Monday, 23 June 2014

Kisah di EH EH BAZAAR 2014..

Excited kuar rumah awal, kami gerak dari Nilai ke Serdang pukul 7.30 pagi, sekali dah tersalah simpang masa otw tu..huhuhu. Malas nak stori lah pasal tu..buat senak perut je..hehehe.

Akhirnya kami sampai jua disini..

sumber dari google
Kami park kereta dekat dengan betul2 dewan Maeps tu. Parking memang banyak walaupun kami agak lewat sket dari peniaga yang lain.



Shuttle bas disediakan secara percuma untuk para pengunjung dari kawasan parking orang ramai terus ke depan dewan. Hari kedua kami naik shuttle ni sebab dah takleh masuk ke parking vendor. Ekceli kami memang datang sebagai pengunjung pun..datang tengok2 apa yg menarik & berbaloi untuk di borong di hari terakhir bazaar.


Layout untuk panduan pengunjung.


Para artis yang turut serta memeriahkan bazaar & mempromosikan produk masing2. Jumpa ramai jugak artis haritu, tapi takdelah nak berselfie dengan dorang pun.


Dah macam rupa dewan exam dah..

SEBELUM

sumber dari google

Jom layan gambar semasa hari kejadian..dua hari (Sabtu & Ahad)

SELEPAS




Macam mana aku snap gambar kat bawah ni? Hahaha...tulah gunanya monopod..hulur tinggi2 pastu snap..



Terjebak beli sambal hijau kat gerai kak leha lepas tengok duta produk (Datuk JH) dok promo kt atas stage. Kebetulan member opis kirim tolong belikan kalau ada nampak produk keluaran Heritage ni..




Mencuba nasib untuk cabutan bertuah, tapi tak berapa nak lucky. Ramai yang bertuah tapi ada yang tak menyahut, agaknya ada yang dah balik kot. Sementara tunggu next lucky draw kami lepak je depan stage tu tengok artis perform.

Ramai jugak artis yang perform & promosi booth dorang tapi aku takdelah sempat nak snap semuanya. Dorang2 ni jelah yang bertuah sebab mampu menjadi mangsa bidikan kamera henfon aku..heheh


Heliza Helmi sedang men"demo" kan cara mengayakan shawl dari booth beliau. Cantik sangat beliau bila tengok depan2..(mata besar macam watak anime). Pastu kelakar mengalahkan raja lawak dah..hihi



Hafiz Hamidun ni kecik je orangnya.. #sesuaisangatdenganheliza...heheh.

Hmm...tapi kan, ada orang tu siap dapat lunch dengan Hafiz lagi secara tak sengaja..bikin panas je tau. Dah la kitorang tengah lapar time tu... cc : IRFA


Tengok tangan mc tu dah macam gaya Mr Karam Singh Walia dah..

Kalau ada sumur di ladang..boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi..
Rasa sayang ehh..ehh..ehhh


Amirika dengan produk sabun pencuci keluaran company beliau. "Amir, betul ke pencuci pakaian anda boleh mencuci beribu pakaian dari Malaysia merentasi Singapore??  =P


Tu je cerita kami di EH EH BAZAAR weekend haritu. So far, aku rasa lagi ramai peniaga daripada pengunjung sebabnya belum gaji kot..stress kejap. Tapi memang meriah giler bak hang...ramai jugak yang datang cuci2 mata saja bawak anak2 jenjalan kat situ.

Penutup cerita, terimalah gambar selfie kami dengan tema Ada Apa di Atas yaww...


 ^ ^

11 comments:

  1. wahhhh meriah dan seronokkkkk :)

    ReplyDelete
  2. eh!
    gambar selfie kita pun ada?
    umie kita pun ada gak
    umie kata, sedap pasta dan soto masa pengunjung bertuah yang dapat makan 'bersama hafiz hamidun' tu

    larikkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. Kalo dekat3 leh gak terjah...tapi jauh no le cv... happening jugak nampaknya tu

    ReplyDelete
  4. CV , tersalah faham. abaikan saja ya.
    sory berlori.

    ReplyDelete
  5. Dh habis kew, x sempat nk pegi huhu

    ReplyDelete
  6. bestnyer meriah... semua artis spt yg kt jadual kt luar dewan tu ada ke dik?

    ReplyDelete
  7. Wrong timinglah dik. Kalau buat hari lepas gaji mesti lagi hebat. Tapi mungkin sebab kejar nak buat sebelum puasa itu yg set date sabtu/ahad sebelum puasa.

    Irfa mesti mengaut untung banyaklah dia sebab beli di kemboja jual di M'sia.

    ReplyDelete
  8. kalo gaji dah masuk, jenuh nak shopping ni.
    macam airp paip je keluar duit..hehe

    ReplyDelete
  9. meriah! tapi agak parah gak klu peniaga lebih ramai dri pembeli ;p tesilap timing kot depa buat....apa2 pon sgt meriahhh...

    ReplyDelete
  10. salam..
    ada pergi gak hari tu kat situ tapi tak lama sebab panas bangatt dong ah!
    hehehe

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺