Monday, 4 August 2014

CERITERA AIDILFITRI 2014 KAMI..

Assalamualaikum...

Selamat Hari raya semua..mesti ramai yang baru stat keje hari ni kan? Senang ambik je terus seminggu cuti raya baru puas hati..hihi

Aku bertolak balik hari Jumaat petang. Jalan takde la sesibuk mana..mungkin sebab ramai yang balik Sabtu pagi kot. Tapi biasalah laluan KL-Kelantan time raya kalau perjalanan tak makan masa 10 jam ke atas memang tak sah.. 

Aku gerak dari Nilai pukul 7 malam dan sampai rumah dengan  rasminya tepat pukul 7 pagi keesokan hari. Jenuh lah kami dok dalam keta tu. Aku gilir2 drive dengan sorang kawan ni yang kebetulan sudi tumpang kami sebab adik aku takleh drive..nasib baik dia ada..


Mula2 ingatkan kami tak cukup korum lagi lah tahun ni nak berkumpul adik beradik time raya..tapi alhamdulillah, tetiba IRFA tukar plan last minute. Dia tak dapat balik beraya bersama family mentua dia atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Jadi raya kami MERIAH lah tahun ni...yeyey

Hari Ahad tu dapatlah kami berkumpul berIFTAR bersama penuh meja. Ni jelah antara lauk yang sempat aku snap haritu. Nampak tak ketupat sotong tu? Nanti aku share resepi nak buat tu..cewahh..


Juadah pagi raya..NASI ARAB AYAM MANDHI disediakan khas oleh IRFA. Percaya tak, aku takde tolong pun walau sehiris bawang pun sebab bila bangun subuh je tengok nasik tu dah siap...heheh. Gigih Irfa masak-masak untuk kami..


Sapa yang berminat untuk beli Rempah Nasi Arab Al-Bayt, sila singgah di blog HAJAR CLOSET ..siap promo tau RM15 sekotak (hidangan 4-5 orang)...hihi

Okay, sebelum solat raya, sesi bermaafan pun bermula tapi sekadar bersalam2 je. Takde pulak sesi luahan hati tahun ni...huhu. Dan yang paling di tunggu-tunggu...akhirnyaaaaa...setelah bertekak & bertegang urat pagi tu sampai riuh sekampung pagi tu dapatlah jugak kami ambik gambar satu family & lengkap 6 beradik..legaaa


Kami stay kampung sampai raya kelima.. Malam sebelum tu kami plan buat BBQ sket. Ekceli kami dah lama sangat tak buat majlis BBQ..so ayah aku dah design petang tu jugak tempat BBQ paling ohsem abad ni..hahah. 


Aku dgn IRFA pulak ditugaskan untuk membeli bahan2 untuk BBQ tapi dengan bajet ala kadar, camno tu?? Pastu mula2 cakap nak jemput family terdekat je..sekali tak sangka ramai pulak tetamu aka jiran yang datang. Takpe orang cakap tetamu tu rezeki..alhamdulillah memang ngam2. Tapi rasa bersalah jugak kot2 makanan tak cukup pulak..huhu


Oh ye..kek tu untuk meraikan kami yang lahir pada AUG ni..kira pra-birthday la jugak. Kiranya surprise jugak lah..kek ni sponsor by kak ipar aku sebab anak buah aku punye bday 9hb ni..kira mcm aku tumpang kek dia lah...hahaha

Okay tu je..cerita raya kami untuk tahun ni...daa

8 comments:

  1. Cv..ketupat sotong tu tak nak resepi tapi nak yang dah siap masak..boleh hi hi

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya...adik beradik ngan irfa ke? elokla tu...raya ramai2..meriah kan..hihi...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau dapat balik beraya ramai2..memang meriah...bukan senag nk dapat kumpul ramai2 mcm ni kan..wow...nasi arab ayam mandhi tu..mest SEDAP kan...rajin lah masak tuk adik2 nya..kalau CV dh ada patner nanti mesti lagi meriah kan :-)

    ReplyDelete
  4. wah.. bestnya.. siap buat nasi arab lagi..
    apa pun selamat hari raya..

    ReplyDelete
  5. 7 malam - 7 pagi? Ambo yg drive 4 5 jam ni pong jenuh nk nyanyi... ha ha ha

    ReplyDelete
  6. kire ok lah tu dik oi 12jam sampai ke kelantan, akak 11jam kl kerteh...selalu 4 ke 5 jam je sampai huhuhui... sedap2 menu iftar tuh, paling geram kerabu perut tuh... aduh lah bestnyer...

    akak thn ni pun tak sempat bt bbq kt kg mertua or kg sndiri, bnyak agenda lain

    ReplyDelete
  7. memang meriah sangat ni CV..ari sabtu tu memang jammed kan..

    ReplyDelete
  8. meriah ye rya nya best la dpt bekumpul semua siap buat bbq tu..

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺