Wednesday, 10 September 2014

Court BADMINTON VIP..

Malam tadi pergi bersenam kejap kat KOMPLEKS SUKAN AIRPORT, NILAI. Ekceli dorang aka geng opis memang ada training BADMINTON sekali seminggu kat situ..sajelah ngajak sapa2 yang free untuk sama beriadah.


Aku pulak segan nak bersukan di khalayak camtu sebenarnya. Almaklumlah amatur katanya..hehe. Tapi disebabkan dorang cakap dah booking COURT VIP, tu yang aku merajinkan diri jugak malam tadi..


Court badminton kat KOMPLEKS ni ada kat tingkat DUA. Satu floor tu semua court badminton, tapi yang bestnya penuh je tiap2 hari..untunglah tokey dia kan.

Yang aku musykil tu, sebelum wujudnya Kompleks Sukan ni, orang Nilai main badminton kat mana eh..sebab ramai betul anak didik Dato LCW kat situ..macam cendawan tumbuh selepas hujan..

COURT VIP ni beza dia cuma ada tirai je, so takdelah open macam court biasa tu. Jadi bolehlah kalau kita nak melompat bintang kat dalam court tu pon. Harga sewa court ni sejam nanti aku check..lupa lak tanya..heheh


Aku tak reti pon nak main badminton tapi bolehlah setakat nak main smash2 tu..haha. Atleast badan berpeluh jugaklah sebaldi malam tadi. Kalau nak harapkan jogging..takde la rajin benor aku nak meredah taman tasik tu tiap2 hujung minggu..

Jom kita sahut seruan menteri belia & sukan kita untuk selalu bersenam  #FITMALAYSIA..

11 comments:

  1. ok lah tu .lagi2 kalau ada geng mesti best

    ReplyDelete
  2. jom lah gi sekali
    mana tahu terbakar lemak yg ada

    ReplyDelete
  3. Seronok.. susah nak dapat masa nak aktif macam ni bila dah sibuk dgn mcam2 huhuhuu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT,
      Dah lama sangat tak aktif bersukan..sejak kengkawan dah berfamilia ni...hihi

      Delete
  4. bestnyer... itu beza yg vip ngn tak ek.. ok jugak kan... kot2 lah terjatuh ke terlps pukul bola takde lah org nampak heheheh

    ReplyDelete
  5. lama bebeno nih tak beriadah. haihh gumuks gumuks

    ReplyDelete
  6. hemoh2 sebaldi kawww msti bekilo2 trun tuuuu.... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice,
      mauuu tak...borpoluhhh den

      Delete
  7. sekali sekali main badminton kuar peluh best gak yg penting ada 'kaki' boleh tumpang sekaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      Tulah, pasni pantang dorang ajak...berdesup larik bawak raket...heheh

      Delete

Have a nice day... ☺