Friday, 8 August 2014

Resepi mudah KETUPAT SOTONG..

Sapa penah makan KETUPAT SOTONG ??


Orang kelate panggil TUPAK SUTONG. Balik raya haritu ayah aku request kat mak nak makan ketupat sotong, aku cakap.sudahhh..banyak keje pulak nak buat ni. Tapi rupanya ayah aku ada cara yang paling senang nak buat..camane tu??

Apa yang kita perlukan adalah
  1. Lemang 
  2. Sotong
  3. Gula manisan
  4. Santan
  5. Daun pandan
Sukatan bahan2 tu tak pasti lah pulak..main agak2 je boleh..hihih. 


Kenapa guna LEMANG?? Sebab tak payah2 nak tanak pulut dah, lagipun harga LEMANG tu murah je kat kampung aku..RM10 boleh dapat 3-4 batang..
  1. Masukkan isi lemang tadi kedalam sotong sampai padat
  2. Cucuk kepala & badan sotong guna lidi supaya pulut tak keluar.
  3. Masukkan santan, gula manisan & daun pandan sekali ke dalam periuk.
  4. Masak sehingga kuah jadik pekat & sotong dah masak.

Ok, siap dahh.. mudah kan???  =)

5 comments:

  1. eyhh..lain ketupat sotong dgn y terengganu..
    terengganu punya kuah lemak putih..

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah makan ketupat sotong..kalo tengok kat tv tu selalu la jugak..tertanya2 apa rasanye ye?

    ReplyDelete
  3. Instant..?pulut dah masak...jimat masa..haha

    ReplyDelete
  4. Blom pernah makan lg ketupat sutong ni...ada peluang nak gak rasa

    ReplyDelete

Have a nice day... ☺