Friday, 25 July 2014

Dapat KAD RAYA dari CIK JARIMANIS..

Semalam kita dapat kad raya dari blogger CIK JARI MANIS @ nama pendeknya JM. Sapa tak kenal & baca belog JM kira macam satu kerugian besarlah, sebab belog beliau banyak info & panduan untuk sesapa yang kaki travel tu. Sila klik SINI untuk keterangan lanjut ye...heheh.

Teruja sangat sebab tak sangka sempat jugak sampai kad raya tu. Terima kasih JM...terima kasih abg posmen..


Tapi dalam tu ada dua kad raya..satu untuk IRFA & satu lagi aku punya kad. Sempat lagi JM selitkan duit raya utk anak2 buah aku tu. Terima kasih acik JM...hihihi

Thursday, 24 July 2014

Bendera Separuh Tiang di KOMANWEL..

Bendera Jalur Gemilang dikibar separuh tiang semasa hari perasmian SUKAN KOMANWEL 2014 di Glasgow, Scotland oleh pembawa bendera negara sempena memperingati tragedi nahas MH17

Kelihatan juga barisan para atlet hadapan memakai uniform crew MAS..


Biar apa orang nak cakap & kondem pasal MAS, aku tetap bangga menjadi salah seorang dari ahli keluarga besar MAS. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...ahakss

#Proud to be Malaysian =)

Wednesday, 23 July 2014

Resepi SOTONG CELUP TEPUNG

Ahad lepas, dok pusing2 dalam supermarket sebab taktau nak beli apa...tetiba terperasan tepung goreng Bestari ni. Terus teringat ahkak opis penah cerita yang tepung brand ni sedap kalau buat goreng2. So aku capai satu kotak untuk percubaan.

Mula2 aku nak ambik udam, tapi tak jadi sebab piker kalau pakai sotong lagi sedap kot. Jom kita try..


Bahan2
  1. Tepung Goreng Ayam Bestari
  2. Sotong 
Cara2..
  1. Bersihkan sotong kemudian potong kecik2 mengikut citarasa
  2. Bancuh tepung Bestari sehingga pekat
  3. Celupkan sotong dalam bancuhan tu.
  4. Golekkan sotong yang dicelup tadi ke dalam lebihan tepung
  5. Goreng kedalam minyak yang betul2 panas.
  6. Masak sehingga kaler garing.
Taraaaa...siap dah. Semudah ABC je kan, tapi yang aku heran tu bila aku order kat kedai tomyam selalu je dapat CEKODOK SOTONG bukannya SOTONG CELUP TEPUNG..camne tu hah??  > <

Thursday, 17 July 2014

Buffet Ramadan RM30..

Ini kisah masa cuti Nuzul Al Quran haritu. Kami ber'iftar di sini di Buffet Ramadan yang berdekatan dengan area rumah kami. Harga seorang RM30 (dewasa) & RM20 (kanak-kanak). Dah lama rasanya kitorang tak keluar makan bersama-sama, maklumlah memasing bizi nau mengalahkan manager je..hihi.

Aku yang ajak dorang berbuka kat sini, ekceli tempat ni baru lagi beroperasi. Aku saje lah nak test tekak, mane tau kot sedap da'bomb ke...boleh ler pegi lagi.


Khemah macam kenduri kahwin uollsss...


Pilihan makanan utama pun oklah..tak banyak sangat, just nice. Jadi, kita pon tak sempat nak rambang mata masa nak pilih tu..heheh. Hmm..yang pasti kambing golek konfem takdelah kot tapi gulai kambing & gulai kawah ada.

Kuih muih & bubur pun ada macam2 jenis jugak. Pilih je yang mana berkenan di mata. Paling aku suka sebab ada cheese kek..nyumnyum =)


So far, kalau orang tanya aku best & berbaloi ke tidak pergi sini..satu je jawapan aku "Rasa macam pergi kenduri kahwin je...hehehe".

Oleh kerana aku taknak tepek muka sendiri, so letak je gambar ni untuk menunjukkan rasa sayang aku kat dorang2 ni. Terima kasih sebab jadik housemate aku yang paling sempoi selama ni..heheh


#Jangan marah tau muka masuk belog, sebab belog ni tak femes pun..hahahha

Wednesday, 16 July 2014

Kisah berpuasa di HCMC..

Weekend lepas kami HCMC lagi. Tak pernah pulak aku berjalan-jalan time bulan puasa ni..dah la time tu tak berapa sihat, tekak perit je sepanjang hari. Jadik takdelah merasa minum kopi ais vietnam yang sedap di tengah2 hari yang panas terik tu..


Masa kat dalam balai berlepas KLIA tu, sempat berkenalan dengan seorang hamba ALLAH ni. Kakak tu baik betul sebab dia tak lokek pun berkongsi pengalaman berniaga. Dia ajak kitorang terus pegi ke rumah peniaga champa tu sebab boleh borong banyak dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai2 area Ben Thanh tu.

Lagipun ramai orang cakap kalau bulan puasa, area Ben Thanh tu dah tak semeriah hari2 biasa sebabnya ramai peniaga islam champa yang cuti berniaga. Maklumlah bulan puasa kan, ramai yg pergi teraweh kot..alhamdulillah.

Meh nak belanja sket suasana kat rumah pemborong tu..heheh


Rumah dia bortingkek-tingkek..penuh dengan stok baju bajan. Sebelum kitorang datang kemas elok je rumah dia, bila kitorang dah start memunggah tu terus rumah dia macam kena tsunami..heheh.

Selesa sangat sepanjang kami berada kat sana. Aku paling suka surau dia..besar & selesa, rasa nak lelap je dalam tu..heheh. Kami solat Jamak terus kat situ sebab takut tak sempat pulak sebab belum carik hotel lagi.

Dah sampai Ben Thanh, kami stay kat Hotel Kim Huong je sebab dekat dengan market. Malam tu berbuka kat hotel tapi cuma alas perut dengan roti sandwich tuna/ayam yang kami tapau dari dalam flight pagi tu je. Nasib baik elok lagi..heheh


Lepas solat maghrib, barulah keluar ke pasar malam sambil mencari makan sekali tapi singgah sekejap di rumah Hajah Maridam sebab kakak aku nak tukar stock baju jubah dia.

Hajah menjemput kami makan makanan ala vietnam gitu. Menurut blogger kak mulan, menu ni dipanggil Banh Uot. Rupa macam kuetiew kering dengan sos ikan, pastu ada daging & cendawan/ tauge. Tak tau nak describe camane rasa dia..hihih


Kami makan jelah sebab memang dah lapar pun time tu, yelah lagipun kami kan berbuka makan roti sandwich je tadi. Baru plan nak makan Pho Mee tapi takpelah takde rezeki malam tu..huhu

Kami balik keesokan harinya, dengan flight MH759 SGN/KUL. Dorang baca doa banyak2 masa kat kaunter check-in tu semoga semua urusan dipermudahkan...hahah. Alhamdulillah ALLAH SWT mendengar doa kami..


Friday, 4 July 2014

FM dari kak Cempaka Biru

Semalam petang terima FM comel ni dari kak CEMPAKA BIRU yang baru balik dari Bandung baru2 ni. Terima kasih daun keladi ye kak..hihih. Teringin nak kesana jugak satu hari nanti, member ada ajak pegi lepas raya ni, tapi tak tau ler ada bajet extra ke tidak time tu..huhu


FM Zoo Negara tu pulak kakak opis yang bagi. Kebetulan last week dorang kena join volunteer team untuk bersihkan Zoo Negara anjuran kompeni kitorang. Aku tanya buat apa je kat sana? Kena gosok gigi harimau ke atau kena mandikan Panda? heheheh

Akak tu cakap dorang kena bersihkan kandang, sediakan makanan & bagi makan jugak, best jugak aktiviti tu sebab boleh masuk zoo free..hahah. Tapi tempat Xing Xing & Liang Liang tak boleh masuk lagi, so tak dapat lah dorang tengok pasangan Panda tu.

Akhir kata...terima kasih semua... =)