah nak cover apa yg ptt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakEL,
      Tulah, dh la belum gaji...hehe

      Delete
  7. masuk keluar..masuk keluar..apapun rezeki:) alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakSura,
      Itulah keja dia, msuk jap pastu kuar..untuk kepentingan bersama xpe..jgan keluar ke tempat lain yg mbazir je..hehe

      Delete
  8. hurmm.. tu lah dia dalam rezeki kita tu ada rezeki org lain yg disampaikan melalui kita.. just singgah jap jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuazue,
      Rezeki utk dikongsi bersama..sama macam gaji jugak, dapat je terus salurkan ke tempat2 sepatutnya..huhu

      Delete
  9. Hmm... rezeki tokey kedai tayar rupanya... tak pe la... sekurang2 jadi masa duit tengah ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanie,
      Yg bestnya ngam2 je..lebih rm4 tu boleh la buat beli air & goreng pisang..hehe

      Delete
  10. alahai, sama pulak entry kita pasal tukar tayar hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azura,
      Oh yeke, sama nasiblah kita ni.... =)

      Delete
  11. sekurang-kurangnya duit sendiri masih tak luak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aizamia,
      Belum gaji pulak tu, mmg kena sgt lah timing dia..

      Delete
  12. Nasib baik dpt check tu x perlu kuar duit gaji rezeki gak tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Kita lum gaji lagi, dah terkena..sib baik dpt cek tu leh cover..

      Delete
  13. rezeki tu
    malangnya akak tak pernah pun takaful bagi cek

    ReplyDelete
    Replies
    1. KNieda,
      Tak taulah, agaknya dia tolak terus masa akak renew roadtax tu kot..

      Delete
  14. CV, memang rezeki la tu. Alhamdulillah.

    Akak aku punya cek tahun lepas dia terlupa nak bank-in. Dah expired. So aku pulang kan pada ejen and depa pi transfer masuk akaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tata,
      Alhamdulillah...syukrann
      Dpat balik eh? tapi lau byk takpe, berbaloi nk buat..ni sikit je kot..

      Delete
  15. sementara tengah ada duit lebih tu kan baik la tukar...:)

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺